Makita HS6600 Instruction Manual page 34

Hide thumbs Also See for HS6600:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Tindakan suis
AMARAN:
Sebelum memasang alat, sentiasa
periksa untuk melihat pemicu suis bergerak
dengan betul dan kembali ke posisi "OFF" apabila
dilepaskan.
► Rajah11: 1. Pemicu suis 2. Butang kunci / butang
buka kunci
Untuk alat dengan butang kunci
Untuk memulakan alat, hanya tarik pemicu suis.
Lepaskan pemicu suis untuk berhenti. Untuk operasi
berterusan, tarik pemicu suis, tekan butang kunci dan
kemudian lepaskan pemicu suis. Untuk menghentikan
alat dari kedudukan terkunci, tarik pemicu sepenuhnya,
kemudian lepaskan.
PERHATIAN:
Suis boleh dikunci dalam
kedudukan "ON" untuk memudahkan keselesaan
pengendali semasa penggunaan berpanjangan.
Berhati-hati semasa mengunci alat dalam
kedudukan "ON" dan kekalkan genggaman yang
kukuh pada alat.
Untuk alat dengan butang buka kunci
Untuk mengelakkan pemicu suis daripada ditarik secara
tidak sengaja, butang buka kunci disediakan. Untuk
memulakan alat, tekan butang buka kunci dan tarik
pemicu suis. Lepaskan pemicu suis untuk berhenti.
AMARAN:
JANGAN SEKALI-KALI gagalkan
butang buka kunci dengan mengetuk atau dengan
cara yang lain. Suis dengan butang buka kunci yang
tidak berfungsi mungkin menyebabkan operasi yang
tidak disengajakan dan kecederaan diri yang serius.
AMARAN:
JANGAN SEKALI-KALI gunakan
alat jika ia berjalan apabila anda hanya menarik
pemicu suis tanpa menekan butang buka kunci.
Suis yang perlu dibaiki mungkin menyebabkan
operasi yang tidak disengajakan dan kecederaan diri
yang serius. Kembalikan alat kepada pusat servis
Makita untuk pembaikan yang betul SEBELUM
penggunaan seterusnya.
NOTIS:
Jangan tarik pemicu suis dengan kuat
tanpa menekan butang buka kunci. Ini akan
menyebabkan suis pecah.
PEMASANGAN
PERHATIAN:
dimatikan dan palamnya dicabut sebelum
menjalankan apa-apa kerja pada alat.
Mengeluarkan atau memasang bilah
gergaji bulat
PERHATIAN:
dipasang dengan gigi menghala ke atas di
bahagian hadapan alat.
PERHATIAN:
untuk memasang atau mengeluarkan bilh gergaji
bulat.
Untuk mengeluarkan bilah gergaji bulat, tekan kunci
aci sepenuhnya supaya bilah gergaji bulat tidak boleh
berputar dan gunakan perengkuh untuk melonggarkan
bolt heksagon arah lawan jam. Kemudian keluarkan
bolt heksagon, gelang (khusus negara), bebibir luar dan
bilah gergaji bulat.
► Rajah12: 1. Kunci allen 2. Kunci aci 3. Longgarkan
4. Ketatkan
Alat tanpa gelang
► Rajah13: 1. Bolt heksagon 2. Bebibir luar 3. Bilah
gergaji bulat 4. Bebibir dalaman
Alat dengan gelang
► Rajah14: 1. Bolt heksagon 2. Bebibir luar 3. Bilah
gergaji bulat 4. Gelang 5. Bebibir
dalaman
Untuk memasang bilah gergaji bulat, ikuti prosedur
mengeluarkan secara terbalik.
Untuk alat dengan bebibir dalaman
selain diameter lubang 15.88 mm
bilah gergaji
Bebibir dalaman mempunyai penonjolan diameter
tertentu pada satu bahagian dan penonjolan diameter
yang berbeza di sisi lain. Pilih bahagian yang betul di
mana penonjolan sesuai dengan lubang bilah gergaji
dengan sempurna. Pasang bebibir dalaman ke atas aci
pelekapan supaya penonjolan pada bebibir dalaman
menghadap ke luar dan kemudian letakkan bilah gergaji
dan bebibir luar.
► Rajah15: 1. Aci pelekapan 2. Bebibir dalaman
3. Bilah gergaji bulat 4. Bebibir luar 5. Bolt
heksagon
34 BAHASA MELAYU
Sentiasa pastikan alat
Pastikan bilah gergaji bulat
Gunakan hanya sepana Makita

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents