Makita UC014G Instruction Manual page 67

Cordless chain saw
Hide thumbs Also See for UC014G:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Rantai gergaji mungkin menjadi longgar selepas
penggunaan yang lama. Dari semasa ke semasa,
periksa ketegangan rantai gergaji sebelum
penggunaan.
1.
Tarik tuil ke atas semasa menekan tepinya.
► Rajah19: 1. Tuil
Pusingkan mengikut arah lawan jam sedikit untuk
2.
melonggarkan sedikit penutup gegancu.
► Rajah20: 1. Tuil 2. Penutup gegancu
Angkat hujung bar panduan sedikit dan laraskan
3.
ketegangan rantai. Pusingkan dail pelarasan ke
arah "-" untuk melonggarkan, pusing ke arah "+"
untuk mengetatkan. Ketatkan rantai gergaji sehingga
bahagian bawah rantai gergaji sepadan dengan rel bar
panduan seperti yang digambarkan.
► Rajah21: 1. Dail pelarasan 2. Bar panduan
3. Rantai gergaji
4.
Teruskan memegang bar panduan dengan lembut
dan ketatkan penutup gegancu. Pastikan rantai gergaji
tidak longgar pada bahagian bawah.
5.
Kembalikan tuil kepada kedudukan asal.
Pastikan rantai gergaji padan seeloknya ke bahagian
bawah bar.
OPERASI
Pelinciran
PERHATIAN:
Jangan kendalikan gergaji
rantai apabila tangki kosong. Tambahkan minyak
sebelum tangki kosong.
Elakkan minyak daripada
PERHATIAN:
bersentuhan dengan kulit dan mata. Sentuhan
dengan mata menyebabkan kerengsaan.
Sekiranya terdapat sentuhan dengan mata, bilas
mata yang terkena serta-merta dengan air yang
jernih, kemudian berjumpa doktor dengan segera.
PERHATIAN:
Jangan sekali-kali gunakan
minyak sisa. Minyak sisa mengandungi bahan
karsinogenik. Bahan pencemar dalam minyak
sisa mempercepatkan kehausan pam minyak, bar
dan rantai. Minyak sisa berbahaya kepada alam
sekitar.
Semasa gergaji rantai digunakan
NOTIS:
untuk pertama kalinya, ia mungkin mengambil
masa sehingga dua minit untuk minyak rantai
gergaji bagi memulakan kesan pelincirnya pada
mekanisme gergaji. Jalankan gergaji tanpa beban
sehingga ia berbuat demikian.
Apabila mengisi minyak rantai untuk kali
NOTIS:
pertama, atau mengisi semula tangki selepas ia
telah dikosongkan sepenuhnya, tambah minyak
sehingga ke tepi bawah leher pengisi. Jika tidak,
penghantaran minyak mungkin terganggu.
Gunakan minyak rantai gergaji yang
NOTIS:
khusus untuk gergaji rantai Makita atau minyak
yang sama yang terdapat di pasaran.
Jangan sekali-kali gunakan minyak yang
NOTIS:
terdapat habuk dan debu atau minyak meruap.
Apabila memangkas pokok, gunakan
NOTIS:
minyak botani. Minyak mineral boleh
membahayakan pokok.
Sebelum operasi pemotongan, penutup
NOTIS:
tangki minyak yang disediakan diskru di
tempatnya.
Rantai gergaji dilincirkan secara automatik apabila
alat sedang beroperasi. Periksa jumlah baki minyak
dalam tangki minyak secara berkala melalui tingkap
pemeriksaan minyak.
► Rajah22: 1. Penutup tangki minyak 2. Tingkap
pemeriksaan minyak
Untuk mengisi minyak, lakukan langkah-langkah
berikut:
1.
Bersihkan kawasan di sekeliling penutup tangki
minyak dengan teliti untuk mengelakkan sebarang
kotoran daripada memasuki tangki minyak.
Letakkan gergaji rantai pada sisinya.
2.
3.
Tekan butang pada penutup tangki minyak hingga
butang di sisi lain tegak dan kemudian tanggalkan
penutup tangki minyak dengan memutarnya.
► Rajah23: 1. Penutup tangki minyak 2. Ketatkan
3. Longgarkan
4.
Isikan minyak ke dalam tangki. Jumlah minyak
yang betul adalah 260 ml.
5.
Skru penutup tangki minyak dengan kemas
kembali ke tempatnya.
6.
Lap minyak rantai yang tumpah dengan teliti.
NOTA: Jika sukar menanggalkan penutup tangki
minyak, masukkan perengkuh kotak ke dalam slot
penutup tangki minyak, dan kemudian tanggalkan
penutup tangki minyak dengan memutarnya mengikut
arah lawan jam.
► Rajah24: 1. Slot 2. Perengkuh kotak
Setelah mengisi semula, pegang gergaji rantai jauh dari
pokok. Mulakan ia dan tunggu sehingga pelinciran pada
rantai gergaji memadai.
► Rajah25
67 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Uc015gUc016gUc017g

Table of Contents