Makita UH004G Instruction Manual page 54

Cordless hedge trimmer
Hide thumbs Also See for UH004G:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
PEMASANGAN
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan alat
dimatikan dan kartrij bateri dikeluarkan sebelum
menjalankan sebarang kerja pada alat.
PERHATIAN:
Apabila menggantikan bilah
ricih, sentiasa pakai sarung tangan supaya
tangan anda tidak tersentuh secara langsung
dengan bilah.
NOTIS:
Apabila menggantikan bilah ricih, jangan
lap gris daripada gear dan engkol.
Memasang atau mengeluarkan bilah
ricih
PERHATIAN:
Pasangkan penutup bilah
sebelum mengeluarkan atau memasang bilah
ricih.
Anda boleh memasang bilah ricih 600 mm atau 750 mm
ke alat anda.
1.
Letakkan alat terbalik dan kemudian tanggalkan
6 bolt.
► Rajah9: 1. Bolt
2.
Tanggalkan penutup dan plat.
► Rajah10: 1. Penutup 2. Plat
NOTA: Plat mungkin tertinggal pada penutup.
3.
Tanggalkan rod dan galas.
► Rajah11: 1. Rod 2. Galas
NOTA: Rod mungkin tertinggal pada penutup.
4.
Tanggalkan 2 bolt, pad langkan serta lengan dan
kemudian tanggalkan bilah ricih.
► Rajah12: 1. Pad langkan 2. Bolt 3. Lengan 4. Bilah
ricih
5.
Tanggalkan penutup bilah.
6.
Pasang penutup bilah ke bilah ricih baharu.
7.
Laraskan engkol supaya 2 lubang dibariskan pada
garis penjajaran.
► Rajah13: 1. Lubang 2. Garis penjajaran
8.
Jajarkan tonjolan pada bilah ricih secara menegak
pada kedudukan yang sama.
► Rajah14: 1. Tonjolan
9.
Pasang pad langkan ke bilah ricih.
► Rajah15: 1. Pad langkan
10. Masukkan tonjolan pada bilah ricih ke lubang kecil
pada rod kemudian jajarkan kedudukan pad langkan
dengan lubang pada alat dan kemudian pasangkan
lengan baharu.
► Rajah16: 1. Tonjolan 2. Lubang kecil 3. Lengan
4. Pad langkan
NOTIS:
Sapukan sedikit gris pada pinggir luaran
lubang rod.
NOTIS:
Berhati-hati supaya tidak menghilangkan
lengan.
11. Jajarkan lubang pada bilah ricih dengan lubang
pada alat dan kemudian ketatkan 2 bolt untuk
menetapkan bilah ricih.
► Rajah17: 1. Bolt 2. Lubang
12. Pasangkan galas dan rod.
► Rajah18: 1. Rod 2. Lubang kecil 3. Galas
NOTIS:
Sapukan sedikit gris pada pinggir luaran
lubang kecil rod.
NOTIS:
Pastikan tonjolan pada bilah ricih muat
dalam lubang kecil pada rod.
13. Pasangkan plat.
► Rajah19: 1. Tonjolan 2. Plat
NOTIS:
Pastikan tonjolan pada bilah ricih muat
dalam lubang pada plat.
14. Pasangkan penutup dan kemudian ketatkan
6 bolt.
► Rajah20: 1. Bolt 2. Penutup
NOTIS:
Jika bilah ricih tidak bergerak dengan
lancar, bilah ricih tidak bersambung dengan rod
secara betul. Pasang bilah ricih semula.
NOTIS:
Jika bahagian selain daripada bilah ricih
seperti rod telah haus, minta Pusat Servis Makita
yang Diiktiraf untuk penggantian bahagian atau
pembaikan.
Memasang atau mengeluarkan
penadah serpihan
Aksesori pilihan
PERHATIAN:
menanggalkan penadah serpihan, sentiasa
pakai sarung tangan supaya tangan anda tidak
tersentuh secara langsung dengan bilah ricih.
NOTIS:
Untuk UH004G/UH005G/UH006G/UH007G
Penutup bilah tidak boleh dipasang jika penadah
serpihan dipasang pada alat. Sebelum membawa
atau menyimpan alat, nyahpasang penadah
serpihan dan kemudian pasang sarung bilah bagi
mengelakkan bilah terdedah.
NOTIS:
Untuk UH004G/UH005G/UH006G/UH007G
Pastikan untuk menanggalkan penutup bilah
sebelum memasang penadah serpihan.
Penadah serpihan mengumpulkan daun yang dipotong
dan menjadikan pembersihan selepas pemotongan
lebih mudah. Ia boleh dipasang pada mana-mana sisi
alat.
1.
Cangkuk pencakar penadah serpihan ke bilah
ricih.
► Rajah21: 1. Pencakar
2.
Jajarkan lubang penadah serpihan dengan skru
pada bilah ricih dan kemudian pasangkan penadah
serpihan ke bilah ricih dengan kukuh.
► Rajah22: 1. Lubang
54 BAHASA MELAYU
Apabila memasang atau

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Uh005gUh006gUh007gUh008gUh009g

Table of Contents