Download Print this page

Makita CW003G Instruction Manual page 69

Cordless cooler & warmer box
Hide thumbs Also See for CW003G:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
9.
Alat ini dimaksudkan untuk digunakan di rumah
tangga dan penggunaan serupa seperti di:
- Dapur kakitangan di kedai, pejabat dan
persekitaran kerja lain;
- Rumah ladang dan digunakan oleh pelanggan
di hotel, motel dan persekitaran kediaman lain;
- Persekitaran tempat tidur dan tempat
pengambilan sarapan;
- Persekitaran katering dan penggunaan bukan
runcit yang serupa.
10. Sekiranya KORD KUASA rosak, mesti gantinya
dengan kord atau himpunan (assembly) khas
yang disediakan oleh pengilang atau ejen
servisnya.
11.
AMARAN: Risiko anak terjebak. Sebelum
membuang peti sejuk atau peti pembeku lama
anda:
* Bongkar pintunya.
12. Kelegaan pemasangan di sekitar dan di atas
alat hendaklah tidak kurang daripada 15 mm.
13. Semasa menempatkan alat, pastikan kord
kuasa tidak terjerat atau rosak.
14. Jangan letakkan banyak soket mudah alih atau
bekalan kuasa mudah alih di belakang alat.
15. Pelupusan alat.
Tanda ini menunjukkan bahawa di seluruh
negara Kesatuan Eropah, alat ini tidak
boleh dibuang dengan sisa isi rumah
lain. Untuk mengelakkan kemungkinan
bahaya terhadap alam sekitar atau
kesihatan manusia daripada pelupusan
sampah tak terkawal, kitar semula secara
bertanggungjawab untuk menggalakkan
penggunaan semula sumber bahan
secara berterusan. Gas tiupan penebat
bersifat mudah bakar. Semasa membuang
alat, lakukannya hanya di pusat pelupusan
sampah yang dibenarkan. Jangan
biarkannya terdedah kepada api.
NOTIS PENTING
1.
Baca manual arahan dengan teliti sebelum
penggunaan.
2.
Periksa sama ada julat voltan yang digunakan
sama dengan yang tertera pada plat nama, sama
ada palam kord kuasa sesuai dengan soket, dan
pastikan soketnya dibumikan dengan baik.
3.
Walaupun alat tidak digunakan, jangan
letakkannya secara terbalik, atau miringkannya
dengan sudut lebih besar daripada 15°. Jika
tidak, pincang tugas mungkin berlaku.
4.
Semasa mengangkat alat, pastikan penutup
atasnya menghadap ke atas. Jangan angkat
alat secara terbalik. Jika tidak, pincang tugas
mungkin berlaku.
5.
Jangan rendamkan alat ke dalam air atau
cecair lain untuk mengelakkan kejutan elektrik.
Jangan biarkannya terdedah kepada hujan.
6.
Semasa membersihkan alat atau tidak
digunakan, lepaskan bateri dan cabut palam
kuasa.
7.
Jangan gunakan sebarang aksesori yang tidak
disyorkan oleh pengilang.
8.
Jangan letakkan alat di tempat yang panas seperti
di dalam kereta yang berada di bawah cahaya
matahari atau dekat dengan bahan pemanas. Jika
tidak, prestasi penyejukan mungkin berkurang, atau
kebakaran mungkin terjadi kerana kebocoran gas.
Jangan letakkan alat dekat dengan alat gas. Jika
9.
tidak, prestasi penyejukan mungkin berkurang, atau
kebakaran mungkin terjadi kerana kebocoran gas.
10. Jangan kerap hidupkan butang kuasa
(sekurang-kurangnya 5 minit setiap kali) untuk
mengelakkan kerosakan pemampat.
11.
Jangan masukkan kerajang logam atau
bahan konduktif lain ke dalam alat untuk
mengelakkan kebakaran atau litar pintas.
12. Jangan bersihkan alat ini dengan cecair
pencuci kimia dan benda keras.
13. Masukkan palam sepenuhnya ke dalam salur
masuk "DC IN". Kegagalan berbuat demikian
boleh membuatkan palam ubah bentuk atau
menyebabkan kebakaran.
14. Jangan kendalikan alat semasa memandu.
Berbuat demikian boleh menyebabkan kemalangan.
15. Apabila kapasiti bateri kereta hanya tinggal sedikit,
gunakan alat dengan enjin berjalan. Setelah
menggunakan alat, cabut palam pencucuh rokok
untuk mengelakkan pembebanan bateri kenderaan.
16. Jangan gunakan penyesuai AC di luar rumah.
Jika tidak, kejutan elektrik mungkin berlaku.
17. Jangan salahgunakan penyesuai AC dan
penyesuai pencucuh rokok.
18. Bersihkan palam penyesuai AC dan penyesuai
pencucuh rokok. Kotoran seperti air atau garam
yang melekat pada palam boleh menyebabkan
karat, sehingga mengakibatkan kekonduksian
buruk, ubah bentuk atau kebakaran.
19. Jangan sentuh palam penyesuai AC dan
penyesuai pencucuh rokok sebaik sahaja
selepas operasi. Mereka mungkin sangat panas
dan boleh membakar kulit anda.
20. Jangan bongkar alat.
21. Jangan cas bateri kereta semasa menggunakan
alat. Kegagalan atau kebakaran mungkin terjadi
sekiranya voltan yang tidak sesuai digunakan pada alat.
22. Jangan gunakan penyembur mudah terbakar
di sekitar alat. Jika tidak, ini boleh menyebabkan
kebakaran.
23. Semasa alat beroperasi, jangan sentuh
bahagian dalaman alat dengan tangan yang
basah, terutama yang terbuat daripada logam.
Berbuat demikian boleh menyebabkan luka beku.
24. Jangan kendalikan atau memasang palam
menggunakan tangan yang berminyak atau basah.
Berbuat demikian boleh menyebabkan kejutan elektrik.
25. Jangan letakkan ubat-ubatan atau bahan
akademik ke dalam alat. Alat ini tidak dapat
digunakan untuk menyimpan bahan-bahan yang
memerlukan kawalan suhu yang ketat.
26. Jangan gunakan alat ini sebagai tangga atau
kerusi. Berbuat demikian boleh menyebabkan
kejatuhan dan kecederaan.
27. Jangan biarkan kanak-kanak dan haiwan kesayangan
bermain dengan alat ini. Jauhkan alat daripada
jangkauan kanak-kanak semasa penyimpanan.
69 BAHASA MELAYU

Advertisement

loading