Makita UH004G Instruction Manual page 52

Cordless hedge trimmer
Hide thumbs Also See for UH004G:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
NOTIS:
Bergantung pada keadaan penggunaan,
alat berhenti secara automatik tanpa sebarang
petunjuk jika dahan atau serpihan tersangkut
pada alat. Dalam situasi ini, matikan alat dan
keluarkan kartrij bateri dan kemudian keluarkan
dahan atau serpihan yang tersangkut dengan
menggunakan alat seperti playar. Selepas
mengeluarkan dahan atau serpihan, pasangkan
kartrij bateri dan hidupkan semula alat.
Perlindungan lebih beban
Jika alat atau bateri terlebih beban kerana dahan
atau serpihan lain yang tersangkut, alat akan berhenti
secara automatik dan lampu amaran mula berkelip
hijau.
Dalam situasi ini, matikan alat dan hentikan
penggunaan yang menyebabkan alat menjadi terlebih
beban. Kemudian hidupkan alat untuk mula semula.
Perlindungan terlalu panas untuk alat
atau bateri
Jika alat atau katrij bateri terlalu panas, alat itu berhenti
secara automatik. Apabila alat terlampau panas,
lampu amaran menyala dengan warna merah. Apabila
kartrij bateri terlampau panas, lampu amaran menyala
dengan warna merah. Biarkan alat dan/atau bateri
sejuk sebelum menghidupkan semula alat.
Perlindungan lebih nyahcas
Apabila kapasiti bateri menjadi rendah, alat akan
berhenti secara automatik dan lampu amaran mula
berkelip dengan cahaya merah.
Jika alat tidak beroperasi walaupun suis telah
dioperasikan, keluarkan katrij bateri daripada alat dan
casnya.
NOTIS:
Jika alat berhenti kerana sebab yang
tidak diterangkan di atas, rujuk bahagian
penyelesaian masalah.
Tetapan sudut pemegang
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan pemegang
dikunci dalam kedudukan yang dikehendaki
sebelum operasi.
PERHATIAN:
Jangan tarik tuil ke bawah
untuk membuka pemegang semasa menarik
pemicu suis. Jangan tarik pemicu suis semasa
menarik tuil ke bawah dan memutarkan
pemegang. Kegagalan untuk berbuat demikian boleh
menyebabkan kerosakan alat.
Anda boleh menetapkan sudut pemegang kepada 0°,
45° atau 90° ke kiri atau kanan. Untuk menukar sudut
pemegang, pusingkan pemegang semasa menarik tuil
ke bawah dan kemudian lepaskan tuil.
► Rajah4: 1. Tuil
Tindakan suis kuasa
AMARAN:
Untuk keselamatan anda,
alat ini dilengkapi dengan tuil buka kunci
yang mengelakkan alat bermula dengan
tidak disengajakan. JANGAN SEKALI-KALI
menggunakan alat jika ia berjalan apabila anda
hanya menekan tuil suis dan menarik pemicu
suis tanpa menekan tuil buka kunci. Pulangkan
alat kepada pusat servis kami yang diiktiraf untuk
pembaikan yang betul SEBELUM penggunaan
seterusnya.
AMARAN:
JANGAN SEKALI-KALI melekatkan
atau ingkar kepada tujuan dan fungsi tuil buka
kunci.
AMARAN:
Sebelum memasang kartrij bateri
pada alat, sentiasa periksa untuk melihat pemicu
suis dan tuil suis bergerak dengan betul dan
kembali ke posisi "OFF" apabila dilepaskan.
Mengendalikan alat dengan suis yang tidak bergerak
dengan betul boleh menyebabkan hilang kawalan
dan kecederaan diri yang serius.
PERHATIAN:
jari anda pada suis apabila membawa.
Alat mungkin mula secara tidak sengaja dan
menyebabkan kecederaan.
NOTIS:
Jangan tarik pemicu suis dengan
kuat tanpa menekan tuil buka kunci. Ini akan
menyebabkan suis pecah.
Tekan butang kuasa utama untuk menghidupkan alat.
Untuk mematikan alat, tekan dan tahan butang kuasa
utama sehingga penunjuk kelajuan mati.
► Rajah5: 1. Butang kuasa utama
NOTA: Lampu amaran berkelip jika pemicu suis
ditarik semasa keadaan tidak boleh beroperasi.
Lampu amaran berkelip jika anda menghidupkan suis
kuasa utama semasa menahan tuil buka kunci dan
pemicu suis ke bawah.
NOTA: Alat ini mempunyai fungsi padam secara
automatik. Untuk mengelakkan permulaan yang tidak
disengajakan, suis kuasa utama akan dimatikan
secara automatik apabila pemicu suis tidak ditarik
untuk tempoh tertentu selepas suis kuasa utama
dihidupkan.
Untuk mengelakkan pemicu suis daripada ditarik
secara tidak sengaja, tuil buka kunci disediakan. Untuk
memulakan alat, tekan tuil buka kunci dan kemudian
tekan tuil suis serta tarik pemicu suis. Lepaskan pemicu
suis untuk berhenti.
► Rajah6: 1. Tuil suis 2. Tuil buka kunci 3. Pemicu
suis
52 BAHASA MELAYU
Jangan sekali-kali meletakkan

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Uh005gUh006gUh007gUh008gUh009g

Table of Contents