Makita DCC500 Instruction Manual page 64

Cordless dustless cutter
Hide thumbs Also See for DCC500:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Amaran beban lebih
Jika alat ini dikendalikan dengan beban berlebihan,
lampu operasi akan berkelip. Dalam keadaan ini,
kurangkan bebas pada alat, dan lampu berhenti
berkelip.
Fungsi elektronik
Brek elektrik
Mesin ini dilengkapi dengan brek bilah elektrik. Jika
alat ini secara konsisten gagal untuk berhenti berfungsi
dengan cepat selepas pemicu suis dilepaskan, bawa
alat ke pusat servis kami.
Fungsi perubahan kelajuan
automatik
Alat ini mempunyai "mod kelajuan tinggi" dan "mod tork
tinggi".
Alat ini secara automatik mengubah mod operasi
bergantung kepada beban kerja. Apabila beban kerja
adalah rendah, alat akan berjalan dalam "mod kelajuan
tinggi" untuk operasi pemotongan yang lebih cepat.
Apabila beban kerja adalah tinggi, alat akan berjalan
dalam "mod tork tinggi" untuk operasi pemotongan yang
lebih cepat.
Ciri mula ringan
Fungsi ini membolehkan permulaan alat yang lancar
dengan mengehadkan tork permulaan.
PEMASANGAN
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan alat
dimatikan dan kartrij bateri dikeluarkan sebelum
menjalankan sebarang kerja pada alat.
Penyimpan sepana heksagon
Apabila tidak digunakan, simpan sepana heksagon
seperti yang ditunjukkan dalam rajah itu agar tidak
hilang.
► Rajah10: 1. Kunci allen
Menanggalkan dan memasang roda
intan
PERHATIAN:
Gunakan hanya kunci allen
Makita yang dibekalkan untuk menanggalkan dan
memasang roda intan.
PERHATIAN:
Apabila memasang roda intan,
pastikan anda mengetatkan bolt dengan kuat.
PERHATIAN:
Sentiasa memasang roda intan
supaya anak panah pada roda intan menunjuk
ke arah yang sama dengan anak panah pada
penutup roda dan perumah gear. Jika tidak roda
berputar ke belakang, ia boleh menyebabkan
kecederaan peribadi.
Untuk mengeluarkan roda intan, tekan kunci aci
sepenuhnya supaya roda intan tidak boleh berputar dan
gunakan kunci allen untuk melonggarkan bolt heksagon
mengikut arah jam. Kemudian keluarkan bolt heksagon,
bebibir luar dan roda intan.
► Rajah11: 1. Kunci aci 2. Kunci allen 3. Bolt
heksagon 4. Longgarkan 5. Ketatkan
NOTIS:
Jika bebibir dalam ditanggalkan, pasang
pada spindel dengan bahagian lekapan roda
mengadap roda intan.
Untuk memasang roda intan, ikut prosedur
mengeluarkan secara terbalik. Sentiasa memasang
roda intan supaya anak panah pada roda intan
menunjuk ke arah yang sama dengan anak panah pada
penutup roda dan penutup gear.
PASTIKAN UNTUK MENGETATKAN BOLT
HEKSAGON DENGAN KUKUH.
► Rajah12: 1. Bolt heksagon 2. Bebibir luar 3. Roda
intan 4. Bebibir dalaman 5. Pencuci
cawan 6. Anak panah
Beg habuk
Penggunaan beg habuk menjadikan operasi
pemotongan bersih dan memudahkan pengumpulan
habuk. Untuk memasang beg habuk, muatkan ia ke
dalam muncung habuk.
► Rajah13: 1. Beg habuk 2. Muncung habuk
Leher muncung habuk berputar dengan bebas.
Letakkan beg habuk agar anda boleh mengendalikan
alat dengan selesa.
► Rajah14
Apabila beg habuk lebih kurang satu pertiga penuh,
keluarkan beg habuk daripada alat dan tarik kancingnya
keluar. Kosongkan kandungan beg habuk, ketuk
dengan ringan untuk mengeluarkan zarah yang melekat
pada bahagian dalam yang mungkin menghalang
pengumpulan.
► Rajah15: 1. Pengikat
Menyambungkan pembersih
hampagas
Aksesori pilihan
Apabila anda ingin melakukan operasi pemotong
bersih, sambung pembersih hampagas Makita pada
alat anda.
► Rajah16: 1. Hos pembersih hampagas 2. Muncung
habuk
Memasang penutup bekalan air
Aksesori pilihan
PERHATIAN:
roda pilihan, pastikan anda mengetatkan bolt
dengan kuat.
64 BAHASA MELAYU
Apabila memasang penutup

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents