Download Print this page

Bosch MSM64...GB seriesMSM66...GB series Instruction Manual page 8

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

ms
Arahan keselamatan
Arahan keselamatan
W Bahaya kejutan elektrik dan kebakaran!
Hanya kendalikan sekiranya tiada tanda kerosakkan pada unit asas 
dan aksesori. Pembaikan pada peralatan dan aksesori hanya boleh 
dilakukan oleh khidmat pelanggan kami bagi mengelakkan bahaya. 
Untuk mengelakkan kecederaan, kord kuasa yang rosak mestilah 
digantikan oleh pengeluar atau perkhidmatan pelanggannya atau 
orang yang sama kelayakannya. Sentiasa awasi perkakas semasa 
menggunakannya! Jangan biarkan kord sambungan bersentuhan 
dengan bahagian panas atau menariknya di atas bahagian sisi 
yang tajam. Jangan sesekali merendam unit asas ke dalam air 
atau mesin basuh pinggan mangkuk. Jangan kendalikan perkakas 
dengan tangan yang basah dan mengoperasi mesin dalam keadaan 
tanpa beban. Jangan letakkan perkakas di atas tempat sambungan 
tapak pengadun dan redamkan unit asas di dalam bahan campuran.
W Risiko kecederaan!
Selepas penggunaan perkakas, tunggu sehingga bilah tapak 
pengadun berhenti sepenuhnya. Pasang dan tanggal alat hanya 
apabila perkakas berhenti sepenuhnya. Sebelum menukar alat 
ganti atau tambah, yang bergerak semasa pengendalian, peralatan 
mestilah dimatikan dan dipisahkan dari punca kuasa. Jangan 
sesekali menyentuh bilah tapak pengadun. Jangan sesekali 
membersihkan bilah tapak pengadun dengan tangan. Gunakan 
berus.
W Risiko lecur!
Berhati-hati semasa menyediakan bahan adunan panas. Bahan 
adunan panas boleh terpercik keluar semasa penyediaan. Jangan 
sesekali meletak tapak pengadun di atas permukaan panas atau 
menggunakan di dalam bahan adunan yang terlalu panas. Biarkan 
bahan adunan yang dimasak sejuk pada suhu 80°C atau lebih 
rendah sebelum menyediakannya. Bagi penggunaan pengadun 
tangan di dalam periuk, alihkan periuk daripada tempat memasak 
terlebih dahulu.
W Risiko lemas!
Jangan biarkan kanak-kanak bermain dengan bahan 
pembungkusan.
W Penting!
Perkakas mestilah dibasuh dengan teliti selepas setiap penggunaan 
atau selepas tidak menggunakannya untuk jangka waktu yang 
panjang. X "Pembersihan dan servis" lihat halaman 10
8

Advertisement

loading