Download Print this page

Makita HR2470 Instruction Manual page 26

Hide thumbs Also See for HR2470:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
AMARAN KESELAMATAN TUKUL
BERPUTAR
1.
Pakai pelindung telinga. Pendedahan kepada
bunyi bising boleh menyebabkan kehilangan
pendengaran.
2.
Gunakan pemegang tambahan, jika dibekalkan
dengan alat. Hilang kawalan boleh menyebabkan
kecederaan diri.
3.
Pegang alat kuasa dengan permukaan
mencengkam tertebat apabila melakukan
operasi di mana aksesori pemotong boleh
tersentuh wayar tersembunyi atau kordnya
sendiri. Aksesori pemotong yang bersentuh
dengan wayar "hidup" boleh menyebabkan
bahagian logam terdedah alat kuasa "hidup"
dan boleh memberi kejutan elektrik kepada
pengendali.
4.
Pakai topi keselamatan (topi keledar), cermin
mata keselamatan dan/atau pelindung muka.
Cermin mata atau cermin mata gelap biasa
BUKAN cermin mata keselamatan. Ia juga
sangat disyorkan untuk anda memakai topeng
habuk dan sarung tangan tebal.
Pastikan bit dipasang dengan betul sebelum
5.
operasi.
6.
Di bawah operasi biasa, alat ini direka untuk
menghasilkan getaran. Skru boleh menjadi
longgar dengan mudah yang menyebabkan
kerosakan atau kemalangan. Periksa keketatan
skru dengan teliti sebelum operasi.
Dalam cuaca sejuk atau apabila alat tidak
7.
digunakan untuk jangka masa yang panjang,
biarkan alat dipanaskan seketika dengan
mengendalikannya tanpa sebarang beban. Ini
akan mencairkan pelinciran. Tanpa pemanasan
yang betul, operasi menukul adalah sukar.
8.
Sentiasa pastikan anda mempunyai tapak
berpijak yang kukuh.
Pastikan tiada sesiapa di bawah apabila
menggunakan alat di lokasi yang tinggi.
9.
Pegang alat dengan kuat menggunakan kedua-
dua tangan.
10. Jauhkan tangan dari bahagian bergerak.
Jangan tinggalkan alat yang sedang berjalan.
11.
Kendalikan alat hanya apabila dipegang.
12. Jangan halakan alat kepada sesiapa di
kawasan sekitar semasa mengendalikan. Bit
boleh terbang dan mencederakan seseorang
dengan serius.
13. Jangan sentuh bit atau bahagian yang dekat
dengan bit dengan serta-merta selepas
operasi; ia mungkin panas dan boleh
membakar kulit anda.
14. Sesetengah bahan mengandungi bahan kimia
yang mungkin toksik. Sila berhati-hati untuk
mencegah penyedutan habuk dan sentuhan
kulit. Ikut data keselamatan pembekal bahan.
SIMPAN ARAHAN INI.
AMARAN: JANGAN biarkan keselesaan
atau kebiasaan dengan produk (daripada
penggunaan berulang) menggantikan
pematuhan ketat terhadap peraturan
keselamatan untuk produk yang ditetapkan.
SALAH GUNA atau kegagalan untuk
mematuhi peraturan-peraturan keselamatan
yang dinyatakan dalam manual arahan ini
boleh menyebabkan kecederaan diri yang
serius.
KETERANGAN FUNGSI
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan alat dimatikan dan palamnya
dicabut sebelum menyelaras atau menyemak
fungsi pada alat.
Tindakan suis
► Rajah1: 1. Pemicu suis 2. Butang kunci
PERHATIAN:
Sebelum memasang alat, sentiasa periksa
untuk melihat pemicu suis bergerak dengan
betul dan kembali ke posisi "OFF" apabila
dilepaskan.
Untuk memulakan alat, hanya tarik pemicu suis.
Kelajuan alat ditingkatkan dengan menambah tekanan
pada pemicu suis. Lepaskan pemicu suis untuk
berhenti. Untuk operasi berterusan, tarik pemicu
suis dan kemudian tolak masuk butang kunci. Untuk
menghentikan alat dari kedudukan terkunci, tarik
pemicu suis sepenuhnya, kemudian lepaskan.
Menyalakan lampu
Untuk model HR2470F/2470FT
► Rajah2: 1. Lampu
PERHATIAN:
Jangan lihat ke dalam cahaya atau lihat sumber
cahaya secara langsung.
Untuk menghidupkan lampu, tarik pemicu. Lepaskan
pemicu untuk mematikannya.
NOTA:
Gunakan kain kering untuk mengelap kotoran
daripada kanta lampu. Berhati-hati agar tidak
mencalarkan kanta lampu, atau ia mungkin
mengurangkan pencahayaan.
26 BAHASA MELAYU

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Hr2470fHr2470ftHr2470t