Download Print this page

Makita DCX200 Instruction Manual page 59

Battery heated base layer shirt
Hide thumbs Also See for DCX200:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Hanya untuk negara-negara EU
Disebabkan kehadiran komponen
berbahaya dalam peralatan, sisa peralatan
elektrik dan elektronik, akumulator dan
bateri boleh memberi kesan negatif
terhadap persekitaran dan kesihatan
Ni-MH
Li-ion
manusia.
Jangan buang alat elektrik dan elektronik
atau bateri bersama dengan bahan
buangan isi rumah!
Mengikut Arahan Eropah mengenai sisa
peralatan elektrik dan elektronik dan
mengenai akumulator dan bateri dan sisa
akumulator dan bateri serta penyesuaian
dengan undang-undang negara, sisa
peralatan elektrik, bateri dan akumulator
hendaklah disimpankan secara berasingan
dan dihantar ke tempat pengumpulan
berasingan untuk sisa perbandaran,
beroperasi mengikut peraturan
perlindungan persekitaran.
Ini ditunjukkan oleh simbol tong sampah
beroda yang bersilang pada peralatan.
Jangan dedahkan bateri kepada air atau
hujan.
Jangan buang bateri ke dalam api
Jangan pintaskan bateri.
Tujuan penggunaan
Alat bertujuan untuk memanaskan badan dalam
persekitaran yang sejuk.
AMARAN KESELAMATAN
AMARAN:
Baca semua amaran keselamatan
dan semua arahan. Kegagalan mematuhi amaran
dan arahan boleh menyebabkan kejutan elektrik,
kebakaran dan/atau kecederaan serius.
Simpan semua amaran dan
arahan untuk rujukan masa
depan.
Amaran keselamatan umum
Kanak-kanak, orang cacat, atau sesiapa yang
tidak sensitif terhadap haba, contohnya, orang
yang mempunyai peredaran darah yang lemah,
harus dihalang daripada menggunakan alat.
Jangan gunakan alat selain untuk tujuan
penggunaan.
Jangan sekali-kali gunakan alat ketika
bahagian dalam alat basah.
Pakai pakaian dalam berlengan panjang
semasa memakai alat. Jangan pakai alat
dengan kulit tidak beralas.
Jika anda mengesan apa-apa yang luar biasa,
matikan alat dan keluarkan bateri dengan
segera.
Jangan biarkan kabel kuasa tersepit. Kabel
yang rosak boleh menyebabkan kejutan
elektrik.
Jika terdapat sebarang keabnormalan,
hubungi pusat servis setempat anda untuk
dibaiki.
Jangan gunakan pin atau yang serupa.
Pendawaian elektrik di dalam mungkin rosak.
Simpan label penyelenggaraan dan plat
nama. Jika kedua-duanya tidak boleh dibaca
atau hilang, hubungi pusat servis kami yang
diiktiraf untuk dibaiki.
Pilih tetapan suhu yang sesuai selaras dengan
persekitaran penggunaan untuk kegunaan
berterusan.
Kartrij bateri, pemegang bateri dan
penyambung tidak boleh dibiarkan basah
semasa mencuci dan mengering.
Alat boleh digunakan oleh kanak-kanak yang
berumur 3 tahun ke atas dan 8 tahun ke bawah
di bawah pengawasan dan dengan kawalan
yang sentiasa ditetapkan kepada nilai suhu
minimum.
Berhati-hati agar tidak tersentuh bahagian
kulit yang sama dengan bahagian pemanasan
untuk tempoh masa yang lama. Jika bahagian
pemanasan menyentuh bahagian kulit yang
sama untuk tempoh masa yang lama, terdapat
kemungkinan kebakaran suhu rendah walaupun
pada suhu yang agak rendah (40 hingga 60 °C).
Berhenti menggunakan alat yang dirasakan
panas.
Jangan sekali-kali gunakan alat semasa anda
sedang tidur.
Untuk mengelakkan kemungkinan strok
haba, tanggalkan pakaian apabila bergerak ke
persekitaran yang mempunyai suhu yang jauh
lebih tinggi.
Semak tanda
dalam pakaian. Jangan masukkan pin pada
kain dari bahagian luar atau dalam.
Tanggalkan bateri daripada alat sebelum dicas.
Tanggalkan bateri yang telah kehabisan
daripada alat dan lupuskan dengan selamat.
Sebelum menyimpan alat, tanggalkan bateri.
Jangan pintaskan terminal bekalan.
Simpan alat di tempat yang tidak boleh
disentuh oleh haiwan peliharaan.
Mencuci
Semasa mencuci alat, ikut arahan dalam tag
amaran pada alat.
Sebelum membersihkan alat, keluarkan
pemegang bateri dan kartrij bateri, kemudian
letakkan kabel kuasa di dalam poket bateri dan
tutup kancing.
Keselamatan kawasan kerja
Pastikan kawasan kerja bersih dan diterangi
dengan baik. Kawasan berselerak atau gelap
meningkatkan risiko kemalangan.
Keselamatan elektrik
Jangan biarkan alat terdedah kepada hujan
atau keadaan basah. Air yang memasuki alat
akan meningkatkan risiko kejutan elektrik.
59 BAHASA MELAYU
dengan teliti pada bahagian

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Dcx201