Makita DUC204 Instruction Manual page 60

Hide thumbs Also See for DUC204:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
11.
Potong kayu sahaja. Jangan gunakan gergaji
rantai untuk tujuan yang tidak dinyatakan.
Sebagai contoh: jangan gunakan gergaji rantai
untuk memotong plastik, batu atau bahan binaan
bukan kayu. Penggunaan gergaji rantai untuk
operasi yang berbeza daripada tujuan yang
dimaksudkan boleh menyebabkan keadaan yang
berbahaya.
12. Sebab dan pencegahan operasi bagi tolak
keluar:
Tolak keluar boleh berlaku semasa muncung
atau hujung bar panduan tersentuh objek atau
semasa kayu hampir dan menyepit rantai gergaji
dalam potongan. Dalam sesetengah hal, sentuhan
hujung boleh menyebabkan reaksi balikan
tiba-tiba, menolak bar panduan ke atas dan ke
belakang ke arah pengendali. Menyepit rantai
gergaji di sepanjang bahagian atas bar panduan
boleh menolak bar panduan dengan pantas ke
arah pengendali. Salah satu daripada reaksi ini
boleh menyebabkan anda hilang kawalan gergaji
yang boleh mengakibatkan kecederaan diri yang
serius. Jangan hanya bergantung pada peranti
keselamatan yang dipasang pada gergaji anda
semata-mata. Sebagai pengguna gergaji rantai,
anda perlu mengambil beberapa langkah untuk
memastikan kerja pemotongan anda bebas
daripada kemalangan dan kecederaan.
Tolak keluar adalah akibat daripada
penyalahgunaan alat dan/atau prosedur atau
keadaan operasi yang tidak betul dan boleh
dielakkan dengan mengambil langkah berjaga-
jaga yang betul seperti yang diberikan di bawah:
Kekalkan genggaman yang kemas, dengan
ibu jari dan jari di sekeliling pemegang
gergaji rantai, dengan kedua-dua belah
tangan pada gergaji dan tetapkan
kedudukan badan dan tangan anda untuk
membenarkan anda melawan daya tolak
keluar. Daya tolak keluar boleh dikawal
oleh pengendali jika langkah berjaga-jaga
yang betul diambil. Jangan lepaskan gergaji
rantai.
► Rajah1
Jangan terlebih jangkau dan jangan potong
di atas ketinggian bahu. Ini membantu
mengelakkan sentuhan hujung yang tidak
disengajakan dan membenarkan kawalan
gergaji rantai yang lebih baik semasa situasi
yang tidak dijangka.
Gunakan bar dan rantai gantian yang
ditentukan oleh pengeluar sahaja. Bar
dan rantai gantian yang tidak betul boleh
menyebabkan rantai putus dan/atau tolak
keluar.
Ikuti arahan penyelenggaraan dan
menajamkan gergaji rantai oleh pengeluar.
Pengurangan ketinggian tolok kedalaman
boleh menyebabkan peningkatan tolak
keluar.
13. Sebelum memulakan kerja, periksa bahawa
gergaji rantai berfungsi dengan baik dan
keadaannya mematuhi peraturan keselamatan.
Periksa secara khusus bahawa:
Brek rantai berfungsi dengan baik;
Brek merosot bekerja dengan betul;
Bar dan penutup gegancu dipasang dengan
betul;
Rantai ini telah ditajamkan dan ditegangkan
mengikut peraturan.
14. Jangan mulakan rantai gergaji dengan
penutup rantai terpasang padanya. Memulakan
rantai gergaji dengan penutup rantai dipasang
di atasnya boleh menyebabkan penutup rantai
terpelanting ke hadapan mengakibatkan
kecederaan diri dan kerosakan objek di sekitar
pengendali.
Amaran Keselamatan Tambahan:
1.
Apabila menggunakan alat dengan penyesuai
bateri, berhati-hati agar tidak tersadung pada
kord semasa operasi.
2.
Apabila menggunakan alat dengan penyesuai
bateri, simpan kord jauh dari halangan seperti
benda kerja dan dahan semasa operasi.
Kord yang tersangkut pada halangan boleh
menyebabkan kecederaan yang serius.
Amaran keselamatan khusus gergaji
rantai pemegang atas
1.
Gergaji rantai ini direka khas untuk penjagaan
dan potong pulih pokok. Gergaji rantai
ini adalah bertujuan untuk digunakan
oleh individu yang dilatih dengan betul
sahaja. Baca semua arahan, prosedur dan
pengesyoran daripada organisasi profesional
yang berkaitan. Jika tidak, kemalangan maut
boleh berlaku. Adalah di sarankan supaya
sentiasa menggunakan platform menaik (kren
balak, pengangkat) untuk penggergajian
pada pokok. Teknik turun cenuram adalah
tersangat bahaya dan memerlukan latihan
khusus. Pengendali mestilah dilatih untuk
membiasakan diri dengan penggunaan
peralatan keselamatan dan teknik memanjat.
Sentiasa gunakan tali pinggang, tali dan
pengikat besi semasa bekerja di pokok.
Sentiasa gunakan peralatan penahan untuk
kedua-dua pengendali dan gergaji.
Lakukan pembersihan dan penyelenggaraan
2.
sebelum penyimpanan mengikut manual
arahan.
Pastikan kedudukan yang selamat gergaji
3.
rantai semasa pengangkutan dengan kereta
untuk mengelakkan kebocoran petrol dan
minyak rantai, kerosakan pada alat dan
kecederaan diri.
4.
Periksa kefungsian brek rantai secara kerap.
Jangan isi minyak rantai berhampiran api.
5.
Jangan sekali-kali merokok semasa anda
mengisi minyak rantai.
Peraturan kebangsaan mungkin menghadkan
6.
penggunaan gergaji rantai.
60 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Duc254Duc254cDuc254h

Table of Contents