Amaran Keselamatan - Makita KT001G Instruction Manual

Hide thumbs Also See for KT001G:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Simbol
Berikut menunjukkan simbol-simbol yang boleh
digunakan untuk alat ini. Pastikan anda memahami
maksudnya sebelum menggunakan.
Baca manual arahan.
Amaran: Permukaan panas. Risiko
melecur. Jangan sentuh sehingga sejuk.
Bateri wakilan yang boleh digunakan untuk
produk ini.
Hanya untuk negara-negara EU
Ni-MH
Disebabkan kehadiran komponen
Li-ion
berbahaya dalam peralatan, sisa peralatan
elektrik dan elektronik, akumulator dan
bateri boleh memberi kesan negatif
terhadap persekitaran dan kesihatan
manusia.
Jangan buang alat elektrik dan elektronik
atau bateri bersama dengan bahan
buangan isi rumah!
Mengikut Arahan Eropah mengenai sisa
peralatan elektrik dan elektronik dan
mengenai akumulator dan bateri dan sisa
akumulator dan bateri serta penyesuaian
dengan undang-undang negara, sisa
peralatan elektrik, bateri dan akumulator
hendaklah disimpankan secara berasingan
dan dihantar ke tempat pengumpulan
berasingan untuk sisa perbandaran,
beroperasi mengikut peraturan
perlindungan persekitaran.
Ini ditunjukkan oleh simbol tong sampah
beroda yang bersilang pada peralatan.
Hanya untuk negara-negara EU
Pelupusan yang Betul produk ini
Tanda ini menandakan bahawa produk
ini tidak boleh dilupuskan bersama sisa
isi rumah yang lain di seluruh EU. Untuk
mengelakkan kemudaratan kepada alam
sekitar atau kesihatan manusia daripada
pelupusan sampah yang tidak terkawal,
kitar semula ia secara bertanggungjawab
untuk menggalakkan penggunaan
semula sumber yang mampan. Untuk
memulangkan peranti yang digunakan,
sila gunakan sistem pemulangan dan
pengumpulan atau hubungi peruncit
tempat produk dibeli. Mereka boleh
mengambil produk ini untuk kitar semula
selamat untuk alam sekitar.
Disebabkan kehadiran komponen
berbahaya dalam peralatan, peralatan
elektrik dan elektronik terpakai boleh
memberi kesan negatif terhadap
persekitaran dan kesihatan manusia.
Tujuan penggunaan
Alat ini bertujuan untuk mendidihkan air.

AMARAN KESELAMATAN

Amaran keselamatan Cerek Tanpa
Kord
AMARAN:
PENTING! BACA DENGAN TELITI
semua amaran keselamatan dan semua arahan
SEBELUM GUNA. Kegagalan mematuhi amaran
dan arahan boleh menyebabkan kejutan elektrik,
kebakaran dan/atau kecederaan serius.
1.
Jangan gunakan sebarang aksesori yang tidak
disyorkan oleh pengilang. Jika tidak, perkara
yang tidak dijangka mungkin berlaku.
2.
Jangan sentuh permukaan panas. Permukaan
mudah menjadi panas semasa digunakan.
3.
Jangan gunakan peralatan sekitar keadaan
yang mudah meletup. Jika tidak, lecur atau
kebakaran mungkin berlaku.
4.
Jangan gunakan alat berhampiran dengan
sumber haba (dapur dan sebagainya).
5.
Jangan gunakan peralatan dalam lokasi
lembap atau basah atau mendedahkannya
kepada hujan. Jika tidak, air mungkin memasuki
peralatan dan kejutan elektrik mungkin berlaku.
6.
Letakkan alat di atas permukaan rata yang
stabil.
7.
Jangan tutup muncung ketika pendidihan. Wap
tidak boleh dikeluarkan dan boleh menyebabkan
pincang tugas atau kecederaan.
8.
Biarkan sejuk sebelum membersihkan alat.
Jika tidak, kecederaan lecur boleh berlaku.
Berhati-hati agar tidak membaringkan alat
9.
yang mengandungi air. Kunci luahan tidak
mengedap air sepenuhnya. Air mungkin tertumpah
walaupun kunci luahan diaktifkan.
10. Letakkan alat dalam keadaan dinding atau
perabot tidak terdedah kepada wap. Jika
tidak, perubahan warna, perubahan bentuk atau
keretakan mungkin berlaku.
11. Didihkan air sahaja. Jangan didihkan bahan
lain selain air seperti susu, teh atau sup dll.
Jika tidak, kandungan mungkin terkeluar dan
menyebabkan kecederaan atau alat mungkin
menjadi kotor atau pincang tugas mungkin
berlaku.
12. Jangan masukkan apa-apa selain air ke
dalam cerek, seperti botol atau cawan dll. Jika
tidak, air mungkin terkeluar dan menyebabkan
kecederaan atau alat mungkin menjadi kotor atau
pincang tugas mungkin berlaku.
13. Jangan buka penutup sebaik sahaja air
mendidih. Jika tidak, air yang mendidih boleh
meleleh dan menyebabkan kecederaan lecur.
52 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents