Makita UB001C Instruction Manual page 41

Battery powered blower
Hide thumbs Also See for UB001C:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
NOTA: Bergantung pada keadaan penggunaan,
penggunaan mod Galakan adalah terhad untuk
melindungi mesin. Jika lampu kuasa utama mesin
berkedip dengan warna hijau semasa anda menarik
pemicu suis sepenuhnya atau semasa anda
menggunakan mesin dalam mod Galakan, mod
Galakan tidak tersedia.
NOTA: Mod Galakan tidak tersedia dengan
memusing tuil kawalan.
Fungsi pengawal luncur
Fungsi pengawal luncur membolehkan pengendali
mengekalkan kelajuan malar tanpa menarik pemicu.
Untuk menambahkan kelajuan, putar tuil kawalan ke
hadapan. Untuk mengurangkan kelajuan, putar tuil
kawalan ke belakang.
► Rajah14: 1. Tuil kawalan
Fungsi pencegahan mula semula
secara tidak sengaja
Walaupun jika anda menyambung pek kuasa mudah
alih ke mesin semasa menarik pemicu suis, mesin tidak
akan mula. Untuk memulakan mesin, lepaskan pemicu
suis terlebih dahulu dan kembalikan tuil kawalan
sepenuhnya, dan kemudian tarik pemicu suis.
OPERASI
Menyambungkan pek kuasa mudah
alih
PERHATIAN:
Apabila anda menggunakan
mesin dengan gabungan bekalan kuasa jenis beg
galas seperti pek kuasa mudah alih, gunakan tali
gantung yang disertakan dalam pakej mesin atau
tali gantung yang disyorkan oleh Makita.
Apabila anda memakai abah-abah bahu yang
tidak disyorkan oleh Makita dan abah-abah bahu
bekalan kuasa jenis beg galas pada masa yang
sama, menanggalkan mesin atau bekalan kuasa
jenis beg galas adalah sukar ketika kecemasan,
dan ini mungkin menyebabkan kemalangan atau
kecederaan. Untuk tali gantung yang disyorkan, tanya
Pusat Servis Makita yang Diiktiraf.
PERHATIAN:
Sebelum pengendalian,
pastikan kancing pada tali pinggang dikunci dan
mesin dipasang dengan selamat pada cangkuk
tali gantung.
PERHATIAN:
Untuk mencegah permulaan
yang tidak disengajakan, pastikan mesin dan pek
kuasa mudah alih dimatikan sebelum memulakan
prosedur ini.
PERHATIAN:
Sebelum melakukan prosedur
ini, selesaikan penyesuaian tali pinggang dan
abah-abah bahu. Rujuk pada manual arahan pek
kuasa mudah alih untuk maklumat lanjut.
Untuk PDC1200
PERHATIAN:
tekan butang kunci sambil memegang pemegang
dengan kemas. Sebelum mengeluarkan bateri,
tetapkan tali pinggang ke kedudukan terendah.
► Rajah15: 1. Pemegang 2. Butang kunci
PERHATIAN:
jari atau ibu jari anda antara bateri dan plat tapak
semasa memasang bateri.
PERHATIAN:
dengan kukuh pada plat tapak. Jika tidak, bateri
mungkin terjatuh semasa anda memakai unit atau
menggunakan unit tersebut, dan menyebabkan
kecederaan. Jika anda boleh melihat penunjuk merah
seperti yang ditunjukkan dalam rajah, bateri tidak
dikunci sepenuhnya.
► Rajah16: 1. Penunjuk merah
Untuk PDC01
NOTA: Sebelum melakukan prosedur ini, pasang
kartrij bateri ke pek kuasa mudah alih. Rujuk
pada manual arahan pek kuasa mudah alih untuk
maklumat lanjut.
1.
Tarik keluar kord sama ada dari sebelah kiri atau
kanan bateri.
Untuk PDC1200
Keluarkan bateri dari plat tapak, dan kemudian tarik
keluar kord sama ada dari sebelah kiri atau kanan
bateri, dan kemudian pasangkan bateri ke plat
tapak. Semasa menarik keluar kord, pastikan anda
meletakkan kord dalam pemegang seperti yang
ditunjukkan dalam rajah.
► Rajah17: 1. Kord 2. Pemegang
Untuk PDC01
Semasa menarik keluar kord, pastikan anda
meletakkan kord dalam pemegang seperti yang
ditunjukkan dalam rajah.
► Rajah18: 1. Kord 2. Pemegang
2.
Pasang kord pada pemegang kord.
► Rajah19: 1. Pemegang kord
3.
Pasang cangkuk tali gantung pada gelang abah-
abah bahu dan tali pinggang.
► Rajah20: 1. Gelang 2. Cangkuk
4.
Tekan butang kuasa pada pek kuasa mudah alih.
Lampu kuasa utama akan menyala.
Untuk PDC1200
► Rajah21: 1. Butang kuasa 2. Lampu kuasa utama
Untuk PDC01
► Rajah22: 1. Butang kuasa 2. Lampu kuasa utama
5.
Pakai abah-abah bahu pek kuasa mudah alih dan
kunci kancing pada tali pinggang.
► Rajah23
6.
Pasang abah-abah bahu ke mesin menggunakan
cangkuk pada tali gantung. Pastikan cangkuk dipasang
pada penggantung mesin.
► Rajah24: 1. Cangkuk 2. Penggantung
41 BAHASA MELAYU
Semasa mengeluarkan bateri,
Berhati-hati agar tidak tersepit
Pastikan bateri dipasang

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents