Download Print this page

Makita HM0810T Instruction Manual page 18

Demolition hammer
Hide thumbs Also See for HM0810T:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
7.
Dalam cuaca sejuk atau apabila alat tidak
digunakan untuk jangka masa yang panjang,
biarkan alat dipanaskan seketika dengan
mengendalikannya tanpa sebarang beban. Ini
akan mencairkan pelinciran. Tanpa pemanasan
yang betul, operasi menukul adalah sukar.
Sentiasa pastikan anda mempunyai tapak
8.
berpijak yang kukuh.
Pastikan tiada sesiapa di bawah apabila
menggunakan alat di lokasi yang tinggi.
9.
Pegang alat dengan kukuh menggunakan
kedua-dua tangan.
10. Jauhkan tangan dari bahagian bergerak.
11.
Jangan tinggalkan alat yang sedang berjalan.
Kendalikan alat hanya apabila dipegang.
12. Jangan halakan alat kepada sesiapa di
kawasan sekitar semasa mengendalikan. Bit
boleh terbang dan mencederakan seseorang
dengan serius.
13. Jangan sentuh bit atau bahagian yang dekat
dengan bit dengan serta-merta selepas
operasi; ia mungkin panas dan boleh
membakar kulit anda.
14. Jangan kendalikan alat tanpa beban tanpa
keperluan.
15. Sesetengah bahan mengandungi bahan kimia
yang mungkin toksik. Sila berhati-hati untuk
mencegah penyedutan habuk dan sentuhan
kulit. Ikut data keselamatan pembekal bahan.
SIMPAN ARAHAN INI.
AMARAN: JANGAN biarkan keselesaan
atau kebiasaan dengan produk (daripada
penggunaan berulang) menggantikan
pematuhan ketat terhadap peraturan
keselamatan untuk produk yang ditetapkan.
SALAH GUNA atau kegagalan untuk
mematuhi peraturan-peraturan keselamatan
yang dinyatakan dalam manual arahan ini
boleh menyebabkan kecederaan diri yang
serius.
KETERANGAN FUNGSI
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan alat dimatikan dan palamnya
dicabut sebelum menyelaras atau menyemak
fungsi pada alat.
Tindakan suis
► Rajah1: 1. Butang kunci 2. Pemicu suis
PERHATIAN:
Sebelum memasang alat, sentiasa periksa
untuk melihat pemicu suis bergerak dengan
betul dan kembali ke posisi "OFF" apabila
dilepaskan.
Untuk memulakan alat, hanya tarik pemicu suis.
Lepaskan pemicu suis untuk berhenti.
Untuk operasi berterusan, tarik pemicu suis dan
kemudian tolak masuk butang kunci.
Untuk menghentikan alat dari kedudukan terkunci, tarik
pemicu suis sepenuhnya, kemudian lepaskan.
PEMASANGAN
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan alat dimatikan dan palamnya
dicabut sebelum menjalankan apa-apa kerja
pada alat.
Memasang genggaman sisi
(pemegang tambahan)
► Rajah2: 1. Genggaman sisi
Genggaman sisi berayun ke salah satu sisi,
membolehkan pengendalian yang mudah bagi alat
pada sebarang kedudukan. Longgarkan genggaman
sisi dengan memutarkannya pada arah lawan jam,
ayunkannya kepada kedudukan yang dikehendaki dan
kemudian ketatkan mengikut arah jam.
Gris bit (aksesori pilihan)
Salut kepala tangkai bit dengan sedikit gris bit sebelum
menggunakannya (lebih kurang 0.5 -1 g; 0.02 - 0.04
auns). Pelinciran cuk ini memastikan tindakan yang
lancar dan hayat perkhidmatan yang lebih lama.
Memasang atau menanggalkan bit
► Rajah3: 1. Bit 2. Gelang penukar
► Rajah4: 1. Bit 2. Gelang penukar
Tarik gelang penukar ke bawah sepenuhnya dan
masukkan bit ke alat tersebut setakat ia boleh
dimasukkan. Lepaskan gelang penukar dan ia
akan kembali secara automatik ke posisi asal untuk
mengemaskan bit. Selepas memasang, sentiasa
pastikan bit dipasang kemas dengan cuba menariknya
keluar. Untuk menanggalkan bit, tarik gelang penukar
ke bawah sepenuhnya dan tarik bit keluar.
OPERASI
Menyerpih/Menskala/Meroboh
Pegang alat dengan kukuh menggunakan kedua-
dua tangan. Hidupkan alat dan beri sedikit tekanan
pada alat supaya alat tidak akan melantun dan tidak
terkawal. Menekan alat dengan sangat kuat tidak akan
menambah kecekapan.
18 BAHASA MELAYU

Advertisement

loading