Download Print this page

Makita UH5580 Instruction Manual page 29

Hide thumbs Also See for UH5580:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
NOTA:
Jangan lalukan kord sambungan melalui jalur.
Jangan paksa bukaan pemegang. Gagal
berbuat demikian boleh menyebabkan
pelencongan dan kerosakan padanya.
Menggunakan cangkuk kord lengan bersama
cangkuk kord pergelangan adalah lebih
membantu.
OPERASI
PERHATIAN:
Berhati-hati agar tidak tersentuh pagar logam
atau objek keras lain semasa pemangkasan.
Bilah akan pecah dan boleh menyebabkan
kecederaan yang serius.
Melampau jangkau dengan pemangkas
tanaman pagar, terutamanya dari tangga,
adalah amat berbahaya. Jangan kendalikannya
dari tempat yang bergoyang-goyang atau tidak
kukuh.
NOTIS:
Jangan cuba memotong dahan yang
lebih tebal daripada 10 mm diameter dengan alat.
Potong dahan kepada 10 cm lebih rendah daripada
ketinggian pemotongan menggunakan pemotong
dahan sebelum menggunakan alat.
► Rajah9: (1) Ketinggian pemotongan (2) 10 cm
PERHATIAN:
Jangan potong pokok mati atau objek keras
seumpamanya. Gagal berbuat demikian boleh
merosakkan alat.
Pegang pemangkas dengan kedua-dua tangan menarik
pemicu suis A atau B dan gerakkan ia ke depan badan
anda.
► Rajah10
Seperti operasi asas, sengetkan bilah menghadap ke
arah pemangkasan dan gerakkannya dengan tenang
dan perlahan pada kadar kelajuan 3 - 4 saat per meter.
► Rajah11: 1. Arah pemangkasan 2. Sengetkan bilah
3. Permukaan tanaman pagar yang mahu
dipangkas
Untuk memotong bahagian atas tanaman pagar secara
sama rata, ia membantu dengan mengikat tali pada
ketinggian tanaman pagar yang diingini dan untuk
memangkas di sepanjang tali itu, menggunakannya
sebagai garis rujukan.
► Rajah12
Menyambungkan penerima cip (aksesori) pada alat
ketika pemangkasan lurus tanaman pagar boleh
mengelakkan daun yang dipotong tersebut dibuang.
► Rajah13
Untuk memotong tepi tanaman pagar secara sama rata,
ia membantu dengan memotong dari bahagian bawah
ke atas.
► Rajah14
Pangkas kayu pak atau pokok renek dari tapak ke arah
atas untuk penampilan yang cantik dan kerja yang baik.
► Rajah15
Memasang atau mengeluarkan
penerima cip (aksesori)
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan alat dimatikan dan palamnya
dicabut sebelum memasang atau mengeluarkan
penerima cip.
NOTA:
Ketika menggantikan penerima cip, sentiasa
memakai sarung tangan agar tangan dan
muka tidak terkena bila secara langsung.
Gagal berbuat demikian boleh menyebabkan
kecederaan peribadi.
Sentiasa pastikan mengeluarkan sarung bilah
sebelum memasang penerima cip.
Penerima cip menerima daun yang dipotong
dan mengurangkan daun yang dibuang. Ini
boleh dipasang pada mana-mana sisi alat.
► Rajah16: 1. Tekan 2. Penerima cip 3. Nat 4. Bilah
ricih
Tekan penerima cip pada bilah ricih agar lubangnya
bertindih dengan nat pada bilah ricih. Pada masa ini,
pastikan penerima cip tidak tersentuh penangkap
dahan pada bahagian atas bilah ricih.
► Rajah17: 1. Nat 2. Penangkap dahan
Pada masa ini, penerima cip perlu dipasang agar
cangkuknya muat ke dalam alur dalam unit bilah ricih.
► Rajah18: 1. Cangkuk 2. Muatkan cangkuk ke dalam
alur 3. Alur
Untuk mengeluarkan penerima cip, tekan tuilnya pada
kedua-dua sisi agar cangkuk terbuka.
► Rajah19: 1. Tekan tuil pada kedua-dua sisi 2. Buka
cangkuk
PERHATIAN:
Sarung bilah (kelengkapan standard) tidak
boleh dipasang pada alat ketika penerima
cip sedang dipasang. Sebelum membawa
atau menyimpan, nyahpasang penerima
cip dan kemudian pasang sarung bilah bagi
mengelakkan bilah terdedah.
NOTA:
Periksa penerima cip untuk pemasangan yang
selamat sebelum digunakan.
Jangan sesekali cuba menyahpasang penerima
cip secara paksaan yang keterlaluan ketika
cangkuknya terkunci di dalam alur unit bilah.
Menggunakan paksaan yang keterlaluan boleh
merosakkannya.
29 BAHASA MELAYU

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Uh6580Uh7580