Tujuan Penggunaan; Amaran Keselamatan - Makita DUC204 Instruction Manual

Hide thumbs Also See for DUC204:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Simbol
Berikut menunjukkan simbol-simbol yang boleh
digunakan untuk alat ini. Pastikan anda memahami
maksudnya sebelum menggunakan.
Baca manual arahan.
Pakai cermin mata keselamatan.
Pakai pelindung telinga.
Pakai topi keledar, gogal dan pelindung
telinga.
Gunakan perlindungan untuk kaki-betis
dan tangan-lengan yang sesuai.
Gergaji ini adalah untuk digunakan oleh
pengendali yang dilatih dengan betul
sahaja.
Jangan dedahkan kepada kelembapan.
Panjang potongan terizin maksimum
Sentiasa gunakan dua tangan semasa
mengendalikan gergaji rantai.
Arah gerakan rantai
Pelarasan minyak rantai gergaji
Hanya untuk negara-negara EU
Ni-MH
Jangan lupuskan peralatan elektrik atau
Li-ion
pek bateri bersama-sama bahan sisa
rumah!
Dalam mematuhi Arahan-Arahan Eropah
mengenai Sisa Peralatan Elektrik dan
Elektronik dan Bateri dan Akumulator
dan Sisa Bateri dan Akumulator serta
pelaksanaan mereka mengikut undang-
undang negara, peralatan elektrik dan
bateri dan pek-pek bateri yang telah
mencapai akhir hayatnya mesti dikumpul
secara berasingan dan dikembalikan ke
kemudahan kitar semula yang bersesuaian
dengan alam sekitar.

Tujuan penggunaan

Alat ini bertujuan untuk pemotongan dahan
dan pemangkasan pokok. Ia juga sesuai untuk
perkhidmatan pokok.

AMARAN KESELAMATAN

Amaran keselamatan umum alat
kuasa
AMARAN:
Baca semua amaran keselamatan,
arahan, ilustrasi dan spesifikasi yang disediakan
dengan alat kuasa ini. Kegagalan mengikut amaran
dan arahan boleh menyebabkan kejutan elektrik,
kebakaran dan/atau kecederaan serius.
Simpan semua amaran dan
arahan untuk rujukan masa
depan.
Istilah "alat kuasa" dalam amaran merujuk kepada alat
kuasa yang menggunakan tenaga elektrik (kabel) atau
alat kuasa yang menggunakan bateri (tanpa kord).
Keselamatan kawasan kerja
1.
Pastikan kawasan kerja bersih dan terang.
Kawasan berselerak atau gelap mengundang
kemalangan.
2.
Jangan kendalikan alat kuasa dalam keadaan
yang mudah meletup, seperti dalam kehadiran
cecair, gas atau habuk yang mudah terbakar.
Alat kuasa menghasilkan percikan api yang boleh
menyalakan debu atau wasap.
3.
Jauhkan kanak-kanak dan orang ramai semasa
mengendalikan alat kuasa. Gangguan boleh
menyebabkan anda hilang kawalan.
Keselamatan elektrik
1.
Palam alat kuasa mesti sepadan dengan
soket. Jangan ubah suai palam dalam apa cara
sekalipun. Jangan gunakan sebarang palam
penyesuai dengan alat kuasa terbumi. Palam
yang tidak diubah suai dan soket yang sepadan
akan mengurangkan risiko kejutan elektrik.
2.
Elakkan sentuhan badan dengan permukaan
terbumi, seperti paip, radiator, dapur dan peti
sejuk. Terdapat peningkatan risiko kejutan elektrik
jika elektrik terbumi terkena badan anda.
3.
Jangan biarkan alat kuasa terkena hujan
atau basah. Air yang memasuki alat kuasa akan
meningkatkan risiko kejutan elektrik.
4.
Jangan salah gunakan kord. Jangan gunakan
kord untuk membawa, menarik atau mencabut
palam alat kuasa. Jauhkan kord dari haba,
minyak, bucu tajam atau bahagian yang
bergerak. Kord yang rosak atau tersimpul
meningkatkan risiko kejutan elektrik.
5.
Semasa mengendalikan alat kuasa di luar,
gunakan kord sambungan yang bersesuaian
untuk kegunaan luar. Penggunaan kord yang
sesuai untuk kegunaan luar mengurangkan risiko
kejutan elektrik.
Sekiranya pengendalian alat kuasa di lokasi
6.
lembap tidak dapat dielakkan, gunakan
bekalan peranti arus sisa (RCD) yang
dilindungi. Penggunaan RCD mengurangkan
risiko kejutan elektrik.
57 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Duc254Duc254cDuc254h

Table of Contents