Makita M8600 Instruction Manual page 19

Demolition hammer
Hide thumbs Also See for M8600:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Memasang atau menanggalkan bit
► Rajah4: 1. Bit 2. Gelang penukar
► Rajah5: 1. Bit 2. Gelang penukar
Tarik gelang penukar ke bawah sepenuhnya dan
masukkan bit ke alat tersebut setakat ia boleh
dimasukkan. Lepaskan gelang penukar dan ia
akan kembali secara automatik ke posisi asal untuk
mengemaskan bit. Selepas memasang, sentiasa
pastikan bit dipasang kemas dengan cuba menariknya
keluar. Untuk menanggalkan bit, tarik gelang penukar
ke bawah sepenuhnya dan tarik bit keluar.
OPERASI
PERHATIAN:
Pastikan bahan kerja dipasang dengan
kukuh dan stabil. Objek yang terbang boleh
menyebabkan kecederaan diri.
Jangan tarik alat keluar secara paksa
walaupun bit tersekat. Hilang kawalan boleh
menyebabkan kecederaan.
Sentiasa gunakan genggaman sisi (pemegang
tambahan) dan pegang alat dengan kukuh pada
kedua-dua genggaman sisi dan pemegang suis
semasa operasi.
► Rajah6
Menyerpih/Menskala/Meroboh
Pegang alat dengan kukuh menggunakan kedua-
dua tangan. Hidupkan alat dan beri sedikit tekanan
pada alat supaya alat tidak akan melantun dan tidak
terkawal. Menekan alat dengan sangat kuat tidak akan
menambah kecekapan.
PENYELENGGARAAN
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan alat dimatikan dan
palamnya dicabut sebelum cuba menjalankan
pemeriksaan atau penyelenggaraan.
Jangan gunakan gasolin, benzin, pencair,
alkohol atau bahan yang serupa. Ia boleh
menyebabkan perubahan warna, bentuk atau
keretakan.
Menggantikan berus karbon
► Rajah7: 1. Penukar tertib 2. Hujung penebat
3. Berus karbon
Apabila hujung penebat resin di dalam berus karbon
terdedah kepada sentuhan penukar tertib, ia akan
memadamkan motor secara automatik. Apabila
ini berlaku, kedua-dua berus karbon perlu diganti.
Pastikan berus karbon sentiasa bersih dan bebas untuk
dimasukkan ke dalam pemegang. Kedua-dua berus
karbon harus diganti pada masa yang sama. Gunakan
hanya berus karbon yang serupa.
► Rajah8: 1. Pemutar skru 2. Penutup belakang
Gunakan pemutar skru untuk menanggalkan penutup
belakang.
► Rajah9: 1. Pemutar skru 2. Penutup pemegang
berus
Gunakan pemutar skru untuk menanggalkan penutup
pemegang berus. Keluarkan berus karbon yang telah
haus, masukkan berus baharu dan kukuhkan penutup
pemegang berus.
Untuk mengekalkan KESELAMATAN dan
KEBOLEHPERCAYAAN produk, pembaikan, sebarang
penyelenggaraan atau penyesuaian lain perlu dilakukan
oleh Kilang atau Ptusat Servis Makita yang Diiktiraf,
sentiasa gunakan alat ganti Makita.
19 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents