Makita LW1400 Instruction Manual page 31

Portable cut-of
Hide thumbs Also See for LW1400:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
9.
Pakai peralatan pelindung diri. Bergantung
kepada penggunaan, gunakan pelindung
muka, gogel keselamatan atau cermin mata
keselamatan. Sebagaimana yang sesuai,
pakai topeng habuk, pelindung pendengaran,
sarung tangan dan apron bengkel yang
mampu menghalang serpihan pelelas atau
bahan kerja yang kecil. Pengadang mata mesti
mampu menghalang serpihan yang terbang yang
dihasilkan oleh pelbagai operasi. Topeng habuk
atau alat pernafasan mesti mampu menapis zarah
yang dihasilkan oleh operasi anda. Pendedahan
yang berlanjutan kepada hingar dengan
keamatan yang tinggi boleh menyebabkan hilang
pendengaran.
10. Pastikan orang ramai berada pada jarak yang
selamat dari kawasan kerja. Sesiapa sahaja
yang memasuki kawasan kerja mesti memakai
peralatan pelindung diri. Serpihan bahan kerja
atau roda yang pecah mungkin berterbangan
dan menyebabkan kecederaan di luar kawasan
operasi terdekat.
Jauhkan kord daripada aksesori yang
11.
berputar. Jika anda hilang kawalan, kord boleh
terpotong atau tersangkut dan tangan atau lengan
anda boleh tertarik ke dalam roda yang berputar.
12. Bersihkan dengan kerap bolong udara alat
kuasa. Kipas motor boleh mengeluarkan habuk di
dalam perumah dan pengumpulan logam serbuk
yang berlebihan boleh menyebabkan bahaya
elektrik.
13. Jangan kendalikan alat kuasa berhampiran
bahan mudah terbakar. Jangan kendalikan alat
kuasa semasa ditempatkan pada permukaan
mudah terbakar seperti kayu. Percikan boleh
menyalakan bahan ini.
14. Jangan gunakan aksesori yang memerlukan
bahan pendingin cecair. Penggunaan air
atau bahan pendingin cecair yang lain boleh
menyebabkan renjatan elektrik.
Tolak keluar dan amaran berkaitan
Tolak keluar ialah tindak balas tiba-tiba kepada roda
berputar yang tersepit atau tersangkut. Tersepit atau
tersangkut menyebabkan roda berputar berhenti tiba-
tiba yang menyebabkan unit pemotongan yang tidak
terkawal ditolak ke atas ke arah pengendali.
Sebagai contoh, jika roda pelelas tersangkut atau
tersepit pada bahan kerja, bahagian tepi roda
yang memasuki titik sepitan boleh menekan dalam
permukaan bahan menyebabkan roda ternaik atau
terkeluar. Roda pelelas mungkin juga pecah di bawah
keadaan ini.
Tolak keluar adalah akibat daripada penyalahgunaan
alat kuasa dan/atau prosedur atau keadaan operasi
yang tidak betul dan boleh dielakkan dengan
mengambil langkah berjaga-jaga yang betul seperti
yang diberikan di bawah.
1.
Kekalkan genggaman yang kukuh pada alat
kuasa dan pastikan kedudukan badan dan
lengan anda membolehkan anda menahan
daya tolak keluar. Pengendali boleh mengawal
daya tolak keluar ke atas, jika langkah berjaga-
jaga yang betul diambil.
2.
Pastikan badan anda tidak berada sebaris
dengan roda berputar. Jika tolak keluar berlaku,
ia akan menggerakkan unit pemotongan ke atas
ke arah pengendali.
3.
Jangan pasangkan rantai gergaji, bilah
pengukir kayu, roda intan bersegmen dengan
celah pinggir lebih besar daripada 10 mm atau
bilah gergaji bergigi. Bilah seperti ini akan kerap
menghasilkan tolak keluar dan hilang kawalan.
Jangan biarkan roda "tersekat" atau
4.
mengenakan tekanan berlebihan. Jangan
cuba membuat kedalaman potongan yang
berlebihan. Mengenakan tekanan yang
berlebihan kepada roda akan meningkatkan
beban dan kecenderungan untuk berputar atau
terkapit roda dalam potongan dan kemungkinan
tolak keluar atau roda pecah.
5.
Apabila roda terkapit atau apabila
mengganggu pemotongan atas apa jua
sebab, matikan alat kuasa dan pegang unit
pemotongan tidak bergerak sehingga roda
berhenti sepenuhnya. Jangan sekali-kali cuba
menanggalkan roda daripada potongan ketika
roda sedang bergerak, jika tidak tolak keluar
mungkin berlaku. Siasat dan ambil tindakan
pembetulan untuk menyingkirkan sebab roda
terkapit.
6.
Jangan mulakan semula operasi pemotongan
dalam bahan kerja. Biarkan roda mencapai
kelajuan penuh dan masukkan semula roda
ke dalam potongan dengan berhati-hati. Roda
boleh terkapit, berjalan ke atas atau tolak keluar
jika alat kuasa dimulakan semula dalam bahan
kerja.
7.
Sokong sebarang bahan kerja yang terlalu
besar untuk meminumkan risiko roda tersepit
atau tolak keluar. Bahan kerja yang besar
mudah melendut di bawah beratnya sendiri.
Penyokong mesti diletakkan di bawah bahan kerja
berhampiran garisan potongan dan berhampiran
pinggir bahan kerja pada kedua-dua belah roda.
Amaran keselamatan tambahan
Berjaga-jaga dengan percikan api
1.
berterbangan semasa mengendalikan. Ia boleh
menyebabkan kecederaan atau menyalakan
bahan mudah terbakar.
2.
Kukuhkan kerja. Gunakan pengapit atau ragum
untuk memegang kerja semasa praktikal. Ia
lebih selamat daripada menggunakan tangan
anda dan ia membebaskan kedua-dua tangan
untuk mengendalikan alat.
3.
Kukuhkan roda pemotong dengan berhati-hati.
Berhati-hati supaya tidak merosakkan spindel,
4.
bebibir (terutamanya permukaan pemasangan)
atau bolt, atau roda pemotong itu sendiri boleh
pecah.
5.
Pastikan pelindung berada di tempatnya dan
berfungsi.
Pegang pemegang dengan kukuh.
6.
7.
Jauhkan tangan daripada bahagian berpusing.
8.
Pastikan roda pemotong tidak menyentuh
bahan kerja sebelum suis dihidupkan.
31 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Lw1401

Table of Contents