Download Print this page

Makita HM0810T Instruction Manual page 19

Demolition hammer
Hide thumbs Also See for HM0810T:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
PENYELENGGARAAN
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan alat dimatikan dan
palamnya dicabut sebelum cuba menjalankan
pemeriksaan atau penyelenggaraan.
Jangan gunakan gasolin, benzin, pencair,
alkohol atau bahan yang serupa. Ia boleh
menyebabkan perubahan warna, bentuk atau
keretakan.
Menggantikan berus karbon
► Rajah5: 1. Penukar tertib 2. Hujung penebat
3. Berus karbon
Apabila hujung penebat resin di dalam berus karbon
terdedah kepada sentuhan penukar tertib, ia akan
memadamkan motor secara automatik. Apabila
ini berlaku, kedua-dua berus karbon perlu diganti.
Pastikan berus karbon sentiasa bersih dan mudah
untuk diselitkan ke dalam pemegang. Kedua-dua
berus karbon perlulah diganti pada masa yang sama.
Gunakan hanya berus karbon yang serupa.
Gunakan kunci allen untuk menanggalkan penutup
belakang alat.
► Rajah6: 1. Kunci allen 2. Penutup belakang
Gunakan pemutar skru untuk menanggalkan penutup
pemegang berus. Keluarkan berus karbon yang telah
haus, masukkan berus baharu dan ketatkan penutup
pemegang berus.
► Rajah7: 1. Pemutar skru 2. Penutup pemegang
berus
Pelinciran
► Rajah8: 1. Perengkuh nat kunci 2. Penutup engkol
Alat ini tidak memerlukan pelinciran setiap jam atau
setiap hari kerana ia mempunyai sistem pelinciran
terpadat gris. Ia perlu disapu pelincir semula selepas
setiap 6 bulan dioperasikan. Hantar alat yang lengkap
ke Pusat Servis Makita yang Diiktiraf atau Pusat
Servis Kilang untuk perkhidmatan pelinciran ini. Walau
bagaimanapun, jika berlaku sebarang situasi apabila
anda perlu menyapu pelincir sendiri, lakukan seperti
berikut.
Jalankan alat selama beberapa minit bagi
memanaskannya. Padam dan cabut palam alat.
Keluarkan penutup engkol menggunakan perengkuh
nat kunci 35 Makita (aksesori pilihan). Rehatkan alat di
atas meja dengan hujung bit menghadap ke atas. Ini
akan membenarkan gris yang lama berkumpul di dalam
perumah engkol.
Lap gris yang lama dan gantikan dengan gris baharu
(30 g; 1 auns). Gunakan hanya gris tukul Makita yang
tulen (aksesori pilihan). Mengisi gris lebih daripada
jumlah yang ditentukan (lebih kurang 30 g; 1 auns)
boleh menyebabkan kegagalan tindakan menukul atau
kegagalan alat. Isi hanya dengan jumlah gris yang
ditentukan.
► Rajah9: 1. Gris tukul
Pasang semula penutup engkol dan ketatkan dengan
perengkuh nat kunci.
PERHATIAN:
Jangan pasang penutup engkol terlampau ketat.
Ia diperbuat daripada resin dan mudah pecah.
Untuk mengekalkan KESELAMATAN dan
KEBOLEHPERCAYAAN produk, pembaikan, sebarang
penyelenggaraan atau penyesuaian lain perlu dilakukan
oleh Kilang atau Pusat Servis Makita yang Diiktiraf,
sentiasa gunakan alat ganti Makita.
AKSESORI PILIHAN
PERHATIAN:
Aksesori-aksesori atau lampiran-lampiran ini
adalah disyorkan untuk digunakan dengan
alat Makita anda yang ditentukan dalam
manual ini. Penggunaan mana-mana aksesori-
aksesori atau lampiran-lampiran lain mungkin
mengakibatkan risiko kecederaan kepada
orang. Hanya gunakan aksesori atau lampiran
untuk tujuan yang dinyatakannya.
Jika anda memerlukan bantuan untuk butiran lanjut
berkenaan aksesori-aksesori ini, tanya Pusat Servis
Makita tempatan anda.
Mata bull
Pahat sejuk
Pahat penskalaan
Penceduk lempung
Pahat pelurahan
Pelantak
Alat Pemberus
Penyesuai rod bumi
Perengkuh nat kunci
Kunci allen
Gogel keselamatan
Gris tukul
Bekas pembawa
Gris bit
NOTA:
Beberapa item dalam senarai mungkin
disertakan dalam pakej alat sebagai aksesori
standard. Item mungkin berbeza mengikut
negara.
19 BAHASA MELAYU

Advertisement

loading