Makita DVC865LZX2 Instruction Manual page 39

Cordless vacuum cleaner
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Memasang beg polietilena
Pembersih juga boleh digunakan tanpa beg polietilena.
Walau bagaimanapun, penggunaan beg polietilena
memudahkan pengosongan tangki tanpa mengotorkan
tangan anda.
Hamparkan beg polietilena ke dalam tangki. Sisipkan
ia di antara plat pemegang dan tangki, dan tariknya ke
salur masuk hos.
► Rajah15: 1. Plat pemegang 2. Beg polietilena
Sebarkan beg di sekeliling tangki supaya penapis kain/
bucu penapis awal dapat menangkap dan memegang
beg dengan selamat.
► Rajah16: 1. Penapis kain / penapis awal
NOTA: Beg polietilena yang boleh didapati di pasaran
boleh digunakan. Ketebalan 0.04 mm atau lebih
adalah disarankan.
NOTA: Debu yang terlalu banyak boleh
mengoyakkan beg dengan mudah, jadi, jangan
kumpul debu lebih daripada separuh kapasiti beg.
Mengosongkan beg polietilena
AMARAN:
Sentiasa memastikan pembersih
dimatikan dan kartrij bateri dikeluarkan sebelum
mengosongkan beg polietilena. Kegagalan berbuat
demikian boleh menyebabkan kejutan elektrik dan
kecederaan diri yang serius.
PERHATIAN:
Jangan kenakan impak yang
besar pada sangkar apungan dan tangki. Impak
yang kuat boleh menyebabkan perubahan bentuk
dan merosakkan bahagian.
PERHATIAN:
Kosongkan tangki sekurang-
kurangnya sehari sekali walaupun ini bergantung
kepada isi padu debu yang disedut dalam tangki.
Atau, daya sedutan akan lemah dan motor boleh
rosak.
PERHATIAN:
Jangan sentap cangkuk semasa
mengosongkan tangki. Menyentap cangkuk boleh
menyebabkan cangkuk patah.
Cabut cangkuk dan angkat penutup tangki.
Goncang debu daripada penapis kain / penapis awal
dan kemudian keluarkan beg polietilena dari tangki.
► Rajah17
NOTA: Keluarkan beg polietilena dengan berhati-hati
dari tangki supaya beg polietilena tidak tersangkut
dan terkoyak oleh tonjolan di dalam tangki semasa
dikosongkan.
NOTA: Kosongkan beg polietilena sebelum ia
penuh. Terlalu banyak debu di dalam tangki boleh
menyebabkan beg polietilena terkoyak.
Memasang kotak alat
1.
Lepaskan kunci penutup bateri dan buka penutup
bateri.
2.
Tetapkan rel pada kotak alat di sepanjang alur
pada perumah.
3.
Tutup penutup bateri dan pasangkan kunci.
► Rajah18
Kotak alat memudahkan untuk membawa bateri, paip,
atau kaf.
► Rajah19
Menyambungkan hos
NOTIS:
Jangan sekali-kali paksa hos dengan
membengkok atau menghentaknya. Jangan
sekali-kali menggerakkan pembersih dengan
hos. Memaksa, menghentak dan menarik hos boleh
menyebabkan hos pecah atau berubah bentuk.
NOTIS:
Semasa menyedut sisa yang besar
seperti ukiran pengetam, debu konkrit atau yang
serupa selain sisa kecil, gunakan hos berdiameter
dalaman 38 mm (aksesori pilihan). Menggunakan
hos berdiameter dalaman 28 mm (aksesori pilihan)
boleh menyebabkan sumbatan dan kerosakan hos.
Masukkan hos ke dalam port pelekap tangki dan
pusingkan ia mengikut arah jam sehingga ia terkunci.
► Rajah20
Menyambung lampiran dengan
fungsi kunci
Aksesori pilihan
Masukkan lampiran ke salur masuk sedutan sehingga
ia klik.
Untuk mengeluarkan, tarik sambunagn sambil menolak
butang pelepas.
► Rajah21: 1. Salur masuk sedutan dengan fungsi
kunci 2. Butang pelepas 3. Lampiran
dengan fungsi kunci
NOTA: Lampiran dengan fungsi kunci tersedia
apabila menggunakan salur masuk sedutan dengan
fungsi kunci.
► Rajah22: 1. Lampiran dengan fungsi kunci 2. Salur
masuk sedutan dengan fungsi kunci
3. Salur masuk sedutan tanpa fungsi
kunci
Melaraskan panjang luncur-jenis
sambungan tongkat
Aksesori pilihan
Dengan menekan butang luncur, laraskan panjang
tongkat. Panjang dikunci apabila melepaskan butang
luncur.
► Rajah23: 1. Butang luncur
39 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Dvc155lDvc865l

Table of Contents