Makita HM1201 Instruction Manual page 17

Hide thumbs Also See for HM1201:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
7. Sentiasa pastikan anda mempunyai tapak berpijak
yang kukuh.
Pastikan tiada siapa di bawah apabila
menggunakan alat di lokasi yang tinggi.
8. Pegang alat dengan kuat menggunakan kedua-
dua tangan.
9. Jauhkan tangan dari bahagian bergerak.
10. Jangan tinggalkan alat yang sedang berjalan.
Kendalikan alat hanya apabila dipegang.
11. Jangan halakan alat kepada sesiapa di kawasan
sekitar semasa mengendalikan. Bit boleh terbang
dan mencederakan seseorang dengan serius.
12. Jangan sentuh bit atau bahagian yang dekat
dengan bit dengan serta-merta selepas operasi; ia
mungkin panas dan boleh membakar kulit anda.
13. Jangan kendalikan alat tanpa beban tanpa
keperluan.
14. Sesetengah bahan mengandungi bahan kimia
yang mungkin toksik. Sila berhati-hati untuk
mencegah penyedutan habuk dan sentuhan kulit.
Ikut data keselamatan pembekal bahan.
SIMPAN ARAHAN INI.
AMARAN:
JANGAN biarkan keselesaan atau kebiasaan dengan
produk (daripada penggunaan berulang)
menggantikan pematuhan ketat terhadap peraturan
keselamatan untuk produk yang ditetapkan.
SALAH GUNA atau kegagalan mematuhi peraturan-
peraturan keselamatan yang dinyatakan dalam
manual arahan ini boleh menyebabkan kecederaan
diri yang serius.
KETERANGAN FUNGSI
AWAS:
• Sentiasa pastikan alat dimatikan dan palamnya dicabut
sebelum menyelaras atau menyemak fungsi pada alat.
Tindakan suis (Raj. 1)
AWAS:
• Sebelum memasang alat, sentiasa periksa untuk
melihat pemicu suis bergerak dengan betul dan
kembali ke posisi "OFF" apabila dilepaskan.
• Jangan lekatkan, ikat atau sebaliknya kukuhkan picu
suis dalam kedudukan "ON".
Untuk memulakan alat, hanya tarik pemicu suis.
Lepaskan pemicu suis untuk berhenti.
PEMASANGAN
AWAS:
• Sentiasa pastikan alat dimatikan dan palamnya dicabut
sebelum menjalankan apa-apa kerja pada alat.
Memasang genggaman sisi (pemegang
tambahan) (Raj. 2)
Genggaman sisi berayun ke salah satu sisi,
membolehkan pengendalian yang mudah bagi alat pada
sebarang kedudukan. Longgarkan genggaman sisi
dengan memutarkannya pada arah lawan jam,
ayunkannya kepada kedudukan yang dikehendaki dan
kemudian ketatkan mengikut arah jam.
Memasang atau menanggalkan bit (Raj. 3)
Pangsikan penahan alat ke sisi. (Jika sukar untuk
menggerakkan penahan alat dengan ibu jari anda, ketuk
ia dengan penukul.) Letakkan bit di dalam alat setakat ia
boleh dimasukkan. Kembalikan penahan alat ke
kedudukan asal untuk mengukuhkan bit.
Untuk menanggalkan bit, ikut prosedur pemasangan
secara terbalik.
OPERASI
Menyerpih/Menskala/ Meroboh (Raj. 4)
Pegang alat dengan kuat menggunakan kedua-dua
tangan. Hidupkan alat dan beri sedikit tekanan pada alat
supaya alat tidak akan melantun dan tidak terkawal.
Menekan alat dengan sangat kuat tidak akan menambah
kecekapan.
PENYELENGGARAAN
AWAS:
• Sentiasa pastikan alat dimatikan dan palamnya dicabut
sebelum cuba menjalankan pemeriksaan atau
penyelenggaraan.
• Jangan gunakan gasolin, benzin, pencair, alkohol atau
bahan yang serupa. Ia boleh menyebabkan perubahan
warna, bentuk atau keretakan.
Menggantikan berus karbon
Apabila hujung penebat resin di dalam berus karbon
terdedah kepada sentuhan penukar tertib, ia akan
memadamkan motor secara automatik. Apabila ini
berlaku, kedua-dua berus karbon perlu diganti. Pastikan
berus karbon sentiasa bersih dan mudah untuk diselitkan
ke dalam pemegang. Kedua-dua berus karbon perlulah
diganti pada masa yang sama. Gunakan hanya berus
karbon yang serupa. (Raj. 5)
Gunakan perengkuh heksagon untuk menanggalkan pita
pemegang. (Raj. 6)
Gunakan pemutar skru untuk mengeluarkan penutup
pemegang berus. Keluarkan berus karbon yang telah
haus, masukkan berus baharu dan kukuhkan penutup
pemegang berus. (Raj. 7)
17

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents