Download Print this page

Philips S99 Series Manual page 66

Hide thumbs Also See for S99 Series:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
BAHASA MELAYU
66
Penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda
menggunakan pencukur dan sistem SmartClean. Simpan
manual pengguna ini untuk rujukan pada masa hadapan.
Bahaya
- Pastikan penyesuai sentiasa kering.
Amaran
- Penyesuai mengandungi pengubah. Jangan potong
penyesuai untuk menggantinya dengan plag yang lain,
kerana ini akan menyebabkan keadaan berbahaya.
- Pencukur dan sistem SmartClean tidak dimaksudkan
untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak)
yang kurang upaya dari segi fizikal, deria atau mental,
atau kurang berpengalaman dan pengetahuan,
kecuali jika mereka diawasi atau diberi arahan
berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang yang
bertanggungjawab ke atas keselamatan mereka.
- Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan yang
mereka tidak bermain dengan pencukur dan sistem
SmartClean.
- Setiap kali anda hendak membersihkan pencukur di
bawah paip, pastikan plagnya telah ditanggalkan.
Awas
- Jangan sekali-kali rendam sistem SmartClean di dalam air
atau bilas di bawah pili air.
- Jangan sekali-kali gunakan air yang lebih panas daripada
80°C untuk membilas pencukur tersebut.
- Jangan gunakan pencukur, sistem SmartClean, penyesuai
atau mana-mana bahagian jika ia rosak, kerana ini
akan menyebabkan kecederaan. Anda hendaklah
menggantikan penyesuai atau bahagian yang rosak
dengan jenis yang asli sahaja.
- Gunakan sistem SmartClean dengan kartrij pembersih
yang tulen sahaja.
- Letakkan sistem SmartClean pada permukaan yang stabil,
rata dan mendatar sahaja untuk mengelakkan kebocoran.

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

S97 seriesS9712/33S9731/33