Makita DLM380 Instruction Manual page 33

Cordless lawn mower
Hide thumbs Also See for DLM380:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
35. Jangan sengetkan Pemangkas Laman Kordles
semasa menghidupkan motor, kecuali jika
Pemangkas Laman Kordles harus disengetkan
untuk menghidupkan. Dalam keadaan ini,
jangan sengetkan ia lebih daripada yang
diperlukan dan angkat hanya bahagian yang
jauh daripada pengendali.
36. Jangan hidupkan Pemangkas Laman Kordles
semasa berdiri di hadapan bukaan buangan.
37. Jangan letakkan tangan atau kaki berdekatan
atau di bawah bahagian berputar. Sentiasa
pastikan bukaan buangan bersih setiap masa.
38. Jangan angkut Pemangkas Laman Kordles
semasa pemangkas dihidupkan.
39. Hentikan Pemangkas Laman Kordles, dan
keluarkan alat melumpuh. Pastikan semua
bahagian bergerak telah berhenti sepenuhnya
- pada bila-bila masa anda meninggalkan
Pemangkas Laman Kordles,
- sebelum anda membersihkan sekatan atau
membuang sumbatan pada pelongsor,
- sebelum memeriksa, membersihkan atau
bekerja dengan Pemangkas Laman Kordles,
- selepas terkena objek asing. Periksa
Pemangkas Laman Kordles bagi melihat
sebarang kerosakan dan baiki sebelum
memulakan semula dan mengendalikan
Pemangkas Laman Kordles;
40. Jika Pemangkas Laman Kordles mula bergetar
secara tidak normal (periksa serta-merta)
- periksa kerosakan,
- ganti atau baiki mana-mana bahagian yang
rosak,
- periksa dan ketatkan mana-mana bahagian
longgar.
41. Berhati-hati semasa pelarasan Pemangkas
Laman Kordles untuk mengelakkan jari
terperangkap di antara bilah bergerak dan
bahagian tetap Pemangkas Laman Kordles.
42. Pangkas merentasi muka cerun, jangan sekali-
kali ke atas dan ke bawah. Amalkan lebih
pengawasan semasa mengubah arah pada
cerun. Jangan memangkas secara berlebihan
pada cerun curam.
43. Jangan basuh dengan hos; elakkan air terkena
pada motor dan sambungan elektrik.
44. Periksa bolt lekatan bilah secara kerap untuk
melihat memastikan ia diketatkan dengan
betul.
45. Pastikan semua nat, bolt dan skru ketat untuk
memastikan alat dalam keadaan kerja yang
selamat.
46. Sentiasa biarkan Pemangkas Laman Kordles
menyejuk sebelum menyimpan.
47. Semasa menservis bilah, sentiasa beringat,
walaupun sumber kuasa telah dimatikan, bilah
masih boleh bergerak.
48. Gantikan bahagian yang haus atau rosak
untuk keselamatan. Gunakan alat ganti dan
aksesori gantian yang asli sahaja.
SIMPAN ARAHAN INI.
AMARAN: JANGAN biarkan keselesaan
atau kebiasaan dengan produk (daripada
penggunaan berulang) menggantikan
pematuhan ketat terhadap peraturan
keselamatan untuk produk yang ditetapkan.
SALAH GUNA atau kegagalan untuk
mematuhi peraturan-peraturan keselamatan
yang dinyatakan dalam manual arahan ini
boleh menyebabkan kecederaan diri yang
serius.
ARAHAN KESELAMATAN PENTING
UNTUK KARTRIJ BATERI
Sebelum menggunakan kartrij bateri, baca
1.
semua arahan dan tanda amaran pada (1)
pengecas bateri, (2) bateri, dan (3) produk
menggunakan bateri.
Jangan pisahkan kartrij bateri.
2.
3.
Jika masa operasi menjadi sangat pendek,
berhenti operasi serta merta. Ia mungkin
menyebabkan risiko pemanasan lampau,
melecur bahkan letupan.
4.
Jika elektrolit masuk ke dalam mata anda,
bilas mata dengan air jernih dan dapatkan
rawatan perubatan serta merta. Ia mungkin
menyebabkan kehilangan penglihatan.
Jangan pintaskan kartrij bateri:
5.
(1)
Jangan sentuh terminal dengan bahan
berkonduksi.
(2)
Elakkan menyimpan kartrij bateri dalam
bekas bersama-sama objek besi lain
seperti paku, duit syiling, dll.
(3)
Jangan dedahkan kartrij bateri kepada air
atau hujan.
Pintasan bateri boleh menyebabkan aliran
kuasa yang besar, pemanasan lampau,
melecur dan juga kerosakan.
6.
Jangan simpan alat dan kartrij bateri di
lokasi yang suhunya mungkin mencapai atau
melebihi 50°C (122°F).
7.
Jangan bakar kartrij bateri walaupun jika ia
rosak teruk atau haus sepenuhnya. Kartrij
bateri boleh meletup dalam kebakaran.
8.
Berhati-hati untuk tidak menjatuhkan atau
memotong bateri.
9.
Jangan gunakan bateri yang rosak.
10. Ikut peraturan tempatan anda mengenai
pelupusan bateri.
SIMPAN ARAHAN INI.
Tip untuk mengekalkan hayat bateri
maksimum
1.
Cas kartrij bateri sebelum dilepaskan
sepenuhnya.
Sentiasa hentikan operasi alat dan cas kartrij
bateri apabila anda menyedari kurang kuasa
alat.
33 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents