Download Print this page

Makita 3600H Instruction Manual page 25

Router
Hide thumbs Also See for 3600H:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
10. Berhati-hati dengan arah putaran bit dan arah
suapan.
11.
Jangan tinggalkan alat yang sedang berjalan.
Kendalikan alat hanya apabila dipegang.
12. Sentiasa matikan dan tunggu sehingga bit
berhenti sepenuhnya sebelum mengeluarkan
alat daripada bahan kerja.
13. Jangan sentuh bit dengan serta-merta selepas
operasi; ia mungkin sangat panas dan boleh
melecurkan kulit anda.
14. Jangan dengan cuai melumurkan tapak alat
dengan pencair, gasolin, minyak atau yang
serupa. Ia boleh menyebabkan retak pada
tapak alat.
15. Gunakan bit dengan diameter batang yang
betul yang sesuai dengan kelajuan alat.
16. Sesetengah bahan mengandungi bahan kimia
yang mungkin toksik. Sila berhati-hati untuk
mencegah penyedutan habuk dan sentuhan
kulit. Ikut data keselamatan pembekal bahan.
17. Sentiasa gunakan topeng habuk/alat
pernafasan yang betul untuk bahan dan
aplikasi yang anda sedang kerjakan.
SIMPAN ARAHAN INI.
AMARAN: JANGAN biarkan keselesaan
atau kebiasaan dengan produk (daripada
penggunaan berulang) menggantikan
pematuhan ketat terhadap peraturan
keselamatan untuk produk yang ditetapkan.
SALAH GUNA atau kegagalan mematuhi
peraturan-peraturan keselamatan yang
dinyatakan dalam manual arahan ini boleh
menyebabkan kecederaan diri yang serius.
KETERANGAN FUNGSI
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan alat dimatikan dan palamnya
dicabut sebelum menyelaras atau menyemak
fungsi pada alat.
Melaraskan kedalaman potongan
PERHATIAN:
Memandangkan pemotongan berlebihan
boleh menyebabkan beban lebih motor atau
kesukaran dalam mengawal alat, kedalaman
pemotongan hendaklah tidak lebih daripada
15 mm dalam satu potongan apabila memotong
alur. Apabila anda ingin memotong alur lebih
daripada 15 mm dalam, lakukan beberapa
potongan dengan tetapan bit lebih dalam secara
berperingkat-peringkat.
► Rajah1: 1. Gelang skala 2. Tombol
Letakkan alat pada permukaan rata. Pusingkan
gelang skala sehingga ia bersentuhan dengan tapak.
Longgarkan tombol. Pusingkan gelang skala sehingga
bit menyentuh sedikit permukaan rata. Ketatkan
tombol. Letakkan alat secara terbalik dan pusingkan
gelang skala mengikut arah lawan jam (apabila melihat
alat dari atas) sehingga kedalaman potongan yang
dikehendaki diperoleh. Satu pusingan penuh gelang
skala bersamaan 5 mm perubahan pada tetapan
kedalaman. Longgarkan tombol dan gerakkan tapak
alat sehingga bersentuhan dengan gelang skala.
Kemudian ketatkan tombol dengan kukuh.
Tindakan suis
PERHATIAN:
Sebelum memasang alat, sentiasa periksa
untuk melihat pemicu suis bergerak dengan
betul dan kembali ke posisi "OFF" apabila
dilepaskan.
Pastikan kunci aci dikeluarkan sebelum suis
dihidupkan.
► Rajah2: 1. Pemicu suis 2. Butang kunci
Untuk memulakan alat, hanya tarik pemicu suis.
Lepaskan pemicu suis untuk berhenti.
Untuk operasi berterusan, tarik pemicu suis dan
kemudian tolak masuk butang kunci.
Untuk menghentikan alat dari kedudukan terkunci, tarik
pemicu suis sepenuhnya, kemudian lepaskan.
PEMASANGAN
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan alat dimatikan dan palamnya
dicabut sebelum menjalankan apa-apa kerja
pada alat.
Memasang atau menanggalkan bit
PERHATIAN:
Pasang bit dengan kukuh. Sentiasa
menggunakan hanya perengkuh yang
disediakan dengan alat. Bit yang longgar atau
ketat yang melampaui boleh membahayakan.
Jangan ketatkan nat sesimpai tanpa
memasukkan bit atau memasang bit tangkai
yang lebih kecil tanpa menggunakan lengan
sesimpai. Sama ada boleh menyebabkan kon
sesimpai pecah.
► Rajah3: 1. Bit 2. Kunci aci
Masukkan bit sepenuhnya ke dalam kon sesimpai dan
tarik ia dengan sangat sedikit (kia-kira 2 mm). Tekan
kunci aci untuk memastikan aci tidak bergerak dan
gunakan perengkuh untuk mengetatkan nat sesimpai
dengan kukuh. Apabila menggunakan bit penghala
dengan diameter tangkai yang lebih kecil, pertama,
masukkan lengan sesimpai yang sewajarnya ke dalam
kon sesimpai, kemudian pasang bit seperti yang
diterangkan di atas.
Untuk menanggalkan bit, ikut prosedur pemasangan
secara terbalik.
25 BAHASA MELAYU

Advertisement

loading