Download Print this page

Makita DUB362 Instruction Manual page 27

Hide thumbs Also See for DUB362:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Memasang muncung leper dan
muncung pemanjangan
Aksesori pilihan
Muncung pemanjangan / muncung rata boleh dipasang
pada hujung muncung panjang dengan cara yang sama
seperti di atas.
Memasang muncung talang
Aksesori pilihan
Muncung talang boleh dipasang pada penghembus.
Paip penyesuai yang direka khusus untuk model ini
diperlukan untuk memasang muncung talang.
Untuk butiran lanjut, rujuk pada manual arahan yang
disediakan bersama muncung talang.
Memasang tali galas
Aksesori pilihan
PERHATIAN:
Apabila anda menggunakan alat
dengan gabungan bekalan kuasa jenis beg galas
seperti pek kuasa mudah alih, jangan gunakan tali
galas yang disertakan di dalam pakej alat.
Sekiranya anda memakai tali galas yang disertakan
di dalam pakej alat dan abah-abah bahu bekalan
kuasa jenis beg galas pada masa yang sama,
menanggalkan alat atau bekalan kuasa jenis
beg galas adalah sukar ketika kecemasan dan
ini mungkin menyebabkan kemalangan atau
kecederaan.
► Rajah9
Cangkukkan tali galas pada penggantung alat.
Sebelum digunakan, laraskan panjang tali supaya
mudah untuk bekerja dengannya.
OPERASI
Menghembus
► Rajah10
PERHATIAN:
Jangan letakkan penghembus di atas tanah
semasa ia dihidupkan. Pasir atau habuk boleh
masuk daripada salur masuk sedutan dan ia
boleh menyebabkan kecederaan diri.
Pegang penghembus dengan kukuh dengan
tangan dan lakukan operasi menghembus dengan
menggerakkannya di sekitar secara perlahan-lahan.
Apabila menghembus di sekeliling bangunan, batu
besar atau kenderaan, arahkan muncung jauh
daripadanya.
Apabila melakukan operasi di sudut, mulakan daripada
sudut dan kemudian bergerak ke kawasan luas.
PENYELENGGARAAN
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan alat dimatikan dan kartrij
bateri dikeluarkan sebelum cuba menjalankan
pemeriksaan atau penyelenggaraan.
Jangan gunakan gasolin, benzin, pencair,
alkohol atau bahan yang serupa. Ia boleh
menyebabkan perubahan warna, bentuk atau
keretakan.
Membersih
► Rajah11
Dari semasa ke semasa, lap bahagian luar alat
menggunakan kain yang dilembapkan dalam air sabun.
Untuk mengekalkan KESELAMATAN dan
KEBOLEHPERCAYAAN produk, pembaikan, sebarang
penyelenggaraan atau pelarasan lain perlu dilakukan
oleh Pusat Servis Makita yang Diiktiraf, sentiasa
gunakan alat ganti Makita.
AKSESORI PILIHAN
PERHATIAN:
Aksesori atau alat tambahan ini adalah
disyorkan untuk digunakan dengan alat Makita
anda yang dinyatakan dalam manual ini.
Penggunaan mana-mana aksesori atau alat
tambahan lain mungkin mengakibatkan risiko
kecederaan kepada individu. Hanya gunakan
aksesori atau penyambung untuk tujuan yang
dinyatakannya.
Jika anda perlukan bantuan untuk mengetahui lebih
lanjut tentang aksesori ini, tanya Pusat Servis Makita
tempatan anda.
Bateri dan pengecas asli Makita
Tali galas
Muncung pemanjangan
Muncung leper
Muncung talang
Paip penyesuai
NOTA:
Beberapa item dalam senarai mungkin
disertakan dalam pakej alat sebagai aksesori
standard. Item mungkin berbeza mengikut
negara.
27 BAHASA MELAYU

Advertisement

loading