Download Print this page

Makita DCX200 Instruction Manual page 57

Battery heated base layer shirt
Hide thumbs Also See for DCX200:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
BAHASA MELAYU (Arahan asal)
AMARAN
Arahan penting. Simpan untuk kegunaan pada masa hadapan.
Bagi pengguna di Eropah: Alat ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berumur 8 tahun ke atas dan
orang yang mengalami kecacatan fizikal, deria atau kurang keupayaan mental atau kurang pengalaman
dan pengetahuan jika mereka telah diberi pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan alat ini
secara selamat dan memahami bahaya yang terlibat. Kanak-kanak tidak boleh bermain dengan alat
ini. Pembersihan dan penyelenggaraan pengguna tidak boleh dilakukan oleh kanak-kanak tanpa
pengawasan.
Bagi pengguna di kawasan selain Eropah: Alat ini tidak bertujuan untuk digunakan oleh orang
(termasuk kanak-kanak) yang mempunyai kekurangan fizikal, deria atau kebolehan mental, atau kurang
pengalaman dan pengetahuan, melainkan mereka telah diberikan penyeliaan dan arahan berkenaan
penggunaan alat oleh orang yang bertanggungjawab ke atas keselamatan mereka. Kanak-kanak harus
diselia untuk memastikan mereka tidak bermain dengan alat ini.
Lihat bab "SPESIFIKASI" untuk mendapatkan rujukan jenis bateri.
Lihat bahagian "Memasang atau mengeluarkan kartrij bateri" untuk mendapatkan cara memasang atau
mengeluarkan bateri.
Apabila melupuskan kartrij bateri, keluarkan ia daripada alat dan lupuskan di tempat yang selamat. Ikut
peraturan tempatan anda berkaitan dengan pelupusan bateri.
Jika alat tidak digunakan untuk tempoh masa yang lama, bateri mesti dikeluarkan daripada alat.
Jangan pintaskan kartrij bateri.
Lihat bab "PENYELENGGARAAN" untuk mendapatkan butiran langkah berjaga-jaga yang sesuai
semasa penyelenggaraan pengguna.
Untuk alat pemanasan yang fleksibel
Apabila tidak digunakan, simpan seperti berikut:
Biarkan alat sejuk sebelum dilipat.
Jangan renyukkan alat dengan meletakkan item di atas alat semasa penyimpanan.
Periksa alat dengan kerap untuk mengesan tanda haus atau kerosakan. Jika terdapat tanda sedemikian,
jika alat telah disalahgunakan atau tidak berfungsi, kembalikan alat kepada pembekal sebelum menghidupkan
semula alat.
Alat ini bukan bertujuan untuk kegunaan perubatan di hospital.
Alat ini tidak boleh digunakan oleh orang yang tidak sensitif terhadap haba dan orang yang sangat
lemah yang tidak dapat bertindak balas terhadap pemanasan lampau.
Kanak-kanak di bawah umur tiga tahun tidak dibenarkan untuk menggunakan alat ini kerana
ketidakupayaan mereka untuk bertindak balas terhadap pemanasan lampau.
Alat tidak boleh digunakan oleh kanak-kanak kecil yang berumur lebih daripada tiga tahun melainkan
kawalan telah ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaga, atau melainkan kanak-kanak itu telah diajar
dengan secukupnya tentang cara mengendalikan kawalan dengan selamat.
Periksa keretakan pada suis dan kord untuk mengelakkan air masuk ke dalam semasa mencuci dan,
semasa pengeringan, kord mesti diletakkan untuk memastikan air tidak mengalir ke dalam suis atau
kawalan.
Jika anda mengalami gejala yang disenaraikan di bawah semasa anda menggunakan alat, tanggalkan
dengan segera dan dapatkan nasihat doktor. Jika tidak, terdapat risiko kelesuan haba atau strok haba.
Tanda pertama:
Sebarang ketidakselesaan; berpeluh secara berlebihan; sakit leher; loya; pening atau mengantuk.
Gejala kelesuan haba/strok haba:
Loya dan muntah; sakit kepala yang berdenyut-denyut; pening dan mengantuk; ketiadaan peluh; kulit berwarna merah,
panas dan kering; kelemahan otot atau sawan; degupan jantung yang cepat; pernafasan cepat dan cetek; perubahan
tingkah laku seperti kekeliruan, disorientasi atau terhuyung-hayang; tidak sedarkan diri.
57 BAHASA MELAYU

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Dcx201