Makita LW1400 Instruction Manual page 35

Portable cut-of
Hide thumbs Also See for LW1400:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Mengukuhkan bahan kerja
PERHATIAN:
Sentiasa letakkan pemegang
ulir pada ulir aci apabila mengukuhkan bahan
kerja. Kegagalan untuk berbuat demikian mungkin
menyebabkan pengukuhan bahan kerja yang tidak
mencukupi. Ini boleh menyebabkan bahan kerja
ditolak atau menyebabkan pemecahan yang bahaya
roda pemotongan.
Semasa pemegang ulir di angkat, plat ragum boleh
dialihkan masuk atau keluar dengan cepat. Untuk
memegang bahan kerja, tolak pemegang sehingga
plat ragum menyentuh bahan kerja dan kemudian
kembalikan pemegang ulir. Pusingkan pemegang
mengikut arah jam sehingga bahan kerja telah
dipegang dengan kukuh.
► Rajah18: 1. Pemegang 2. Pemegang ulir 3. Plat
ragum
Apabila roda pemotongan telah sangat haus, letakkan
blok penjarak di belakang bahan kerja seperti yang
ditunjukkan dalam rajah. Anda boleh menggunakan
roda yang haus dengan lebih efisien dengan
menggunakan titik tengah pada pinggir roda untuk
memotong bahan kerja. Gunakan bahan yang tahan
dan tidak mudah terbakar sebagai blok penjarak.
► Rajah19: 1. Blok penjarak
Apabila memotong bahan kerja melebihi 85 mm lebar
pada satu sudut, pasangkan satu kayu lurus (penjarak)
lebih 190 mm panjang x 45 mm lebar untuk memandu
plat seperti yang ditunjukkan dalam rajah. Pasangkan
penjarak ini dengan skru melalui lubang pada plat
panduan. Pastikan roda pemotongan tidak bersentuhan
dengan penjarak apabila kepala alat ditekan.
► Rajah20: 1. Plat panduan 2. Blok penjarak (lebih
190 mm panjang x 45 mm lebar) 3. Bahan
kerja (lebih 85 mm lebar) 4. Plat ragum
► Rajah21
Apabila roda pemotongan telah haus, naikkan
kedudukan pemotongan dengan meletakkan penjarak
yang lebih kecil sedikit daripada bahan kerja seperti
yang ditunjukkan dalam rajah. Ini akan membantu anda
menggunakan roda pemotongan secara ekonomi.
► Rajah22: 1. Plat ragum 2. Diameter bahan kerja
3. Plat panduan 4. Lebar blok penjarak
Bahan kerja yang panjang mestilah disokong dengan
blok pada kedua-dua sisi supaya ia akan sama paras
dengan atas tapak. Gunakan bahan tidak mudah
terbakar untuk blok sokongan.
► Rajah23: 1. Blok sokongan
Alat membawa
Lipat turun kepala alat dan kuncikan ia. Pegang
pemegang apabila membawa.
► Rajah24
PENYELENGGARAAN
PERHATIAN:
dimatikan dan palamnya dicabut sebelum cuba
menjalankan pemeriksaan atau penyelenggaraan.
NOTIS:
Jangan gunakan petrol, benzin, pencair,
alkohol atau bahan yang serupa. Ia boleh
menyebabkan perubahan warna, bentuk atau
keretakan.
Menggantikan berus karbon
► Rajah25: 1. Tanda had
Periksa berus karbon dengan kerap.
Gantikan ia apabila ia telah haus sehingga tanda had.
Pastikan berus karbon sentiasa bersih dan bebas untuk
dimasukkan ke dalam pemegang. Kedua-dua berus
karbon harus diganti pada masa yang sama. Gunakan
hanya berus karbon yang serupa.
1.
Gunakan pemutar skru untuk mengeluarkan
penutup pemegang berus.
2.
Keluarkan berus karbon yang telah haus,
masukkan berus baharu dan kukuhkan penutup
pemegang berus.
► Rajah26: 1. Penutup pemegang berus
AKSESORI PILIHAN
PERHATIAN:
lampiran-lampiran ini adalah disyorkan untuk
digunakan dengan alat Makita anda yang
ditentukan dalam manual ini. Penggunaan mana-
mana aksesori-aksesori atau lampiran-lampiran lain
mungkin mengakibatkan risiko kecederaan kepada
orang. Hanya gunakan aksesori atau lampiran untuk
tujuan yang dinyatakannya.
Jika anda memerlukan bantuan untuk butiran lanjut
berkenaan aksesori-aksesori ini, tanya Pusat Servis
Makita tempatan anda.
Roda pemotongan pelelas
Perengkuh soket (untuk LW1401 sahaja)
NOTA: Beberapa item dalam senarai mungkin
disertakan dalam pakej alat sebagai aksesori
standard. Item mungkin berbeza mengikut negara.
35 BAHASA MELAYU
Sentiasa pastikan alat
Aksesori-aksesori atau

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Lw1401

Table of Contents