Makita CW002GZ01 Instruction Manual page 66

Cordless cooler & warmer box
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
9.
Alat ini dimaksudkan untuk digunakan di
rumah tangga dan penggunaan serupa seperti
di:
- dapur kakitangan di kedai, pejabat dan
persekitaran kerja lain;
- rumah ladang dan digunakan oleh pelanggan di
hotel, motel dan persekitaran kediaman lain;
- persekitaran tempat tidur dan tempat
pengambilan sarapan;
- katering dan penggunaan bukan runcit yang
serupa.
10. Sekiranya KORD KUASA rosak, mesti gantinya
dengan kord atau himpunan (assembly) khas
yang disediakan oleh pengilang atau ejen
servisnya.
11.
AMARAN: Risiko anak terperangkap. Sebelum
anda membuang alat ini:
* Bongkar pintunya.
12. Kelegaan pemasangan di sekitar dan di atas
alat hendaklah tidak kurang daripada 15 mm.
13. Semasa menempatkan alat, pastikan kord
kuasa tidak terketuk atau rosak.
14. Jangan letakkan beberapa soket mudah alih
atau bekalan kuasa mudah alih di belakang
alat.
15. Pelupusan alat.
Tanda ini menunjukkan bahawa di
seluruh negara EU, alat ini tidak boleh
dibuang dengan sisa isi rumah lain.
Untuk mengelakkan kemungkinan
bahaya terhadap alam sekitar atau
kesihatan manusia daripada pelupusan
sampah tak terkawal, kitar semula secara
bertanggungjawab untuk menggalakkan
penggunaan semula sumber bahan secara
berterusan. Gas tiupan penebat bersifat
mudah bakar. Semasa membuang alat,
lakukannya hanya di pusat pelupusan
sampah yang dibenarkan. Jangan
biarkannya terdedah kepada api.
NOTIS PENTING
1.
Baca manual arahan dengan teliti sebelum
penggunaan.
2.
Periksa sama ada julat voltan yang digunakan
sama dengan yang tertera pada plat nama,
sama ada palam kord kuasa sesuai dengan
soket, dan pastikan soketnya dibumikan
dengan baik.
3.
Walaupun alat tidak digunakan, jangan
letakkannya terbalik, atau miringkannya
dengan sudut lebih besar daripada 15°. Jika
tidak, pincang tugas mungkin berlaku.
4.
Semasa mengangkat alat, pastikan penutup
atas alat menghadap ke atas. Jangan angkat
alat secara terbalik. Jika tidak, pincang tugas
mungkin berlaku.
5.
Jangan rendam alat ke dalam air atau cecair
lain untuk mengelakkan kejutan elektrik.
Jangan biarkannya terdedah kepada hujan.
6.
Semasa membersihkan atau tidak digunakan,
lepaskan bateri dan cabut palam kuasa.
7.
Jangan gunakan sebarang aksesori yang tidak
disyorkan oleh pengilang. Jika tidak, pincang
tugas mungkin berlaku.
8.
Jangan letakkan alat di tempat yang panas
seperti di dalam kereta yang berada di bawah
cahaya matahari atau dekat dengan bahan
pemanas. Jika tidak, prestasi penyejukan
mungkin berkurang, atau kebakaran mungkin
terjadi kerana kebocoran gas.
9.
Jangan letakkan alat dekat dengan peralatan
gas. Jika tidak, prestasi penyejukan mungkin
berkurang, atau kebakaran mungkin terjadi kerana
kebocoran gas.
10. Jangan kerap hidupkan butang kuasa
(sekurang-kurangnya 5 minit setiap kali) untuk
mengelakkan kerosakan pemampat.
11.
Jangan masukkan kerajang logam atau
bahan konduktif lain ke dalam alat untuk
mengelakkan kebakaran atau litar pintas.
12. Jangan bersihkan alat ini dengan cecair
pencuci kimia dan benda keras.
13. Masukkan palam sepenuhnya ke dalam salur
masuk "DC IN". Kegagalan berbuat demikian
boleh membuatkan palam ubah bentuk atau
menyebabkan kebakaran.
14. Jangan kendalikan alat semasa memandu.
Berbuat demikian boleh menyebabkan
kemalangan.
15. Apabila kapasiti bateri kereta hanya
tinggal sedikit, gunakan alat dengan enjin
berjalan. Setelah menggunakan alat, cabut
soket pencucuh rokok untuk mengelakkan
pembebanan bateri kenderaan.
16. Jangan gunakan penyesuai AC di luar. Jika
tidak, kejutan elektrik mungkin berlaku.
17. Jangan salahgunakan penyesuai AC dan
penyesuai pencucuh rokok.
18. Bersihkan palam penyesuai AC dan penyesuai
pencucuh rokok. Kotoran seperti air atau garam
yang melekat pada palam boleh menyebabkan
karat, sehingga mengakibatkan kekonduksian
buruk, ubah bentuk atau kebakaran.
19. Jangan sentuh palam penyesuai AC dan
penyesuai pencucuh rokok sebaik sahaja alat
beroperasi. Mereka mungkin sangat panas dan
boleh membakar kulit anda.
20. Jangan bongkar alat.
21. Jangan cas bateri kereta semasa
menggunakan alat. Kegagalan atau kebakaran
mungkin terjadi sekiranya voltan yang tidak sesuai
digunakan pada alat.
22. Jangan gunakan penyembur mudah terbakar
di sekitar alat. Jika tidak, ini boleh menyebabkan
kebakaran.
23. Semasa alat beroperasi, jangan sentuh
bahagian dalaman alat dengan tangan yang
basah, terutama yang terbuat daripada logam.
Berbuat demikian boleh menyebabkan luka beku.
66 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Cw002g

Table of Contents