Makita DCL284F Instruction Manual page 38

Cordless cleaner
Hide thumbs Also See for DCL284F:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
PERATURAN KESELAMATAN
TAMBAHAN
Alat ini bertujuan untuk kegunaan di rumah.
Baca manual arahan ini dan manual
1.
arahan pengecasan dengan teliti sebelum
penggunaan.
Jangan sedut bahan berikut:
2.
Bahan panas yang terbakar atau berasap
(rokok, mancis, batang kemenyan,
lilin, abu panas), percikan api dan
habuk logam yang dihasilkan semasa
memotong atau mengisar logam, dll.
Cecair mudah terbakar (kerosin, gasolin,
pelarut seperti benzin, pencair, dll.)
Bahan mudah terbakar (penyegar, cat,
semburan, dll.)
Bahan letupan atau piroforik
(nitrogliserin, aluminium, magnesium,
titanium, zink, fosforus merah, fosforus
kuning, seluloid, dll. dan habuk, gas atau
wap)
Cecair, minyak, kotoran basah atau
sampah lembap, termasuk muntah dan
bahan kumuh
Kepingan keras dengan tepi tajam
(serpihan kayu, logam, batu, kaca, paku,
pin, pisau cukur atau kutleri)
Serbuk halus pemejalan dan konduktif
(logam atau serbuk karbon)
Buih seperti agen pembersih permaidani,
dll. (boleh menyebabkan letupan atau
kebakaran)
Sejumlah besar serbuk (tepung, serbuk
alat pemadam api, dll.)
Bahan yang menyebabkan gejala toksik
Bahan kimia yang agresif (asid, alkali,
dll.)
Serbuk pengikat halus seperti simen
Zarah halus seperti debu konkrit
Bahan pengering
Asbestos
Racun perosak
Tindakan sedemikian boleh menyebabkan
kebakaran, kecederaan dan/atau kerosakan harta
benda.
Untuk mengurangkan pendedahan anda terhadap
bahan kimia ini, sentiasa pakai pelindung
pernafasan yang diluluskan, seperti topeng
habuk yang direka khas untuk menapis zarah
mikroskopik. Halakan udara ekzos dari muka dan
badan anda.
3.
Hentikan operasi serta-merta jika anda
mendapati sesuatu yang tidak normal.
Jika anda terjatuhkan atau terlanggar
4.
pembersih, periksa dengan teliti untuk
keretakan atau kerosakan sebelum operasi.
Jangan dekatkan dengan dapur atau sumber
5.
haba lain.
6.
Jangan halang lubang pengambilan atau
lubang bolong.
SIMPAN ARAHAN INI.
Arahan keselamatan penting untuk
kartrij bateri
1.
Sebelum menggunakan kartrij bateri, baca
semua arahan dan tanda amaran pada (1)
pengecas bateri, (2) bateri, dan (3) produk
menggunakan bateri.
Jangan buka atau cabut kartrij bateri. Ia boleh
2.
mengakibatkan kebakaran, haba berlebihan, atau
letupan.
Jika masa operasi menjadi sangat pendek,
3.
berhenti operasi serta merta. Ia mungkin
menyebabkan risiko pemanasan lampau,
melecur bahkan letupan.
Jika elektrolit masuk ke dalam mata anda,
4.
bilas mata dengan air jernih dan dapatkan
rawatan perubatan serta merta. Ia mungkin
menyebabkan kehilangan penglihatan.
Jangan pintaskan kartrij bateri:
5.
(1) Jangan sentuh terminal dengan bahan
berkonduksi.
(2) Elakkan menyimpan kartrij bateri dalam
bekas bersama-sama objek besi lain
seperti paku, duit syiling, dll.
(3) Jangan dedahkan kartrij bateri kepada air
atau hujan.
Pintasan bateri boleh menyebabkan aliran
kuasa yang besar, pemanasan lampau,
melecur dan juga kerosakan.
6.
Jangan simpan dan gunakan alat dan kartrij
bateri di lokasi yang suhunya mungkin
mencapai atau melebihi 50 °C (122 °F).
7.
Jangan bakar kartrij bateri walaupun jika ia
rosak teruk atau haus sepenuhnya. Kartrij
bateri boleh meletup dalam kebakaran.
8.
Jangan paku, potong, pecahkan, buang,
jatuhkan kartrij bateri, atau tekan objek keras
pada kartrij bateri. Perbuatan sedemikian boleh
mengakibatkan kebakaran, haba berlebihan, atau
letupan.
Jangan gunakan bateri yang rosak.
9.
10. Bateri litium ion yang terkandung adalah
tertakluk kepada keperluan Perundangan
Barangan Berbahaya.
Bagi pengangkutan komersil cth. oleh pihak
ketiga, ejen penghantar, keperluan khas
pada pembungkusan dan pelabelan mestilah
diperhatikan.
Bagi persediaan item yang dihantar, berunding
dengan pakar bahan berbahaya adalah
diperlukan. Sila juga perhatikan sebolehnya
peraturan kebangsaan yang lebih terperinci.
Lekatkan atau balut bahagian terbuka dan
pek bateri supaya ia tidak bergerak dalam
pembungkusan.
11. Apabila melupuskan kartrij bateri, keluarkan
ia daripada alat dan lupuskan ia di tempat
selamat. Ikut peraturan tempatan anda
mengenai pelupusan bateri.
12. Gunakan bateri hanya dengan produk yang
ditentukan oleh Makita. Memasang bateri
kepada produk yang tidak patuh mungkin
menyebabkan kebakaran, pemanasan lampau,
atau kebocoran elektrolit.
38 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents