Download Print this page

Makita CW003G Instruction Manual page 74

Cordless cooler & warmer box
Hide thumbs Also See for CW003G:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
NOTA: Bergantung kepada keadaan penggunaan
dan suhu persekitaran, petunjuk mungkin berbeza
sedikit daripada kapasiti sebenar.
NOTA: Lampu penunjuk pertama (paling kiri) akan
berkelip apabila sistem perlindungan bateri berfungsi.
Sistem perlindungan alat / bateri
Alat ini dilengkapi dengan sistem perlindungan. Sistem
secara automatik memisahkan bekalan kuasa untuk
memperpanjang jangka hayat alat dan bateri. Alat akan
berhenti secara automatik semasa operasi sekiranya
alat atau bateri di bawah salah satu keadaan berikut.
Perlindungan nyahcas lebih bateri
Apabila kapasiti bateri menjadi rendah, alat
berhenti secara automatik. Penunjuk bateri
mengingatkan agar bateri dicas. Keluarkan bateri
dari alat dan cas bateri.
Perlindungan arus lebih
Sekiranya alat / bateri dikendalikan dengan
cara yang menyebabkan arus tinggi yang tidak
normal, alat akan berhenti secara automatik.
Dalam keadaan ini, perlu hentikan aplikasi yang
menyebabkan beban lebih. Kemudian hidupkan
alat untuk memulakan semula.
Perlindungan voltan rendah
Apabila voltan input kereta lebih rendah daripada
voltan terkadar, sistem perlindungan ini akan
mematikan alat dan paparan suhu menunjukkan
"F3" sambil berbunyi bip.
Perlindungan voltan lebih
Apabila voltan input lebih tinggi daripada voltan
terkadar, sistem perlindungan ini akan mematikan
alat dan paparan suhu menunjukkan "F4" sambil
berbunyi bip.
Perlindungan litar pintas
Litarnya mempunyai fungsi perlindungan litar
pintas. Sekiranya terjadi litar pintas, sila bawa alat
ke Pusat Perkhidmatan Rasmi Makita atau Pusat
Perkhidmatan Kilang.
Fungsi perlindungan kecondongan
Alat ini mempunyai fungsi perlindungan
kecondongan. Semasa mengendalikan alat dalam
mod penyejukan, alat akan dimatikan secara
automatik ketika dicondongkan pada sudut yang
berikut.
Apabila alat bersudut sama dengan atau lebih
besar 30°daripada sudut aras seperti yang
ditunjukkan dengan A, B, C, atau D dalam
gambar, alat mati dan paparan suhu menunjukkan
"F1" sebentar. Perlu 3 minit untuk menghidupkan
semula setelah alat kembali ke kedudukan rata.
► Fig.4
Perlindungan terhadap sebab-sebab
lain
Sistem perlindungan juga dirancang untuk sebab-sebab
lain yang dapat merusak alat dan memungkinkan alat
berhenti secara automatik. Apabila alat berhenti untuk
sementara atau berhenti beroperasi, lakukan semua
langkah berikut untuk menghapuskan penyebabnya.
1. Matikan alat, kemudian hidupkannya untuk
memulakan semula.
2. Cas bateri atau gantinya dengan bateri yang telah
dicas semula.
3. Biarkan alat dan bateri menjadi sejuk.
Sekiranya tiada penambahbaikan setelah pemulihan
sistem perlindungan, sila hubungi Pusat Perkhimatan
Makita tempatan.
Pengecasan USB
Di dalam ruang bateri terdapat sebuah port USB. Port
USB ini secara berterusan mengeluarkan voltan 5 V
dalam keadaan operasi.
NOTIS: Sambungkan hanya peranti yang serasi
dengan port bekalan kuasa USB. Jika tidak, ini
boleh menyebabkan pincang tugas alat.
NOTIS: Jangan sambungkan port bekalan kuasa
USB alat ini ke terminal USB komputer anda. Ini
boleh menyebabkan pincang tugas.
NOTIS: Sentiasa sandarkan data peranti USB
anda sebelum menyambungkan peranti USB ke
alat. Jika tidak, data anda mungkin hilang akhibat
sebarang kemungkinan.
NOTIS: Sekiranya tidak menggunakan alat atau
selepas pengecasan, keluarkan kabel USB dan
tutup penutup.
NOTA: Alat ini mungkin tidak membekalkan kuasa
kepada sesetengah peranti USB.
Fungsi memori
Jika pengguna tidak beroperasi dalam 5 saat setelah
menetapkan suhu kawalan, seting saat ini akan diingat.
Lain kali, alat akan bermula dalam seting yang sama.
Menukar unit suhu
Anda boleh menukar unit suhu ke °C (darjah Celsius)
or °F (darjah Fahrenheit) dengan mengikuti prosedur
berikut.
1. Hidupkan alat.
2. Tekan butang suis sejuk / panas sehingga unit
(°C atau °F) mula berkelip.
3. Tekan butang tingkatkan suhu atau butang
rendahkan suhu untuk memilih unit.
4. Tekan butang suis sejuk / panas, atau biarkan alat 5
saat tanpa operasi. Prosedur pemilihan unit selesai.
74 BAHASA MELAYU

Advertisement

loading