Makita LW1400 Instruction Manual page 33

Portable cut-of
Hide thumbs Also See for LW1400:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
AMARAN:
JANGAN SEKALI-KALI gagalkan
butang buka kunci dengan mengetuk atau dengan
cara yang lain. Suis dengan butang buka kunci yang
tidak berfungsi mungkin menyebabkan operasi yang
tidak disengajakan dan kecederaan diri yang serius.
AMARAN:
JANGAN SEKALI-KALI gunakan
alat jika ia berjalan apabila anda hanya menarik
pemicu suis tanpa menekan butang buka kunci.
Suis yang perlu dibaiki mungkin menyebabkan
operasi yang tidak disengajakan dan kecederaan diri
yang serius. Kembalikan alat kepada pusat servis
Makita untuk pembaikan yang betul SEBELUM
penggunaan seterusnya.
NOTIS:
Jangan tarik pemicu suis dengan kuat
tanpa menekan butang buka kunci. Ini akan
menyebabkan suis pecah.
Jarak antara ragum dan plat
panduan
PERHATIAN:
Selepas menyesuaikan jarak
antara ragum dan plat panduan, pastikan plat
panduan dikukuhkan dengan betul. Penetapan
yang tidak cukup mungkin menyebabkan kecederaan
diri.
Tetapan jarak ragum berikut tersedia:
0 - 170 mm (tetapan asal)
35 - 205 mm
70 - 240 mm
Jika kerja anda memerlukan tetapan berlainan,
teruskan seperti berikut untuk menukar ruang atau
jarak.
Untuk LW1400
Longgarkan skru pada plat panduan. Gerakkan plat
panduan kepada kedudukan yang diinginkan dan
kemudian ketatkan skru.
► Rajah5: 1. Skru 2. Plat panduan
Untuk LW1401
Keluarkan dua bolt heksagon menggunakan perengkuh
soket. Gerakkan plat panduan kepada kedudukan yang
diinginkan dan kukuhkan ia dengan bolt heksagon.
► Rajah6: 1. Plat panduan 2. Bolt heksagon
Penyesuaian sudut pemotongan
PERHATIAN:
Selepas menyesuaikan sudut
antara plat panduan, pastikan plat panduan
dikukuhkan dengan betul. Penetapan yang tidak
cukup mungkin menyebabkan kecederaan diri.
PERHATIAN:
Jangan kendalikan alat apabila
bahan tidak dipasang dengan kukuh dengan
ragum kerana sudut pemotongan.
Untuk LW1400
Pusing tuil arah lawan jam. Gerakkan plat panduan
kepada kedudukan yang diinginkan dan kemudian
ketatkan tuil.
► Rajah7: 1. Plat panduan 2. Tuil
Untuk LW1401
NOTIS:
Apabila melakukan potongan rencong
tepat, sentiasa tetapkan plat panduan pada
kedudukan 0 - 170 mm. Tetapan pada kedudukan
35 - 205 mm atau 70 - 240 mm menghalang
pergerakan plat penyumbat yang menyebabkan
kegagalan memotong.
Longgarkan dua bolt heksagon menggunakan
perengkuh soket. Pusingkan plat panduan kepada
kedudukan yang diinginkan dan kukuhkan ia dengan
bolt heksagon. Berhati-hati supaya tidak mengalihkan
tetapan sudut semasa mengukuhkan bolt heksagon.
► Rajah8: 1. Plat panduan 2. Bolt heksagon
NOTA: Skala pada plat panduan hanyalah penunjuk
kasar. Untuk sudut yang lebih tepat, gunakan jangka
sudut atau pembaris tiga segi. Pastikan pemegang ke
bawah supaya roda pemotong sampai kepada tapak.
Pada masa yang sama, sesuaikan sudut antara plat
panduan dan roda pemotong dengan jangka sudut
atau pembaris tiga segi.
Penyesuaian pelindung percikan api
Untuk LW1401 sahaja (khusus negara)
► Rajah9: 1. Skru 2. Pelindung percikan api
Pelindung percikan api dipasang di kilang dengan bucu
bawahnya menyentuh tapak. Mengendalikan alat pada
kedudukan ini akan menyebabkan banyak percikan
api berterbangan. Longgarkan skru dan sesuaikan
pelindung percikan api kepada kedudukan yang
percikan api akan berterbangan dengan minimum.
Plat penyumbat
Untuk LW1401 sahaja (khusus negara)
► Rajah10: 1. Plat penyumbat
Plat penyumbat mengelakkan roda pemotong daripada
tersentuh meja kerja atau lantai. Apabila roda pemotong
baharu dipasang, tetapkan penyumbat pada kedudukan
(A). Apabila roda pemotong telah haus sehingga
bahagian bawah bahan kerja tidak dipotong, tetapkan
plat penyumbat kepada posisi (B) untuk membenarkan
peningkatan kapasiti pemotongan dengan roda yang
telah haus.
PEMASANGAN
PERHATIAN:
dimatikan dan palamnya dicabut sebelum
menjalankan apa-apa kerja pada alat.
Membuka pelindung keselamatan
jenis penutup tengah
Khusus negara
Untuk alatan yang dilengkapi dengan pelindung
keselamatan jenis penutup tengah, longgarkan skru
pengapit dahulu kemudian naikkan pelindung.
► Rajah11: 1. Skru pengapit
33 BAHASA MELAYU
Sentiasa pastikan alat

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Lw1401

Table of Contents