Makita DLM380 Instruction Manual page 34

Cordless lawn mower
Hide thumbs Also See for DLM380:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
2.
Jangan cas semula kartrij bateri yang dicas
sepenuhnya.
Terlebih cas memendekkan hayat servis bateri.
3.
Cas kartrij bateri dengan suhu bilik pada 10°C -
40°C (50°F - 104°F). Biarkan kartrij bateri yang
panas menyejuk sebelum mengecasnya.
4.
Cas kartrij bateri jika anda tidak gunakannya
untuk tempoh yang lama (lebih daripada enam
bulan).
KETERANGAN FUNGSI
Memasang atau mengeluarkan
kartrij bateri
PERHATIAN:
Sentiasa matikan alat sebelum memasang atau
mengeluarkan kartrij bateri.
Pastikan anda mengunci penutup bateri
sebelum penggunaan. Jika tidak, lumpur,
kotoran atau air boleh mengakibatkan
kerosakan pada produk atau kartrij bateri.
Sentiasa pasang kartrij bateri sepenuhnya
sehingga penunjuk merah tidak boleh dilihat.
Jika tidak, ia mungkin jatuh daripada alat,
menyebabkan kecederaan kepada anda atau
seseorang di sekeliling anda.
Jangan pasang kartrij bateri secara paksa. Jika
kartrij tidak meluncur dengan mudah, ia tidak
dimasukkan dengan betul.
NOTA:
Alat tidak berfungsi dengan hanya satu kartrij
bateri.
Untuk memasang kartrij bateri;
1.
Tarik tuil penguncian penutup bateri ke arah anda
dan buka penutup bateri.
► Rajah1: 1. Tuil penguncian penutup bateri
2. Penutup bateri
2.
Untuk memasang kartrij bateri, selaraskan lidah
pada kartrij bateri dengan alur pada perumah
dan gelincirkan ia ke tempatnya. Masukkan ia
sepenuhnya sehingga ia terkunci di tempatnya
dengan klik kecil. Jika anda boleh melihat
penunjuk merah di sisi atas butang, ia tidak
dikunci sepenuhnya.
► Rajah2: 1. Penutup bateri 2. Kartrij bateri
3.
Masukkan kekunci kunci pada tempat yang
ditunjukkan dalam rajah sejauh yang boleh.
► Rajah3: 1. Kartrij bateri 2. Kekunci kunci
4.
Tutup penutup bateri dan tolak ia sehingga ia
melekap pada tuil penguncian.
Untuk mengeluarkan kartrij bateri
dari pemangkas;
1.
Tarik tuil penguncian penutup bateri ke arah anda
dan buka penutup bateri.
2.
Luncurkan ia daripada alat apabila meluncurkan
butang di hadapan kartrij.
3.
Tarik kekunci kunci.
4.
Tutup penutup bateri.
Sistem perlindungan bateri
Alat dilengkapi dengan sistem perlindungan alat/bateri.
Sistem ini memotong kuasa kepada motor secara
automatik untuk memanjangkan hayat alat dan bateri.
Alat akan berhenti secara automatik ketika operasi jika
alat atau bateri diletakkan di bawah salah satu keadaan
berikut. Dalam keadaan tertentu, penunjuk menyala.
Perlindungan lebih beban
Apabila alat beroperasi dengan cara yang
menyebabkan ia menarik arus tinggi yang luar
biasa, alat secara automatik terhenti tanpa sebarang
penunjuk. Dalam situasi ini, matikan alat dan hentikan
penggunaan yang menyebabkan alat menjadi terlebih
beban. Kemudian hidupkan alat untuk mula semula.
Perlindungan pemanasan lampau
Apabila alat atau bateri terlampau panas, alat akan
berhenti secara automatik anpa sebarang penunjuk.
Alat tidak hidup walaupun alat dihidupkan. Dalam
situasi ini, biarkan alat dan bateri sejuk sebelum
hidupkan alat semula.
NOTA: Perlindungan pemanasan lampau bateri
berfungsi hanya dengan kartrij bateri yang
mempunyai tanda bintang. Sistem perlindungan
pemanasan lampau berfungsi dengan mana-mana
kartrij bateri.
► Rajah4: 1. Tanda bintang
Perlindungan lebih nyahcas
► Rajah5: 1. Penunjuk bateri
Semasa kapasiti bateri yang tinggal menjadi rendah,
penunjuk bateri berkelip pada bahagian bateri yang
berkaitan. Dengan kegunaan seterusnya, alat berhenti
dan penunjuk bateri menyala selama 10 saat. Dalam
situasi ini, cas kartrij bateri.
Menunjukkan kapasiti bateri yang
tinggal
Hanya untuk kartrij bateri dengan penunjuk
► Rajah6: 1. Lampu penunjuk 2. Butang semak
Tekan butang semak pada kartrij bateri untuk
menunjukkan kapasiti bateri yang tinggal. Lampu
penunjuk menyala untuk beberapa saat.
34 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents