Download Print this page

Makita 3600H Instruction Manual page 26

Router
Hide thumbs Also See for 3600H:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
OPERASI
► Rajah4: 1. Bahan kerja 2. Arah pusingan bit
3. Pandangan dari bahagian atas alat
4. Arah suapan
Tetapkan tapak alat pada bahan kerja untuk dipotong
tanpa bit membuat sebarang sentuhan. Kemudian,
hidupkan alat dan tunggu sehingga bit mencapai
kelajuan sepenuhnya. Gerakkan alat ke hadapan di
atas permukaan bahan kerja, mengekalkan tapak
alat sedatar dan bergerak dengan lancar sehingga
pemotongan selesai.
Apabila melakukan pemotongan bucu, permukaan
bahan kerja hendaklah berada pada belah kiri bit dalam
arah suapan.
NOTA:
Menggerakkan alat ke hadapan dengan terlalu
laju mungkin menyebabkan kualiti pemotongan
yang tidak baik, atau kerosakan kepada bit
atau motor. Menggerakkan alat ke hadapan
dengan terlalu perlahan mungkin membakar
dan mencacatkan potongan. Kadar suapan
yang betul bergantung pada saiz bit, jenis
bahan kerja dan kedalaman potongan. Sebelum
memulakan potongan pada bahan kerja
sebenar, adalah dinasihatkan untuk membuat
potongan sampel di atas kayu reja. Ini akan
menunjukkan rupa sebenar potongan dan juga
membolehkan anda memeriksa dimensi.
Apabila menggunakan panduan lurus atau
panduan pemangkas, pastikan ia sentiasa
berada di sisi gelang dalam arah suapan. Ini
akan membantu untuk memastikan ia sedatar
dengan bahagian tepi bahan kerja.
► Rajah5: 1. Arah suapan 2. Arah pusingan bit
3. Bahan kerja 4. Panduan lurus
Panduan lurus
► Rajah6
Panduan lurus digunakan secara efektif untuk potongan
lurus apabila membuat penyerongan atau pengaluran.
► Rajah7: 1. Bolt telinga (B) 2. Bar panduan 3. Bolt
telinga (A) 4. Panduan lurus
Untuk memasang panduan lurus, masukkan bar
panduan ke dalam lubang dalam tapak alat sehingga
takuk pada bar panduan menjangkau betul-betul di
bawah bolt telinga (B). Kemudian ketatkan bolt telinga
(B). Longgarkan nat telinga (A) pada panduan lurus
dan laraskan jarak antara bit dan panduan lurus. Pada
jarak yang diinginkan, ketatkan bolt telinga (A) untuk
mengukuhkan panduan lurus di tempatnya.
Apabila memotong, gerakkan alat dengan panduan
lurus sedatar dengan bahagian tepi bahan kerja.
Panduan templet
► Rajah8
Panduan templet menyediakan lengan tempat bit lalu
melaluinya, membenarkan penggunaan alat dengan
corak templet.
Untuk memasang panduan templet, skrukan panduan
templet pada plat tapak.
► Rajah9: 1. Panduan templet 2. Plat tapak
Kukuhkan templet pada bahan kerja. Letakkan alat
pada templet dan gerakkan alat dengan panduan
templet melungsur di sepanjang bahagian tepi templet.
► Rajah10: 1. Bit 2. Tapak 3. Templet 4. Bahan kerja
5. Jarak (X) 6. Diameter luar panduan
templet 7. Panduan templet
NOTA:
Bahan kerja akan dipotong berbeza sedikit
daripada templet. Benarkan jarak (X) antara bit
dan bahagian luar panduan templet. Jarak (X)
boleh dikira dengan menggunakan persamaan
berikut:
Jarak (X) = (diameter luar panduan templet - diameter
bit) / 2
Panduan pemangkas
► Rajah11
Memangkas, potongan berlekuk dalam venir untuk
perabot dan yang serupa boleh dilakukan dengan
mudah dengan panduan pemangkas. Penggelek
panduan bergerak pada lekuk dan memastikan
potongan yang halus.
► Rajah12: 1. Bolt telinga (B) 2. Apabila bit terkena
panduan pemangkas, masukkan
kepingan kayu ke dalam ruang ini.
3. Skru penyesuai halus 4. Bolt telinga
(A) 5. Panduan pemangkas 6. Penggelek
panduan 7. Bolt telinga (C)
Pasangkan panduan pemangkas dan panduan pada
tapak alat dengan bolt telinga (B). Longgarkan bolt
telinga (A) dan sesuaikan jarak antara bit dan panduan
pemangkas dengan memutarkan skru penyesuai
halus (1.5 mm bagi setiap putaran). Pada jarak yang
diinginkan, ketatkan bolt telinga (A) untuk mengukuhkan
panduan pemangkas di tempatnya. Apabila melaraskan
penggelek panduan atas dan bawah, longgarkan bolt
telinga (C). Selepas melaraskannya, ketatkan bolt
telinga (C) dengan kukuh.
► Rajah13: 1. Bit 2. Penggelek panduan 3. Bahan
kerja
Apabila memotong, gerakkan alat dengan penggelek
panduan di atas bahagian tepi bahan kerja.
26 BAHASA MELAYU

Advertisement

loading