Makita PJ7000 Instruction Manual page 26

Hide thumbs Also See for PJ7000:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Pagar
NOTA:
Tanggalkan panduan sudut mengikut keperluan
kerja anda apabila menggunakan alat dengan
sudut pagar diselaraskan kepada selain
daripada 0°. Apabila anda perlu menggunakan
panduan sudut dalam keadaan di atas, pastikan
anda melaraskan kedalaman alur untuk
mendapatkan kedalaman yang betul.
► Rajah4: 1. Pagar 2. Tuil kunci 3. Skala sudut
4. Ketatkan 5. Longgarkan
► Rajah5: 1. Tuil kunci 2. Penunjuk 3. Skala sudut
4. Pusat ketebalan bilah 5. Penutup bilah
Sudut pagar boleh diselaraskan antara 0° dan
90° (hentian positif pada 0°, 45° dan 90°). Untuk
melaraskan sudut, longgarkan tuil kunci dan sengetkan
pagar sehingga penunjuk menunjuk ke senggatan yang
dikehendaki pada skala sudut. Kemudian ketatkan tuil
kunci untuk mengukuhkan pagar.
Apabila pagar ditetapkan pada 90°, jarak dari pusat
ketebalan bilah ke pagar dan jarak dari pusat ketebalan
bilah ke bawah penutup bilah ialah 10 mm.
Plat tetapan
► Rajah6: 1. Tuil kunci 2. Penunjuk 3. Skala sudut
4. Plat tetapan 5. Ketebalan plat tetapan
6. Pusat ketebalan bilah 7. Penutup bilah
► Rajah7: 1. Plat tetapan
Gunakan plat tetapan seperti yang ditunjukkan dalam
rajah apabila memotong slot pada bahan kerja nipis.
Tindakan suis
► Rajah8: 1. Suis luncur
PERHATIAN:
Sebelum memasang alat, sentiasa periksa
untuk melihat suis luncur bergerak dengan betul
dan kembali ke posisi "OFF" apabila bahagian
belakang suis luncur ditekan.
Suis boleh dikunci dalam kedudukan "ON" untuk
memudahkan keselesaan pengendali semasa
penggunaan berpanjangan. Berhati-hati
semasa mengunci alat dalam kedudukan "ON"
dan kekalkan genggaman yang kukuh pada
alat.
Untuk memulakan alat, luncurkan suis luncur ke arah
posisi "I (ON)". Untuk operasi yang berterusan, tekan
bahagian depan suis luncur untuk menguncinya.
Untuk menghentikan alat, tekan bahagian belakang
suis luncur, kemudian luncurkan ia ke arah posisi "O
(OFF)".
PEMASANGAN
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan alat dimatikan dan palamnya
dicabut sebelum menjalankan apa-apa kerja
pada alat.
Mengeluarkan atau memasang bilah
► Rajah9: 1. Nat kunci 2. Bilah penanggam plat
3. Bebibir dalaman 4. Skru pengapit
5. Penutup bilah 6. Longgarkan
7. Ketatkan 8. Kunci aci
PERHATIAN:
Apabila memasang bilah penanggam plat,
pasangkan bebibir dalaman dengan sisi yang
bertanda "22" menghadap ke arah anda.
Untuk menanggalkan bilah, longgarkan skru pengapit
dan buka penutup bilah. Tolak kunci aci dan longgarkan
nat kunci menggunakan perengkuh nat kunci. Untuk
memasang bilah, mula-mula lekapkan bebibir dalaman.
Kemudian lekapkan bilah dan nat kunci. Ketatkan nat
kunci dengan kukuh menggunakan perengkuh nat
kunci. Tutup penutup bilah dan ketatkan skru pengapit
untuk mengukuhkan penutup bilah.
PERHATIAN:
Gunakan hanya perengkuh nat kunci Makita
yang disediakan untuk menanggalkan atau
memasang bilah.
Sentiasa periksa kedalaman alur selepas
menggantikan bilah. Laraskan semula jika perlu.
Beg habuk
► Rajah10: 1. Beg habuk 2. Pengikat 3. Muncung
habuk
Untuk memasang beg habuk, muatkan ia ke dalam
muncung habuk. Jika beg habuk menjadi penghalang
kepada kerja anda, pusingkan muncung habuk untuk
menukar kedudukan beg habuk.
Apabila beg habuk kira-kira setengah penuh, matikan
dan cabut palam alat tersebut. Keluarkan beg habuk
dari alat dan tarik keluar pengikat beg itu. Kosongkan
beg habuk dengan mengetuknya dengan perlahan
untuk mengeluarkan sebanyak mungkin habuk.
NOTA:
Jika anda menyambungkan pembersih
hampagas Makita pada penanggam plat anda,
operasi yang lebih cekap dan bersih boleh
dilakukan.
26 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents