Panasonic MK-F300 Operating Instructions Manual page 36

Household use
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

 Produk ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) dengan
keupayaan fizikal deria atau mental yang kekurangan, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan,
kecuali mereka diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan produk oleh orang yang
bertanggungjawab atas keselamatan mereka. Kanak-kanak hendaklah diselia untuk memastikan
mereka tidak bermain dengan produk.
(Ia boleh menyebabkan melecur, kecederaan atau kejutan elektrik.)
 Masukkan Palam dengan sempurna.
(Jika tidak, ia boleh menyebabkan kejutan elektrik dan kebakaran yang disebabkan oleh haba yang boleh
menjana di sekitar Palam.)
 Sentiasa bersihkan Palam.
(Palam yang kotor boleh menyebabkan penebat yang tidak mencukupi kerana kelembapan, dan boleh
menyebabkan kebakaran.)
 Jika terdapat sebarang abnormaliti atau kerosakan, berhenti menggunakan perkakas serta merta
dan cabut Palam dengan segera.
(Ia boleh menyebabkan asap, api atau kejutan elektrik.)
Contoh keadaan yang tidak normal atau apabila kerosakan berlaku:
• Palam dan Tali Kod menjadi luar biasa panas.
• Tali Kod rosak atau kegagalan kuasa.
• Bahagian Motor telah berubah bentuk atau luar biasa panas.
a Sila cabut Palam perkakas dengan segera dan hubungi pusat perkhidmatan untuk pemeriksaan
atau pembaikan.
 Pastikan untuk memegang Palam apabila mencabutkan Palam. Jangan sesekali menarik keluar
menggunakan Tali Kod.
(Ia boleh menyebabkan kejutan elektrik atau kebakaran yang disebabkan oleh litar pintas.)
 Berhati-hati apabila cecair panas dituangkan ke dalam Balang kerana ia akan meruap keluar
disebabkan pemanasan secara tiba-tiba.
(Ia boleh menyebabkan melecur.)
 Berhati-hati semasa mengendali pisau pemotong yang tajam, mengosongkan Balang dan ketika
mencuci. (contohnya Pisau Pemotong, Pisau Penghiris dan lain-lain)
(Ia boleh menyebabkan kecederaan.)
 Jangan biarkan perkakas tanpa jagaan apabila ia sedang digunakan.
(Ia boleh menyebabkan kebakaran atau kelecuran.)
• Apabila meninggalkan produk, matikan kuasa.
 Jangan gunakan perkakas atas tempat-tempat berikut.
• Tempat yang permukaannya tidak rata, di atas permaidani yang tidak tahan haba atau kain alas meja
dan lain-lain.
(Ia boleh menyebabkan kebakaran atau kecederaan.)
• Tempat di mana air boleh terpercik atau yang berhampiran dengan sumber haba.
(Ia boleh menyebabkan kejutan elektrik atau kebocoran arus.)
 Jangan beroperasi dengan kapasiti yang melebihi kapasiti maksimum yang bertanda pada setiap
bekas. Ikut jumlah bahan-bahan yang dicadangkan untuk pemprosesan.
(Ia boleh menyebabkan kecederaan.)
 *Jangan terus beroperasi untuk jangka masa yang panjang. Disyorkan untuk mematikan perkakas
sementara selepas operasi tertentu.
(Ia boleh menyebabkan melecur.)
Fungsi
Pemproses Makanan
* Pengecualian untuk "Penyediaan Bahan-bahan" yang dinyatakan dalam Arahan Pengendalian ini.
AMARAN
AWAS
Masa Operasi
(minit)
2
Masa Rehat
(minit)
4

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents