Download Print this page

Makita DML809 Instruction Manual page 10

Cordless worklight
Hide thumbs Also See for DML809:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
• Masa operasi adalah berdasarkan keadaan apabila dua bateri dimasukkan.
• Sesetengah kartrij bateri yang disenaraikan di atas mungkin tidak tersedia bergantung pada kawasan kediaman anda.
• Masa operasi mungkin berbeza bergantung pada jenis bateri, status pengecasan dan keadaan penggunaan.
AMARAN:
Gunakan hanya kartrij bateri yang disenaraikan di atas. Penggunaan mana-mana kartrij bateri
yang lain mungkin menyebabkan kecederaan dan/atau kebakaran.
Simbol
Berikut menunjukkan simbol-simbol yang digunakan
untuk alat ini. Pastikan anda memahami maksudnya
sebelum menggunakan.
• Baca manual arahan
• Penggunaan dalaman sahaja untuk
bekalan AC; Penggunaan dalaman dan
luar untuk bekalan DC
• Hanya untuk negara-negara EU
Cd
Ni-MH
Jangan lupuskan peralatan elektrik atau
Li-ion
pek bateri bersama-sama bahan sisa
rumah!
Dalam mematuhi Arahan-Arahan Eropah
mengenai Sisa Peralatan Elektrik dan
Elektronik dan Bateri dan Akumulator
dan Sisa Bateri dan Akumulator serta
pelaksanaannya mengikut undang-
undang negara, peralatan elektrik dan
bateri dan pek-pek bateri yang telah
mencapai akhir hayatnya mesti dikumpul
secara berasingan dan dikembalikan ke
kemudahan kitar semula yang bersesuaian
dengan alam sekitar.
• PENEBATAN BERGANDA
• Sinaran Optik (UV dan IR).
Minimumkan pendedahan pada mata atau
kulit.
• Jangan renung pada lampu yang
beroperasi.
• Gunakan pengadang atau pelindung mata
yang betul.
• Sila gunakan dengan berhati-hati dan
penuh perhatian!
• Jangan gunakan alat dalam hujan atau salji
apabila menggunakan dengan kuasa AC.
• IP65 untuk bekalan DC; IP20 untuk bekalan
AC
AMARAN KESELAMATAN
ARAHAN KESELAMATAN
PENTING
AMARAN:
Semasa menggunakan alat, langkah
berjaga-jaga keselamatan asas harus sentiasa diikuti
untuk mengurangkan risiko kebakaran, kejutan elektrik
dan kecederaan peribadi, termasuk yang berikut:
BACA SEMUA ARAHAN.
1. Apabila alat tidak digunakan, sentiasa matikan dan
cabut palam / keluarkan kartrij bateri dari alat.
2. Jangan tutup alat yang sedang beroperasi dengan
kain atau karton dan sebagainya. Jika tidak, ia boleh
menyebabkan kebakaran.
3. Semasa menggunakan alat dengan kuasa AC, jangan
gunakan alat di lokasi yang lembap dan basah.
4. Jangan dedahkan alat kepada hujan atau salji.
Jangan sekali-kali basuh ia dengan air.
5. Jangan gunakan alat dalam keadaan yang mudah
meletup, seperti dalam kehadiran cecair, gas atau
habuk yang mudah terbakar.
6. Palam alat mesti sepadan dengan alur keluar.
Jangan sekali-kali ubah suai palam dalam apa
cara sekalipun. Jangan gunakan sebarang palam
penyesuai dengan alat terbumi (dibumikan). Palam
yang tidak diubah suai dan alur keluar yang sepadan
akan mengurangkan risiko kejutan elektrik.
7. Semasa mengendalikan alat, elakkan sentuhan
badan dengan permukaan terbumi atau dibumikan
seperti paip, radiator, ketuhar gelombang mikro
atau peti sejuk. Terdapat peningkatan risiko kejutan
elektrik jika elektrik terbumi terkena badan anda.
8. Jangan salah gunakan kord. Jangan sekali-kali
gunakan kord untuk membawa, menarik atau mencabut
palam alat. Jauhkan kord dari haba, minyak, bucu
tajam atau bahagian yang bergerak. Kord yang rosak
atau tersimpul meningkatkan risiko kejutan elektrik.
9. Jika kabel fleksibel luaran atau kord sistem lampu
ini telah rosak, ia harus diganti oleh kord istimewa
atau kord yang tersedia secara eksklusif daripada
pengilang atau ejen servisnya.
10. Jangan renung pada sumber cahaya secara terus.
11. Jangan kendalikan atau memasang palam
menggunakan tangan yang berminyak atau basah.
12. Sentiasa letakkan alat pada permukaan yang stabil
dan rata untuk mengelakkan alat terjatuh.
13. Sumber cahaya yang terkandung dalam sistem
lampu ini harus diganti oleh pengilang atau ejen
servisnya atau individu berkelayakan yang serupa
14. Jangan biarkan kord kuasa terputus sambungan dari alat
semasa kuasa dibekalkan daripada alur keluar. Berbuat
sedemikian boleh menyebabkan kejutan elektrik.
1 0
Bahasa Melayu

Advertisement

loading