Download Print this page

Makita CW003G Instruction Manual page 70

Cordless cooler & warmer box
Hide thumbs Also See for CW003G:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
28. Jangan simpan terlalu banyak makanan dan
minuman di dalam alat. Jika tidak, prestasi
penyejukan mungkin berkurang, sehingga
menyebabkan makanan dan minuman busuk.
29. Hati-hati agar tidak kehabisan kuasa bateri
sambil memastikan makanan dan minuman
tetap sejuk atau suam. Jangan simpan makanan
yang telah dibuka untuk masa yang lama. Jika
tidak, makanan dan minuman boleh membusuk.
30. Jangan gunakan pisau atau pemutar skru
untuk menghilangkan ais atau fros dalam alat.
Berbuat demikian boleh merosakkan bahagian
dalaman alat dan menyebabkan pincang tugas,
atau kebocoran gas atau minyak.
31. Jangan gunakan output DC penjana enjin
sebagai bekalan kuasa. Berbuat demikian boleh
menyebabkan kegagalan.
32. Jangan masukkan air dan sebagainya terus ke
dalam alat. Air boleh masuk ke dalam alat dan
menyebabkan pincang tugas. Sekiranya air terkumpul
di dalam ruang, keringkannya dengan kain lembut.
33. Hati-hati jangan sampai jari-jari anda terjepit
semasa membuka atau menutup penutup bateri.
34. Jangan simpan barang-barang yang cepat
rosak di dalam ruang. Jika tidak, makanan dan
minuman boleh membusuk.
35. Semasa di bawah mod pemanasan, jangan
lama sentuh bahagian dalaman alat dengan
tangan anda. Risiko luka bakar suhu rendah.
36. Semasa letakkan makanan atau minuman
ke dalam alat, jaga bahagian dalaman ruang
bersih. Risiko keracunan makanan, dll.
37. Jangan gunakan alat ini di dalam lori penyejuk
atau ruang peti sejuk. Pemeluwapan embun mudah
berlaku di dalam lori penyejuk atau ruang peti sejuk,
sehinga menghasilkan titisan air yang akan jatuh
pada alat dan mengakibatkan pincang tugas.
38. Jangan letakkan makhluk seperti haiwan
kesayangan di dalam alat. Alat ini tidak dapat
digunakan untuk menyimpan makhluk.
39. Jangan bungkuskan agen penyejuk dengan
beg yang rosak. Sekiranya agen sejuk bocor
di dalam alat, bahagian logam alat mungkin
berkarat. Sekiranya agen penyejuk bocor, lapnya
dengan kain lembut yang lembap dan kemudian
lapnya dengan kain lembut yang kering.
40. Pasang tali bahu dengan kuat sehingga tidak
jatuh kerana berat alat. Jika tidak, alat boleh
jatuh dan menyebabkan kecederaan.
41. Semasa meletakkan makanan dan minuman ke dalam
alat, masukkan suatu benda yang sejuk atau panas
terlebih dahulu. Alat ini tidak dapat menyejukkan atau
memanaskan dalam waktu yang singkat.
42. Semasa menggunakan alat di dalam kereta,
pastikan ia dipasang dengan baik di tempat
yang stabil seperti ruang bagasi atau kaki
tempat duduk belakang, dan terpasang dengan
teguh. Jangan letakkan alat di tempat duduk
sehingga dalam keadaan tidak stabil. Sekiranya
kereta tiba-tiba bergerak atau berhenti semasa
memandu, alat mungkin jatuh dan bergerak, yang
boleh menyebabkan kecederaan.
43. Pegang alat dengan kuat semasa
mengangkatnya. Jika tidak, alat boleh terjatuh
dan menyebabkan pincang tugas, atau terjatuh
pada kaki anda dan menyebabkan kecederaan.
44. Semasa menggunakan alat di persekitaran
yang berdebu, harus lebih kerap membersihkan
penapis span. Persekitaran yang berdebu boleh
menyebabkan penapis span tersumbat dengan
mudah dan menyebabkan kebakaran.
AMARAN KESELAMATAN
UNTUK ALAT
KENDALIAN BATERI
Penggunaan dan penjagaan alat
kendalian bateri
1.
Elakkan permulaan yang tidak disengajakan.
Pastikan suis dalam keadaan tutup sebelum
menyambung kepada pek bateri, semasa
mengangkat atau membawa alat. Membawa alat
dengan jari anda pada suis atau mentenagakan
alat dengan suis pada kedudukan hidup
mengundang kemalangan.
Putuskan sambungan pek bateri daripada alat
2.
sebelum melakukan sebarang pelarasan, penukaran
aksesori atau penyimpanan alat. Langkah-langkah
keselamatan pencegahan sedemikian mengurangkan
risiko memulakan alat secara tidak sengaja.
3.
Cas semula dengan pengecas yang ditentukan
oleh pengeluar sahaja. Pengecas yang sesuai untuk
satu jenis pek bateri mungkin menimbulkan risiko
kebakaran apabila digunakan dengan pek bateri lain.
4.
Gunakan alat dengan pek bateri yang
ditentukan secara khusus sahaja. Penggunaan
mana-mana pek bateri lain mungkin menimbulkan
risiko kecederaan dan kebakaran.
Apabila pek bateri tidak digunakan,
5.
jauhkannya daripada objek logam lain, seperti
klip kertas, duit syiling, kunci, paku, skru atau
objek logam kecil lain, yang boleh membuat
sambungan dari satu terminal ke terminal yang
lain. Memintas terminal bateri bersama-sama
mungkin menyebabkan lecuran atau kebakaran.
6.
Di bawah keadaan kasar, cecair mungkin terkeluar
daripada bateri; elakkan sentuhan. Jika tersentuh
secara tidak sengaja, siram dengan air. Jika cecair
terkena mata, dapatkan bantuan perubatan di
samping siraman air. Cecair yang terkeluar dari
bateri mungkin menyebabkan kegatalan atau lecuran.
Jangan gunakan pek bateri atau alat yang
7.
rosak atau diubah suai. Bateri yang rosak atau
diubah suai mungkin menunjukkan perilaku yang
tidak dijangka menyebabkan kebakaran, letupan
atau risiko kecederaan.
8.
Jangan dedahkan pek bateri atau alat kepada
api atau suhu yang berlebihan. Pendedahan
kepada api atau suhu melebihi 130 °C mungkin
menyebabkan letupan.
9.
Ikuti semua arahan pengecasan dan jangan cas pek
bateri atau alat di luar julat suhu yang dinyatakan
dalam arahan. Mengecas dengan tidak betul atau
pada suhu di luar julat yang dinyatakan mungkin
merosakkan bateri dan meningkatkan risiko kebakaran.
70 BAHASA MELAYU

Advertisement

loading