Makita DVC560 Instruction Manual page 46

Cordless upright cleaner
Hide thumbs Also See for DVC560:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Memasang beg penapis
PERHATIAN:
Jangan gunakan beg penapis
yang rosak. Sentiasa gunakan pembersih
hampagas dengan beg penapis yang dipasang
dengan betul. Jika tidak debu atau zarah yang
telah disedut mungkin dilepaskan daripada
pembersih dan ia mungkin menyebabkan
penyakit pernafasan kepada pengendali.
Pasangkan beg penapis sebelum menggunakan
pembersih.
Beg penapis adalah jenis pakai buang. Buang
keseluruhan beg penapis tanpa mengosongkannya
apabila sudah penuh.
NOTIS:
Apabila beg penapis sudah penuh
atau tersumbat, gantikan dengan yang baharu.
Penggunaan secara berterusan dengan beg
penapis yang penuh atau tersumbat mengakibatkan
pengurangan kuasa sedutan.
NOTIS:
Untuk mengelakkan habuk daripada
masuk ke dalam motor:
Pastikan beg penapis dipasang sebelum
digunakan.
Jangan gunakan beg yang rosak atau koyak.
Jika tidak, motor boleh rosak.
NOTIS:
Jangan lipat kadbod pada bukaannya
apabila memasang beg penapis.
NOTIS:
Beg penapis untuk pembersih adalah
komponen penting bagi mengekalkan prestasi
alat. Menggunakan beg penapis yang tidak asli
mungkin menyebabkan asap atau penyalaan.
NOTA: Apabila beg penapis tidak dipasang di dalam
alat, penutup kotak habuk tidak tertutup sepenuhnya.
1.
Buka kunci tuil dan buka penutup kotak habuk.
► Rajah8: 1. Tuil 2. Penutup kotak habuk
2.
Buka lipatan beg penapis sepenuhnya.
► Rajah9
3.
Masukkan beg penapis ke dalam slot pada
pemegang supaya sisi yang bertanda
dahulu.
4.
Cangkukkan selak pada pemegang.
► Rajah10: 1. Slot 2. Beg penapis 3. Pemegang
4. Selak
5.
Pastikan hanya tanda pada kadbod sahaja yang
kelihatan melalui lubang pada pemegang.
► Rajah11: 1. Penandaan 2. Lubang
6.
Buka lipatan beg penapis jika beg terlipat.
► Rajah12
7.
Kuncikan penutup kotak habuk dengan pasti.
PERHATIAN:
Berhati-hati supaya tidak
tersepit jari anda semasa mencangkuk selak dan
semasa menutup penutup kotak habuk.
Mengeluarkan beg penapis
PERHATIAN:
lembut. Jika tidak objek asing akan tertiup ke dalam
mata, ia boleh menyebabkan kecederaan diri.
Gantikan beg penapis apabila ia sudah penuh atau
tersumbat.
Buka penutup kotak habuk dan buka selak, kemudian
keluarkan beg penapis.
Tarik jalur pada sebelah tepi bukaan untuk menutup beg
penapis dan buang seluruh beg penapis.
► Rajah13: 1. Selak 2. Jalur
NOTIS:
digunakan. Beg penapis direka untuk sekali guna.
Menggunakan beg penapis berulang kali boleh
menyebabkan penapis tersumbat dan mengakibatkan
kerosakan pada alat.
KETERANGAN FUNGSI
PERHATIAN:
dimatikan dan kartrij bateri ditanggalkan
sebelum menyelaras atau memeriksa fungsi pada
peralatan.
Sistem perlindungan alat / bateri
Alat dilengkapi dengan sistem perlindungan alat/bateri.
Sistem ini memotong kuasa kepada motor secara
automatik untuk memanjangkan hayat alat dan bateri.
Alat akan berhenti secara automatik ketika operasi jika
alat atau bateri diletakkan di bawah salah satu syarat
yang berikut:
Perlindungan lebih beban
Apabila alat beroperasi dengan cara yang
menyebabkan ia menarik arus tinggi yang luar
biasa, alat secara automatik terhenti tanpa sebarang
penunjuk. Dalam situasi ini, matikan alat dan hentikan
dimasukkan
penggunaan yang menyebabkan alat menjadi terlebih
beban. Kemudian hidupkan alat untuk mula semula.
Perlindungan pemanasan lampau
Apabila alat terlampau panas, alat berhenti secara
automatik dan penunjuk bateri berkelip selama lebih
kurang 60 saat. Dalam situasi ini, biarkan alat sejuk
sebelum menghidupkan semula alat.
Perlindungan lebih nyahcas
Apabila kapasiti bateri menjadi rendah, alat akan
berhenti secara automatik. Jika produk tidak beroperasi
walaupun suis telah dioperasikan, keluarkan bateri
daripada alat dan cas bateri.
46 BAHASA MELAYU
Pegang beg penapis dengan
Jangan gunakan beg penapis yang telah
Sentiasa pastikan peralatan
Hidup
Berkelip

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents