Petua: Anda juga boleh membuat mayones
mengikut resepi ini hanya menggunakan
kuning telur. Tetapi hanya gunakan separuh
kuantiti minyak.
Sup sayur
– 300 g kentang
– 200 g lobak
– 1 batang kecil saderi
– 2 biji tomato
– 1 biji bawang
– 50 g mentega
– 2 l air
– Garam dan lada sulah secukup rasa.
■ Buang kulit biji tomato.
■ Potong sayur-sayuran yang telah
dibersihkan serta dibasuh dan tumis
dalam mentega panas.
■ Masukkan air dan garam.
■ Biarkan masak selama 20–25 minit
■ Alihkan periuk daripada dapur.
■ Memurikan sup dalam kuali dengan
pengadun.
■ Tambah garam dan lada secukup rasa.
Doh crepes
– 250 ml susu
– 1 biji telur
– 100 g tepung gandum
– 25 g mentega cair
■ Masukkan semua bahan dalam jag
dalam urutan yang ditunjukkan dan kisar
hingga doh lembut.
Minuman campuran susu
– 1 gelas susu
– 6 biji strawberi besar atau 10 biji
raspberi atau 1 biji pisang (dihiris)
■ Masukkan bahan-bahan ke dalam jag
dan adun.
■ Tambah gula secukup rasa.
Petua: Untuk susu kocak, tambahkan
sesudu ais krim atau gunakan susu yang
sangat sejuk.
Arahan tentang pelupusan
Arahan tentang pelupusan
J
Alat ini bersesuaian dengan garis
panduan Eropa 2012/19/EU tentang
alat-alat tua elektrik dan elektronik
(waste electrical and electronic
equipment - WEEE).
Garis panduan tersebut memberi
rangka rujukan yang berlaku di
seluruh Eropa untuk penerimaan
balik dan penggunaan alat-alat tua.
Sila bertanya wakil penjual anda
atau pihak berkuasa tempatan
anda tentang cara-cara pelupusan
semasa.
Syarat-syarat waranti
Syarat-syarat jaminan untuk perkakas ini
adalah seperti yang ditakrifkan oleh wakil
kami di negara tempat ia dijual.
Butir-butir tentang syarat-syarat ini boleh
didapati daripada wakil penjual tempat
perkakas dibeli.
Bil jualan atau resit mestilah ditunjukkan
apabila anda hendak membuat apa-apa
tuntutan di bawah terma-terma jaminan ini.
Tertakluk pada pindaan.
ms
11