Download Print this page

Aksesori Pilihan - Makita DML809 Instruction Manual

Cordless worklight
Hide thumbs Also See for DML809:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Gunakan dengan kuasa AC:
Semasa menggunakan alat dengan kuasa AC, gunakan
kord kuasa yang disediakan dengan alat. Biarkan palam
betina dimasukkan ke alat dan sambung palam jantan
ke alur keluar. (Raj. 4)
PERHATIAN:
• Masukkan dahulu palam betina ke dalam alat
sepenuhnya, kemudian sambungkan palam jantan ke
alur keluar.
• Sentiasa tutup penutup soket dengan kukuh semasa
kord kuasa tidak dipasang.
NOTA:
• Kuasa AC tidak mengecas bateri yang dimasukkan
ke alat.
• Walaupun beroperasi dengan kuasa DC, alat
bertukar ke kuasa AC secara automatik apabila kord
kuasa dipasang.
Menyusun kord kuasa:
Gulung kord kuasa pada kaki dengan ketat, kemudian
klip hujung kord menggunakan pengikat yang dipasang.
(Raj. 5)
Menghidupkan lampu dan pemilihan mod
kecerahan (Raj. 6)
1. Suis: Tekan suis sekali, lampu menyala (Dengan
mod kecerahan yang sama seperti tetapan terakhir).
Tekan suis sekali lagi, lampu terpadam.
2. Pemilihan mod kecerahan: Urutan kecerahan
adalah: Mod tinggi / Mod tengah / Mod rendah / Mod
tinggi untuk setiap tekanan semasa lampu menyala.
Sistem perlindungan bateri (Raj. 7)
Alat dilengkapi dengan sistem perlindungan bateri untuk
memanjangkan hayat bateri. Apabila bateri menjadi
rendah, lampu LED terpadam kecuali satu LED seperti
yang digambarkan. Kemudian, kira-kira lima ke sepuluh
minit seterusnya, sistem memutuskan kuasa secara
automatik. Dalam situasi ini, keluarkan bateri daripada
alat dan cas bateri.
Kipas penyejukan
Alat ini disertakan dengan kipas penyejukan.
Kipas penyejukan boleh berfungsi untuk menyejukkan
alat walaupun selepas alat dipadam. Bunyi udara keluar
semasa kipas penyejukan berfungsi.
Ini bukan pincang tugas alat.
OPERASI
PERHATIAN:
• Sentiasa letakkan alat pada tempat yang rata dan
stabil. Jika tidak, alat terjatuh secara tidak sengaja
boleh berlaku.
Melaraskan sudut lampu (Raj. 8)
Longgarkan tombol pada kedua-dua sisi. Laraskan
sudut lampu (julat pelarasan adalah 240°). Kemudian,
ketatkan tombol semula.
PERHATIAN:
Berhati-hati supaya tidak terkepit jari semasa
melaraskan sudut lampu.
Menggunakan dengan tripod (aksesori
pilihan)
PERHATIAN:
• Baca dengan teliti manual arahan aksesori sebelum
menggunakan ia bersama lampu.
Anda boleh meletakkan lampu pada tripod untuk
memudahkan pengendalian. (Raj. 9)
PERHATIAN:
• Berhati-hati supaya tidak menjatuhkan alat semasa
memasang alat pada tripod.
Letakkan tripod pada permukaan yang stabil dan
rata untuk mengelakkan alat terjatuh.
• Buka kaki tripod sehingga maksimum.
• Jangan gunakan tripod jika angin kuat.
• Pastikan alat dipasang dengan kukuh pada tripod.
• Tanggalkan alat semasa membawa tripod atau
semasa melipat kaki tripod.
• Berhati-hati supaya tangan anda tidak tersepit di
antara kaki tripod semasa menutup tripod.
PENYELENGGARAAN
PERHATIAN:
• Sentiasa pastikan alat dimatikan, palamnya
dicabut dan kartrij bateri dikeluarkan sebelum cuba
menjalankan pemeriksaan atau penyelenggaraan.
• Jangan gunakan gasolin, benzin, pencair, alkohol
atau bahan yang serupa. Ia boleh menyebabkan
perubahan warna, bentuk atau keretakan.
Hanya kerja penyelenggaraan yang diterangkan dalam
manual arahan ini boleh dilakukan oleh pengguna.
Sebarang kerja lain mesti dilaksanakan oleh pusat
servis Makita yang sah.
Pembersihan
PERHATIAN:
• Jangan basuh alat menggunakan air.
Dari semasa ke semasa, lap bahagian luar (badan alat)
alat menggunakan kain yang dilembapkan dengan air
sabun.

AKSESORI PILIHAN

PERHATIAN:
• Aksesori atau alat tambahan ini adalah disyorkan
untuk digunakan dengan alat Makita anda yang
dinyatakan dalam manual ini. Penggunaan mana-
mana aksesori atau alat tambahan lain mungkin
mengakibatkan risiko kecederaan kepada orang.
Hanya gunakan aksesori atau alat tambahan untuk
tujuan yang dinyatakannya.
Jika anda memerlukan sebarang bantuan untuk
maklumat lebih lanjut mengenai aksesori ini, tanya
Pusat Servis Makita tempatan anda.
• Bateri dan pengecas asli Makita
• Tripod [No bahagian: GM00002073]
NOTA:
• Beberapa item dalam senarai mungkin disertakan
dalam pakej alat sebagai aksesori standard. Item
mungkin berbeza mengikut negara.
1 3
Bahasa Melayu

Advertisement

loading