Download Print this page

Makita LS002G Instruction Manual page 103

Cordless slide compound miter saw
Hide thumbs Also See for LS002G:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Mengukuhkan bahan kerja
AMARAN:
Adalah sangat penting untuk
sentiasa mengukuhkan bahan kerja dengan betul
menggunakan jenis ragum yang betul. Kegagalan
berbuat demikian boleh menyebabkan kecederaan ke
atas diri yang serius dan menyebabkan kerosakan ke
atas alat dan/atau bahan kerja.
AMARAN:
Semasa memotong bahan kerja
yang lebih panjang daripada tapak sokongan
gergaji, sokong keseluruhan panjang bahan
melebihi tapak sokongan dan pada ketinggian
yang sama bagi memastikan tahap bahan.
Sokongan bahan kerja yang betul membantu
mengelakkan bilah terpelanting dan kebarangkalian
tolak keluar yang boleh menyebabkan kecederaan
diri yang serius. Jangan bergantung sepenuhnya
kepada ragum menegak dan/atau ragum mendatar
untuk mengukuhkan bahan kerja. Bahan nipis
cenderung untuk melendut. Sokong bahan kerja pada
panjang keseluruhannya untuk mengelakkan jepitan
bilah dan kemungkinan TOLAK KELUAR.
► Rajah40: 1. Sokongan 2. Tapak putaran
Pagar panduan
AMARAN:
Sebelum mengendalikan alat,
pastikan pagar atas dikukuhkan.
AMARAN:
Sebelum pemotongan serong,
pastikan tiada bahagian alat, terutamanya
bilah, menyentuh pagar dan bawah apabila
merendahkan dan menaikkan pemegang dalam
apa-apa kedudukan dan semasa mengalihkan
pembawa di sepanjang perjalanannya. Jika
alat atau bilah tersentuh dengan pagar, ini boleh
menyebabkan tolak keluar atau pergerakan bahan
yang tidak dijangka dan kecederaan diri yang serius.
Gunakan pagar atas untuk menyokong bahan yang
lebih tinggi daripada pagar rendah. Longgarkan skru
pengapit agar pagar atas gelangsarkan ke dalam dan
ke luar di atas pagar rendah. Letakkan pagar dan
kemudian ketatkan skru.
► Rajah41: 1. Pagar atas 2. Pagar bawah 3. Skru
pengapit 4. Skru pelaras
NOTIS:
Pagar bawah dikukuhkan pada tapak di
dalam kilang. Jangan tanggalkan pagar bawah.
NOTIS:
Jika pagar atas masih longgar selepas
mengetatkan skru pengapit, putarkan skru
pelaras untuk menutup jurang. Skru pelaras
adalah disesuaikan oleh kilang. Anda tidak perlu
menggunakannya kecuali perlu.
Ragum menegak
AMARAN:
dengan kemas pada tapak putaran dan pagar
panduan menggunakan ragum semasa semua
operasi. Jika bahan kerja tidak dikukuhkan dengan
betul pada pagar, bahan tersebut mungkin bergerak
semasa operasi pemotongan yang menyebabkan
kebarangkalian kerosakan kepada bilah,
menyebabkan bahan tercampak dan hilang kawalan
yang menyebabkan kecederaan diri yang serius.
Ragum menegak boleh dipasang dalam dua kedudukan
di sebelah kiri dan kanan tapak. Masukkan rod ragum
ke dalam satu lubang di dalam tapak.
Letakkan lengan ragum mengikut ketebalan dan
bentuk bahan kerja dan kukuhkan lengan ragum
dengan mengetatkan skru pengapit. Jika skru pengapit
tersentuh pembawa, pasang ia pada sisi bertentangan
dengan lengan ragum. Pastikan tiada bahagian
alat yang menyentuh ragum apabila menurunkan
pemegang sepenuhnya. Jika beberapa bahagian
menyentuh ragum, letakkan semula ragum.
Tekan bahan kerja rata di atas pagar panduan dan
tapak putaran. Letakkan bahan kerja pada kedudukan
pemotongan yang dikehendaki dan kukuhkan ia dengan
mengetatkan tombol ragum.
► Rajah42: 1. Lubang 2. Rod ragum 3. Lengan ragum
4. Skru pengapit 5. Tombol ragum
Ragum mendatar
Aksesori pilihan
AMARAN:
mengikut arah jam sehingga bahan kerja
dikukuhkan dengan betul. Jika bahan kerja tidak
dikukuhkan dengan betul pada pagar, bahan tersebut
mungkin bergerak semasa operasi pemotongan yang
menyebabkan kebarangkalian kerosakan kepada
bilah gergaji bulat, menyebabkan bahan tercampak
dan hilang kawalan yang menyebabkan kecederaan
diri yang serius.
AMARAN:
nipis, seperti papan tapak, pada pagar, sentiasa
gunakan ragum mendatar.
PERHATIAN:
kerja dengan ketebalan 20 mm atau lebih nipis,
pastikan anda menggunakan blok penjarak untuk
mengukuhkan bahan kerja.
Ragum mendatar boleh dipasang sama ada di sebelah
kiri atau kanan tapak. Semasa melakukan potongan
miter 22.5° atau lebih besar, pasang ragum mendatar
di bahagian sisi yang bertentangan arah di mana tapak
putaran akan diputarkan.
Dengan menterbalikkan pemegang nat lawan arah jam,
ragum dilepaskan dan bergerak ke dalam dan ke luar
dengan pantas. Untuk memegang bahan kerja, tolak
pemegang ragum sehingga plat ragum menyentuh
bahan kerja dan kemudian terbalikkan pemegang nat
ikut arah jam. Kemudian putar pemegang ragum untuk
mengukuhkan bahan kerja.
► Rajah43: 1. Plat ragum 2. Pemegang nat 3. Tombol
ragum
103 BAHASA MELAYU
Bahan kerja mestilah dikukuhkan
Sentiasa putar pemegang nat
Semasa memotong bahan kerja
Semasa memotong bahan

Advertisement

loading