Bahasa Melayu - Makita HM1201 Instruction Manual

Hide thumbs Also See for HM1201:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1

BAHASA MELAYU

1.
Pemicu suis
2.
Gerudi sisi
3.
Mata bull
4.
Penahan alat
5.
Penukar tertib
SPESIFIKASI
Pukulan seminit
Panjang keseluruhan
• Disebabkan program penyelidikan dan pembangunan kami yang berterusan, spesifikasi yang terkandung di dalam ini
adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis.
• Spesifikasi mungkin berbeza mengikut negara.
• Berat mengikut Prosedur EPTA 01/2003
Simbol
Berikut menunjukkan simbol-simbol yang digunakan
untuk alat ini. Pastikan anda memahami maksudnya
sebelum menggunakan.
.... Baca manual arahan.
Tujuan penggunaan
Alat digunakan untuk tujuan kerja memahat konkrit, bata,
batu dan asfalt serta untuk memacu dan memadatkan
dengan menggunakan aksesori yang betul.
Bekalan kuasa
Alat ini perlu disambungkan hanya kepada bekalan kuasa
dengan voltan yang sama seperti yang ditunjukkan pada
papan nama, dan hanya boleh dikendalikan pada bekalan
AC fasa tunggal. Alat ini haruslah dibumikan semasa
penggunaan bagi melindungi pengendali daripada kejutan
elektrik. Gunakan kord sambungan tiga wayar yang
mempunyai palam jenis tiga serampang dan bekalan tiga
kutub yang menerima palam alat.
Amaran Keselamatan Umum Alat
Kuasa
AMARAN! Baca semua amaran keselamatan dan
semua arahan. Kegagalan mematuhi amaran dan
arahan boleh menyebabkan kejutan elektrik, kebakaran
dan/atau kecederaan serius.
Simpan semua amaran dan
arahan untuk rujukan masa
depan.
Istilah "alat kuasa" dalam amaran merujuk kepada alat
kuasa yang menggunakan tenaga elektrik (dengan kord)
atau alat kuasa yang menggunakan bateri (tanpa kord).
Penerangan tentang pandangan umum
6.
Hujung penebat
7.
Berus karbon
8.
Kunci allen
9.
Pita pemegang
10. Pemutar skru
Model
Berat bersih
Keselamatan kawasan kerja
1. Pastikan kawasan kerja bersih dan diterangi
dengan baik. Kawasan berselerak atau gelap
mengundang kemalangan.
2. Jangan kendalikan alat kuasa dalam keadaan
yang mudah meletup, seperti dalam kehadiran
cecair, gas atau habuk yang mudah terbakar. Alat
kuasa menghasilkan percikan api yang boleh
ENE045-1
menyalakan debu atau wasap.
3. Jauhkan kanak-kanak dan orang ramai semasa
mengendalikan alat kuasa. Gangguan boleh
menyebabkan anda hilang kawalan.
Keselamatan elektrik
ENF001-1
4. Palam alat kuasa mesti sepadan dengan soket.
Jangan ubah suai palam dalam apa cara
sekalipun. Jangan gunakan sebarang palam
penyesuai dengan alat kuasa terbumi. Palam yang
tidak diubah suai dan soket yang sepadan akan
mengurangkan risiko kejutan elektrik.
5. Elakkan sentuhan badan dengan permukaan
terbumi, seperti paip, radiator, dapur dan peti
sejuk. Terdapat peningkatan risiko kejutan elektrik jika
elektrik terbumi terkena badan anda.
GEA005-3
6. Jangan biarkan alat kuasa terkena hujan atau
basah. Air yang memasuki alat kuasa akan
meningkatkan risiko kejutan elektrik.
7. Jangan salah gunakan kord. Jangan gunakan kord
untuk membawa, menarik atau mencabut palam
alat kuasa. Jauhkan kord dari haba, minyak, bucu
tajam atau bahagian yang bergerak. Kord yang
rosak atau tersimpul meningkatkan risiko kejutan
elektrik.
8. Semasa mengendalikan alat kuasa di luar,
gunakan kord sambungan yang bersesuaian
untuk kegunaan luar. Penggunaan kord yang sesuai
untuk kegunaan luar mengurangkan risiko kejutan
elektrik.
11. Penutup pemegang berus
12. Perengkuh nat kunci
13. Penutup engkol
14. Gris tukul
HM1201
-1
2,000 min
480 mm
9.1 kg
15

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents