Download Print this page

Makita GA4590 Instruction Manual page 53

Hide thumbs Also See for GA4590:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
7.
Jangan cuba melakukan pemotongan
melengkung. Mengenakan tekanan yang
berlebihan kepada roda akan meningkatkan
beban dan kecenderungan untuk berputar
atau tersangkut roda dalam potongan dan
kemungkinan tolak keluar atau roda rosak yang
boleh mengakibatkan kecederaan serius.
8.
Sebelum menggunakan roda intan bersegmen,
pastikan roda intan mempunyai celah pinggir
antara segmen 10 mm atau kurang, hanya
dengan sudut cakar negatif.
Amaran keselamatan khusus untuk operasi
pemasiran:
1.
Gunakan kertas cakera pemasiran dengan
saiz yang bersesuaian. Ikut pengesyoran
pengilang, apabila memilih kertas pemasiran.
Kertas pemasiran lebih besar yang terkeluar
terlalu jauh daripada pad pemasiran akan
mewujudkan bahaya melecet dan mungkin
menyebabkan tersangkut dan mengoyakkan
cakera atau tolak keluar.
Amaran keselamatan khusus untuk operasi
pemberusan wayar:
1.
Sila ambil perhatian bahawa bulu wayar
dibuang keluar oleh berus walaupun ketika
operasi biasa. Jangan beri tekanan berlebihan
kepada wayar dengan mengenakan beban
berlebihan kepada berus. Bulu wayar mudah
menembusi pakaian yang nipis dan/atau kulit.
Jika penggunaan pengadang dikhususkan
2.
untuk pemberusan wayar, jangan biarkan
sebarang gangguan bagi roda atau berus
wayar dengan pengadang. Diameter roda atau
berus wayar mungkin bertambah disebabkan
beban kerja dan daya emparan.
Amaran Keselamatan Tambahan:
1.
Apabila menggunakan roda pengisaran tengah
lekuk, pastikan untuk menggunakan hanya
roda yang diperkukuh gentian kaca.
2.
JANGAN SEKALI-KALI MENGGUNAKAN
roda jenis Cawan Batu dengan pengisar ini.
Pengisar tidak direka untuk jenis roda ini dan
penggunaan produk yang sedemikian boleh
mengakibatkan kecederaan diri yang serius.
Berhati-hati agar tidak merosakkan spindel,
3.
bebibir (terutamanya permukaan pemasangan)
atau nat kunci. Kerosakan kepada bahagian ini
boleh mengakibatkan roda pecah.
Pastikan roda tidak menyentuh bahan kerja
4.
sebelum suis dihidupkan.
5.
Sebelum menggunakan alat pada bahan
kerja sebenar, biarkan ia beroperasi seketika.
Perhatikan getaran atau gangguan yang boleh
menunjukkan pemasangan yang lemah atau
roda yang sangat tidak seimbang.
Gunakan permukaan roda tertentu untuk
6.
melakukan pengisaran.
7.
Jangan tinggalkan alat yang sedang berjalan.
Kendalikan alat hanya apabila dipegang.
8.
Jangan sentuh bahan kerja dengan serta-
merta selepas operasi; ia mungkin sangat
panas dan boleh melecurkan kulit anda.
9.
Jangan sentuh aksesori dengan serta-merta
selepas operasi; ia mungkin sangat panas dan
boleh melecurkan kulit anda.
10. Patuhi arahan pengilang untuk pelekapan dan
penggunaan roda yang betul. Kendalikan dan
simpan roda dengan cermat.
11.
Jangan gunakan sesendal atau penyesuai
pengurang yang berasingan untuk
menyesuaikan roda lelas lubang besar.
12. Gunakan hanya bebibir yang khusus untuk
alat ini.
13. Untuk alat yang bertujuan untuk dipasang
dengan roda lubang berulir, pastikan
bahawa ulir dalam roda cukup panjang untuk
menerima panjang spindel.
14. Pastikan bahawa bahan kerja disokong
dengan betul.
15. Ambil perhatian bahawa roda akan terus
berputar selepas alat dimatikan.
16. Jika tempat kerja sangat panas dan lembap
atau sangat tercemar oleh habuk berkonduksi,
gunakan pemutus litar pintas (30 mA) untuk
memastikan keselamatan pengendali.
17. Jangan gunakan alat pada mana-mana bahan
yang mengandungi asbestos.
18. Apabila menggunakan roda pemotongan,
sentiasa bekerja dengan pengadang roda
kumpul habuk jika diperlukan oleh peraturan
domestik.
19. Cakera pemotong tidak boleh dikenakan
sebarang tekanan sisi.
20. Jangan guna sarung tangan kerja jenis kain
semasa operasi. Fiber daripada sarung tangan
jenis kain mungkin termasuk ke dalam alat, yang
menyebabkan alat pecah.
21. Sebelum beroperasi, pastikan tiada objek
tersembunyi seperti paip elektrik, paip air atau
paip gas di dalam bahan kerja. Jika tidak, ia
boleh menyebabkan kejutan elektrik, kebocoran
elektrik atau kebocoran gas.
22. Jika kertas telap dilekatkan pada roda, jangan
tanggalkan kertas telap tersebut. Diameter
kertas telap mestilah lebih besar daripada nat
kunci, bebibir luaran dan bebibir dalaman.
23. Sebelum memasang roda pengisaran, sentiasa
periksa bahawa bahagian kertas telap tidak
mempunyai sebarang keabnormalan seperti
serpihan atau retakan.
24. Ketatkan nat kunci dengan betul. Mengetatkan
roda secara berlebihan boleh menyebabkan
kerosakan dan pengetatan yang tidak mencukupi
boleh menyebabkan goyangan.
SIMPAN ARAHAN INI.
AMARAN:
JANGAN biarkan keselesaan atau
kebiasaan dengan produk (daripada penggunaan
berulang) menggantikan pematuhan ketat
terhadap peraturan keselamatan untuk produk
yang ditetapkan. SALAH GUNA atau kegagalan
mematuhi peraturan-peraturan keselamatan
yang dinyatakan dalam manual arahan ini boleh
menyebabkan kecederaan diri yang serius.
53 BAHASA MELAYU

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Ga4591Ga4592Ga5090Ga5091Ga5092