Makita N5900B Instruction Manual page 29

Hide thumbs Also See for N5900B:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
4.
Letakkan bahagian yang lebih lebar tapak
gergaji pada bahagian bahan kerja yang
telah disokong sepenuhnya, bukan bahagian
yang akan jatuh semasa potongan dilakukan.
Jika bahan kerja adalah pendek dan
kecil, apitkannya. JANGAN CUBA UNTUK
MEMEGANG BAHAN PENDEK DENGAN
TANGAN!
► Rajah5
5.
Sebelum meletakkan alat ke bawah selepas
melengkapkan potongan, pastikan yang
pengadang ditutup dan bilah telah berhenti
sepenuhnya.
6.
Jangan sesekali cuba untuk menggergaji
dengan gergaji bulat dipegang terbalik dalam
ragum. Ini adalah sangat bahaya dan boleh
mengakibatkan kemalangan serius.
► Rajah6
7.
Sesetengah bahan mengandungi bahan kimia
yang mungkin toksik. Sila berhati-hati untuk
mencegah penyedutan habuk dan sentuhan
kulit. Ikut data keselamatan pembekal bahan.
Jangan hentikan bilah dengan tekanan sisi
8.
pada bilah gergaji.
9.
Jangan gunakan sebarang roda lelas.
10. Hanya gunakan bilah gergaji dengan diameter
yang ditanda pada alat atau yang dinyatakan
dalam manual. Penggunaan saiz bilah yang
salah mungkin menjejaskan pengadangan bilah
yang betul atau operasi pengadang yang akan
menyebabkan kecederaan diri yang serius.
11.
Pastikan bilah tajam dan bersih. Gegala
kayu dan damar yang mengeras pada bilah
memperlahankan gergaji dan meningkatkan
potensi berlakunya tolak keluar. Pastikan bilah
bersih dengan mengeluarkannya daripada
alat dahulu, kemudian bersihkannya dengan
penanggal damar dan gegala, air panas atau
kerosin. Jangan sesekali gunakan gasolin.
12. Pakai topeng habuk dan alat pelindung
pendengaran semasa menggunakan alat.
13. Sentiasa gunakan bilah gergaji yang bertujuan
untuk memotong bahan yang akan anda
potong.
14. Hanya gunakan bilah gergaji yang ditanda
dengan kelajuan yang sama atau lebih tinggi
daripada kelajuan yang ditanda pada alat.
15. (Untuk negara-negara Eropah sahaja)
Sentiasa gunakan bilah yang mematuhi
EN847-1.
SIMPAN ARAHAN INI.
AMARAN:
JANGAN biarkan keselesaan atau
kebiasaan dengan produk (daripada penggunaan
berulang) menggantikan pematuhan ketat
terhadap peraturan keselamatan untuk produk
yang ditetapkan. SALAH GUNA atau kegagalan
mematuhi peraturan-peraturan keselamatan
yang dinyatakan dalam manual arahan ini boleh
menyebabkan kecederaan diri yang serius.
KETERANGAN FUNGSI
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan alat dimatikan dan palamnya
dicabut sebelum menyelaras atau menyemak
fungsi pada alat.
Menyesuaikan kedalaman potongan
► Rajah7: 1. Tuil
PERHATIAN:
Gunakan potongan kedalaman dangkal semasa
memotong bahan kerja nipis untuk pemotongan
yang kemas dan selamat.
Selepas menyesuaikan kedalaman potongan,
sentiasa ketatkan tuil dengan kukuh.
Longgarkan tuil pada panduan kedalaman dan
gerakkan tapak ke atas atau ke bawah. Pada
kedalaman yang dikehendaki, kukuhkan tapak dengan
mengetatkan tuil.
Potongan serong
► Rajah8: 1. Nat telinga 2. Plat skala serong
Longgarkan skru pengapit di depan dan di belakang,
dan sengetkan alat ke sudut yang dikehendaki untuk
potongan serong (0° - 50°). Kukuhkan skru pengapit
dengan ketat di depan dan di belakang selepas
membuat penyesuaian.
Penglihatan
► Rajah9: 1. Plat tapak 2. Garisan pemotongan
Untuk potongan lurus, jajarkan posisi A pada depan
tapak dengan garisan pemotongan anda. Untuk
potongan serong 45°, jajarkan posisi B dengannya.
Tindakan suis
► Rajah10: 1. Butang kunci / butang buka kunci
2. Pemicu suis
PERHATIAN:
Sebelum memasang alat, sentiasa periksa
untuk melihat pemicu suis bergerak dengan
betul dan kembali ke posisi "OFF" apabila
dilepaskan.
Untuk alat dengan butang kunci
Untuk memulakan alat, hanya tarik pemicu suis.
Lepaskan pemicu suis untuk berhenti.
Untuk operasi berterusan, tarik pemicu suis dan
kemudian tolak masuk butang kunci.
Untuk menghentikan alat dari kedudukan terkunci, tarik
pemicu suis sepenuhnya, kemudian lepaskan.
Untuk alat dengan butang buka kunci
Untuk mengelakkan pemicu suis daripada ditarik secara
tidak sengaja, butang buka kunci disediakan. Untuk
memulakan alat, tolak masuk butang buka kunci dan
tarik pemicu suis. Lepaskan pemicu suis untuk berhenti.
29 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents