Makita UB001G Instruction Manual page 41

Cordless blower
Hide thumbs Also See for UB001G:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Perlindungan lebih nyahcas
Apabila kapasiti bateri tidak mencukupi, mesin akan
berhenti secara automatik dan lampu kuasa utama
mesin berkedip dengan warna merah. Dalam kes ini,
keluarkan bateri dari mesin dan cas bateri atau tukar
bateri kepada yang telah dicas sepenuhnya.
Suis kuasa utama
AMARAN:
Sentiasa matikan suis kuasa utama
apabila tidak digunakan.
Untuk menghidupkan mesin, tekan suis kuasa utama.
Lampu kuasa utama menyala hijau. Untuk mematikan
alat, tekan suis kuasa utama sekali lagi.
► Rajah15: 1. Suis kuasa utama 2. Lampu kuasa
utama
NOTA: Mesin ini menggunakan fungsi kuasa auto.
Untuk mengelakkan permulaan yang tidak
disengajakan, suis kuasa utama akan dimatikan
secara automatik apabila pemicu suis tidak ditarik
untuk tempoh tertentu selepas suis kuasa utama
dihidupkan.
NOTA: Jika anda menekan suis kuasa utama apabila
tuil kawalan tidak kembali sepenuhnya ke kedudukan
mati, atau semasa anda menarik pemicu suis, lampu
kuasa utama berkedip dengan warna hijau. Dalam
kes ini, kembalikan tuil kawalan sepenuhnya, atau
lepaskan pemicu suis, dan kemudian tekan suis
kuasa utama.
Tindakan suis
AMARAN:
Sebelum memasang kartrij bateri
ke dalam mesin, sentiasa periksa untuk melihat
pemicu suis bergerak dengan betul dan kembali
ke posisi "OFF" apabila dilepaskan.
Untuk memulakan mesin, hanya tarik pemicu suis.
Kelajuan ditingkatkan dengan menambah tekanan pada
pemicu suis. Lepaskan pemicu suis untuk berhenti.
► Rajah16: 1. Pemicu suis
Anda boleh menggunakan mesin ini dalam mod
Galakan. Dalam mod Galakan, isi padu udara
menjadi lebih besar daripada dalam mod biasa. Untuk
menggunakan mesin dalam mod Galakan, tarik pemicu
suis sehingga pemicu suis terhenti dalam kedudukan
separuh jalan, dan kemudian tarik pemicu suis
sepenuhnya.
► Rajah17: 1. Pemicu suis
NOTA: Bergantung pada keadaan penggunaan atau
keadaan bateri, penggunaan mod Galakan adalah
terhad untuk melindungi mesin. Jika lampu kuasa
utama mesin berkedip dengan warna hijau semasa
anda menarik pemicu suis sepenuhnya atau semasa
anda menggunakan mesin dalam mod Galakan, mod
Galakan tidak tersedia.
NOTA: Mod Galakan tidak tersedia dengan
memusing tuil kawalan.
Fungsi pengawal luncur
Fungsi pengawal luncur membolehkan pengendali
mengekalkan kelajuan malar tanpa menarik pemicu.
Untuk menambahkan kelajuan, putar tuil kawalan ke
hadapan. Untuk mengurangkan kelajuan, putar tuil
kawalan ke belakang.
► Rajah18: 1. Tuil kawalan
Fungsi pencegahan mula semula
secara tidak sengaja
Walaupun jika anda memasang kartrij bateri semasa
menarik pemicu suis, mesin tidak bermula. Untuk
memulakan mesin, mula-mula, lepaskan pemicu
suis dan kembalikan tuil kawalan sepenuhnya, dan
kemudian tarik pemicu suis.
OPERASI
Operasi penghembus
PERHATIAN:
atas tanah semasa ia dihidupkan. Pasir atau
habuk boleh masuk dari salur masuk sedutan dan
menyebabkan pincang tugas atau kecederaan diri.
Pegang mesin dengan kemas dengan tangan dan
lakukan operasi menghembus dengan
menggerakkannya di sekitar dengan perlahan-lahan.
Apabila menghembus di sekeliling bangunan, batu
besar atau kenderaan, arahkan muncung jauh
daripadanya. Apabila melakukan operasi di sudut,
mulakan dari sudut dan kemudian bergerak ke kawasan
luas.
► Rajah19
Menggunakan set muncung talang
PERHATIAN:
nozel talang, jangan gunakan mesin dalam mod
Galakan. Anda mungkin hilang keseimbangan dan
ianya mungkin mengakibatkan kemalangan kerana
isi padu udara menjadi bertambah besar dalam mod
Galakan.
PERHATIAN:
nozel talang, jangan pegang penghembus dengan
sebelah tangan tetapi dengan kedua-dua belah
tangan.
► Rajah20
PERHATIAN:
talang berhampiran wayar elektrik.
► Rajah21
PERHATIAN:
talang pada hari yang berangin.
► Rajah22
41 BAHASA MELAYU
Jangan letakkan mesin di
Apabila menggunakan set
Semasa menggunakan set
Jangan gunakan set nozel
Jangan gunakan set nozel

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents