Download Print this page

Makita UH5580 Instruction Manual page 26

Hide thumbs Also See for UH5580:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
9.
Sekiranya pengendalian alat kuasa di lokasi
lembap tidak dapat dielakkan, gunakan
bekalan peranti arus sisa (RCD) yang
dilindungi. Penggunaan RCD mengurangkan
risiko kejutan elektrik.
10. Penggunaan bekalan kuasa melalui RCD
dengan arus sisa yang bernilai 30 mA atau
kurang sentiasa disyorkan.
Keselamatan diri
Sentiasa berwaspada, perhatikan apa yang
11.
anda lakukan dan guna akal budi semasa
mengendalikan alat kuasa. Jangan gunakan
alat kuasa semasa anda letih atau di bawah
pengaruh dadah, alkohol atau ubat. Kelekaan
seketika semasa mengendalikan alat kuasa boleh
menyebabkan kecederaan diri yang serius.
12. Gunakan peralatan pelindung diri. Sentiasa
pakai pelindung mata. Peralatan pelindung
seperti topeng debu, kasut keselamatan tak
mudah tergelincir, topi keselamatan atau
pelindung pendengaran yang digunakan untuk
keadaan yang sesuai akan mengurangkan
kecederaan diri.
13. Elakkan permulaan yang tidak disengajakan.
Pastikan suis ditutup sebelum menyambung
kepada sumber kuasa dan/atau pek bateri,
semasa mengangkat atau membawa alat.
Membawa alat kuasa dengan jari anda pada suis
atau alat kuasa dengan suis pada kedudukan
hidup mengundang kemalangan.
14. Alihkan sebarang kunci atau sepana pelaras
sebelum menghidupkan alat kuasa. Sepana
atau kunci yang ditinggalkan pada bahagian
berputar alat kuasa boleh menyebabkan
kecederaan diri.
15. Jangan lampau jangkau. Jaga pijakan dan
keseimbangan yang betul pada setiap masa.
Ini membolehkan kawalan alat kuasa yang lebih
baik dalam situasi yang tidak dijangka.
16. Berpakaian dengan betul. Jangan pakai
pakaian yang longgar atau barang kemas.
Jauhkan rambut, pakaian, dan sarung tangan
anda dari bahagian yang bergerak. Pakaian
longgar, barang kemas atau rambut yang panjang
boleh terperangkap dalam bahagian yang
bergerak.
17. Jika peranti disediakan untuk sambungan
kemudahan pengekstrakan dan pengumpulan
habuk, pastikan ia disambung dan digunakan
dengan betul. Penggunaan pengumpulan habuk
boleh mengurangkan bahaya berkaitan habuk.
Penggunaan dan penjagaan alat kuasa
18. Jangan gunakan alat kuasa dengan kasar.
Gunakan alat kuasa yang betul untuk
penggunaan anda. Alat kuasa yang betul akan
melakukan tugas dengan lebih baik dan lebih
selamat pada kadar mana ia direka cipta.
19. Jangan gunakan alat kuasa jika suis
tidak berfungsi untuk menghidupkan dan
mematikannya. Alat kuasa yang tidak dapat
dikawal dengan suis adalah berbahaya dan mesti
dibaiki.
20. Cabut palam dari sumber kuasa dan/atau
pek bateri dari alat kuasa sebelum membuat
sebarang pelarasan, menukar aksesori,
atau menyimpan alat kuasa. Langkah-
langkah keselamatan pencegahan sedemikian
mengurangkan risiko memulakan alat kuasa
secara tidak sengaja.
21. Simpan alat kuasa yang tidak digunakan
jauh dari jangkauan kanak-kanak dan jangan
biarkan orang yang tidak biasa dengan alat
kuasa atau arahan ini untuk mengendalikan
alat kuasa. Alat kuasa adalah berbahaya di
tangan pengguna yang tidak terlatih.
22. Menyelenggara alat kuasa. Periksa salah
jajaran atau ikatan pada bahagian yang
bergerak, bahagian yang pecah dan apa-
apa keadaan lain yang boleh menjejaskan
operasi alat kuasa. Jika rosak, baiki alat kuasa
sebelum digunakan. Kebanyakan kemalangan
adalah disebabkan oleh alat kuasa yang tidak
dijaga dengan baik.
23. Pastikan alat pemotong tajam dan bersih.
Alat pemotong yang dijaga dengan betul dengan
hujung pemotong yang tajam mempunyai
kemungkinan yang rendah untuk terikat dan lebih
mudah dikendalikan.
24. Gunakan alat kuasa, aksesori dan alat bit
dan sebagainya mengikut arahan ini dengan
mengambil kira keadaan kerja dan kerja yang
perlu dilakukan. Penggunaan alat kuasa untuk
operasi yang berbeza dari yang dimaksudkan
boleh menyebabkan keadaan berbahaya.
Servis
25. Pastikan alat kuasa anda diservis oleh
orang yang berkelayakan dengan hanya
menggunakan alat ganti yang sama. Ini akan
memastikan keselamatan alat kuasa dapat
dikekalkan.
26. Ikut arahan untuk melincir dan menukar
aksesori.
27. Pastikan pemegang sentiasa kering, bersih
dan bebas dari minyak dan gris.
AMARAN KESELAMATAN
PEMANGKAS TANAMAN PAGAR
1.
Jauhi seluruh badan anda daripada bilah
pemotong. Jangan keluarkan bahan yang
dipotong atau pegang bahan yang akan
dipotong apabila bilah sedang bergerak.
Pastikan suis dimatikan apabila membersihkan
bahan yang tersekat. Kelekaan seketika semasa
mengendalikan pemangkas tanaman pagar boleh
menyebabkan kecederaan diri yang serius.
2.
Pegang pemangkas tanaman pagar pada
pemegang dan pastikan bilah pemotong
berhenti. Apabila memindahkan atau
menyimpan pemangkas tanaman pagar,
sentiasa pakaikan penutup alat pemotong.
Pengendalian pemangkas tanaman pagar dengan
betul akan mengurangkan kebarangkalian
kecederaan peribadi disebabkan bilah pemotong.
26 BAHASA MELAYU

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Uh6580Uh7580