Makita CS002G Instruction Manual page 49

Cordless metal cutter
Hide thumbs Also See for CS002G:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
NOTA: Apabila membuat potongan miter dll., kadang-
kala pengadang bawah tidak bergerak dengan
mudah. Pada masa itu, gunakan tuil tarik balik untuk
menaikkan pengadang bawah bagi memotong
pemula dan sebaik sahaja bilah memasuki bahan,
lepaskan tuil tarik balik.
► Rajah21: 1. Tuil tarik semula
Pagar belah (Pembaris panduan)
Khusus negara
PERHATIAN:
Memastikan pagar belah boleh
dipasang dan dikeluarkan di kedudukan asal
sebelum guna. Sambungan yang tidak betul boleh
menyebabkan tolak balik yang berbahaya.
► Rajah22: 1. Pagar belah (Pembaris panduan)
2. Skru pengapit
Pagar belah mudah guna membolehkan anda
melakukan potongan lurus yang lebih tepat. Luncurkan
pagar belah ke atas dengan rapat terhadap sisi bahan
kerja dan kukuhkannya pada kedudukan dengan
pengapit skru pada bahagian hadapan tapak. Ia juga
menjadikan potongan berulang lebar seragam dapat
dilakukan.
PENYELENGGARAAN
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan alat
dimatikan dan kartrij bateri dikeluarkan
sebelum cuba menjalankan pemeriksaan atau
penyelenggaraan.
PERHATIAN:
Bersihkan pengadang atas dan
bawah untuk memastikan tiada serpihan logam
yang terkumpul yang boleh menghalang operasi
sistem pengadang bawah. Sistem pengadangan
yang kotor mungkin mengehadkan operasi yang
betul yang boleh menyebabkan kecederaan diri yang
serius. Apabila menggunakan udara termampat
untuk meniup serpihan logam keluar dari
pengadang, pakailah perlindungan mata dan
pernafasan yang betul.
PERHATIAN:
Selepas setiap penggunaan,
bersihkan bahagian dalam bekas habuk dan
lap serpihan logam pada alat. Serpihan logam
halus boleh masuk ke dalam alat dan menyebabkan
kerosakan atau kebakaran.
NOTIS:
Jangan gunakan petrol, benzin, pencair,
alkohol atau bahan yang serupa. Ia boleh
menyebabkan perubahan warna, bentuk atau
keretakan.
Untuk mengekalkan KESELAMATAN dan
KEBOLEHPERCAYAAN produk, pembaikan, apa-apa
penyelenggaraan atau penyesuaian lain perlu dilakukan
oleh Kilang atau Pusat Servis Makita yang Diiktiraf,
sentiasa gunakan alat ganti Makita.
Memeriksa bilah gergaji bulat
Periksa keretakan atau kerosakan bilah gergaji
bulat dengan teliti sebelum dan selepas setiap
penggunaan. Gantikan bilah gergaji bulat yang
telah retak atau rosak dengan segera.
Gantikan dengan bilah gergaji bulat baharu
sebaik sahaja ia tidak lagi memotong dengan
berkesan. Melanjutkan penggunaan bilah gergaji
bulat yang tumpul boleh menyebabkan tolak
keluar berbahaya dan/atau beban melampau
motor.
Bilah gergaji bulat untuk pemotong logam
tidak boleh diasah semula.
AKSESORI PILIHAN
PERHATIAN:
lampiran-lampiran ini adalah disyorkan untuk
digunakan dengan alat Makita anda yang
ditentukan dalam manual ini. Penggunaan mana-
mana aksesori-aksesori atau lampiran-lampiran lain
mungkin mengakibatkan risiko kecederaan kepada
orang. Hanya gunakan aksesori atau lampiran untuk
tujuan yang dinyatakannya.
Jika anda memerlukan sebarang bantuan untuk
maklumat lebih lanjut mengenai aksesori ini, tanya
Pusat Perkhidmatan Makita tempatan anda.
Bilah gergaji bulat berhujung karbida
Pagar belah (Pembaris panduan)
Skru pengapit
Kunci allen
Gogal keselamatan
Bateri dan pengecas asli Makita
NOTA: Beberapa item dalam senarai mungkin
disertakan dalam pakej alat sebagai aksesori
standard. Item mungkin berbeza mengikut negara.
49 BAHASA MELAYU
Aksesori-aksesori atau

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Cs002gz

Table of Contents