Download Print this page

Makita GA4590 Instruction Manual page 50

Hide thumbs Also See for GA4590:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
7.
Jika peranti disediakan untuk sambungan
kemudahan pengekstrakan dan pengumpulan
habuk, pastikan ia disambung dan digunakan
dengan betul. Penggunaan pengumpulan habuk
boleh mengurangkan bahaya berkaitan habuk.
Jangan biarkan kebiasaan daripada kekerapan
8.
penggunaan alat membuatkan anda berpuas
hati dan mengabaikan prinsip keselamatan
alat. Kecuaian boleh menyebabkan kecederaan
serius dalam sekelip mata.
9.
Sentiasa pakai kaca mata pelindung untuk
melindungi mata anda daripada kecederaan
apabila menggunakan alat kuasa. Kaca mata
mestilah mematuhi ANSI Z87.1 di AS, EN 166
di Eropah, atau AS/NZS 1336 di Australia/
New Zealand. Di Australia/New Zealand,
undang-undang mengarahkan untuk memakai
pelindung muka bagi melindungi muka anda,
juga.
Menjadi tanggungjawab majikan untuk
menguatkuasa penggunaan peralatan
perlindungan keselamatan yang bersesuaian
oleh pengendali alat dan oleh orang lain dalam
kawasan bekerja semasa.
Penggunaan dan penjagaan alat kuasa
Jangan gunakan alat kuasa dengan kasar.
1.
Gunakan alat kuasa yang betul untuk
penggunaan anda. Alat kuasa yang betul akan
melakukan tugas dengan lebih baik dan lebih
selamat pada kadar mana ia direka cipta.
2.
Jangan gunakan alat kuasa jika suis
tidak berfungsi untuk menghidupkan dan
mematikannya. Alat kuasa yang tidak dapat
dikawal dengan suis adalah berbahaya dan mesti
dibaiki.
3.
Cabut palam dari sumber kuasa dan/atau
keluarkan pek bateri, jika boleh ditanggalkan,
dari alat kuasa sebelum membuat sebarang
pelarasan, menukar aksesori, atau menyimpan
alat kuasa. Langkah-langkah keselamatan
pencegahan sedemikian mengurangkan risiko
memulakan alat kuasa secara tidak sengaja.
4.
Simpan alat kuasa yang tidak digunakan
jauh dari jangkauan kanak-kanak dan jangan
biarkan orang yang tidak biasa dengan alat
kuasa atau arahan ini untuk mengendalikan
alat kuasa. Alat kuasa adalah berbahaya di
tangan pengguna yang tidak terlatih.
5.
Menyelenggara alat kuasa dan aksesori.
Periksa salah jajaran atau ikatan pada
bahagian yang bergerak, bahagian yang
pecah dan apa-apa keadaan lain yang
boleh menjejaskan operasi alat kuasa. Jika
rosak, baiki alat kuasa sebelum digunakan.
Kebanyakan kemalangan adalah disebabkan oleh
alat kuasa yang tidak dijaga dengan baik.
6.
Pastikan alat pemotong tajam dan bersih.
Alat pemotong yang dijaga dengan betul dengan
hujung pemotong yang tajam mempunyai
kemungkinan yang rendah untuk terikat dan lebih
mudah dikendalikan.
7.
Gunakan alat kuasa, aksesori dan alat bit
dan sebagainya mengikut arahan ini dengan
mengambil kira keadaan kerja dan kerja yang
perlu dilakukan. Penggunaan alat kuasa untuk
operasi yang berbeza dari yang dimaksudkan
boleh menyebabkan keadaan berbahaya.
Pastikan pemegang dan permukaan pegangan
8.
kering, bersih dan bebas dari minyak dan gris.
Pemegang dan permukaan pegangan yang licin
tidak membolehkan pengendalian dan kawalan
selamat bagi alat dalam situasi yang tidak
dijangka.
9.
Apabila menggunakan alat, jangan pakai
sarung tangan kerja kain yang mungkin boleh
kusut. Kekusutan sarung tangan kerja kain pada
bahagian yang bergerak boleh menyebabkan
kecederaan diri.
Servis
1.
Pastikan alat kuasa anda diservis oleh
orang yang berkelayakan dengan hanya
menggunakan alat ganti yang sama. Ini akan
memastikan keselamatan alat kuasa dapat
dikekalkan.
Ikut arahan untuk melincir dan menukar
2.
aksesori.
Amaran keselamatan pengisar
Amaran keselamatan lazim untuk pengisaran,
pemasiran, pemberusan wayar atau operasi
pemotongan:
Alat kuasa ini bertujuan untuk berfungsi
1.
sebagai alat pengisar, pemasir, berus wayar,
pemotong lubang atau alat pemotongan. Baca
semua amaran keselamatan, arahan, ilustrasi
dan spesifikasi yang disediakan dengan alat
kuasa ini. Kegagalan mengikuti semua arahan
yang disenaraikan di bawah boleh menyebabkan
kejutan elektrik, kebakaran dan/atau kecederaan
serius.
Operasi seperti penggilapan tidak akan
2.
dilakukan dengan alat kuasa ini. Operasi yang
tidak direka bentuk untuk alat kuasa ini boleh
menyebabkan bahaya dan kecederaan diri.
Jangan tukarkan alat kuasa ini untuk
3.
mengendalikan dengan cara yang tidak direka
bentuk dan ditentukan secara khusus oleh
pengilang alat. Penukaran sedemikian mungkin
mengakibatkan hilang kawalan dan menyebabkan
kecederaan diri yang serius.
50 BAHASA MELAYU

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Ga4591Ga4592Ga5090Ga5091Ga5092