Makita M3602 Instruction Manual page 39

Hide thumbs Also See for M3602:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Panduan lurus
Panduan lurus digunakan secara efektif untuk potongan
lurus apabila membuat penyerongan atau pengaluran.
Panduan lurus (Jenis A)
Aksesori pilihan
Pasangkan panduan lurus pada pemegang panduan
dengan skru ibu jari (B). Masukkan pemegang
panduan ke dalam lubang tapak alat dan ketatkan
skru ibu jari (A). Untuk melaraskan jarak antara bit
penghala dan panduan lurus, longgarkan skru ibu
jari (B) dan putarkan skru penyesuai halus. Pada
jarak yang diinginkan, ketatkan skru ibu jari (B) untuk
mengukuhkan panduan lurus pada tempatnya.
► Rajah10: 1. Pemegang panduan 2. Skru penyesuai
halus 3. Panduan lurus
Panduan lurus (Jenis B)
Aksesori pilihan
Masukkan panduan lurus ke dalam lubang tapak alat
dan ketatkan skru ibu jari. Untuk melaraskan jarak
antara bit penghala dan panduan lurus, longgarkan
skru ibu jari. Pada jarak yang diinginkan, ketatkan
skru ibu jari untuk mengukuhkan panduan lurus pada
tempatnya.
► Rajah11: 1. Skru ibu jari 2. Panduan lurus
Apabila memotong, gerakkan alat dengan panduan
lurus sedatar dengan bahagian tepi bahan kerja.
Panduan lurus dengan dimensi lebih lebar yang
diinginkan boleh dilakukan dengan menggunakan
lubang yang mudah dalam panduan untuk menyelak
kepingan kayu tambahan.
Semasa menggunakan bit penghala diameter yang
besar, pasangkan kepingan kayu kepada panduan lurus
yang mempunyai ketebalan lebih daripada 15 mm (5/8")
untuk mengelakkan bit penghala daripada terkena
panduan lurus.
► Rajah12: 1. Panduan lurus 2. Kayu
A=55 mm (2-3/16")
B=55 mm (2-3/16")
C=15 mm (5/8") atau lebih tebal
Panduan templet
Aksesori pilihan
Panduan templet menyediakan lengan tempat bit
penghala lalu melaluinya, membenarkan penggunaan
penghala dengan corak templet.
► Rajah13
Longgarkan skru pada tapak, masukkan panduan
1.
templet dan kemudian ketatkan skru.
► Rajah14: 1. Skru 2. Panduan templet
Kukuhkan templet pada bahan kerja. Letakkan
2.
alat pada templet dan gerakkan alat dengan panduan
templet melungsur di sepanjang bahagian tepi templet.
► Rajah15: 1. Bit penghala 2. Tapak 3. Plat tapak
4. Templet 5. Bahan kerja 6. Panduan
templet
NOTA: Bahan kerja akan dipotong berbeza sedikit
daripada templet. Benarkan jarak (X) antara bit
penghala dan bahagian luar panduan templet. Jarak
(X) boleh dikira dengan menggunakan persamaan
berikut:
Jarak (X) = (diameter luar panduan templet -
diameter bit penghala) / 2
Panduan pemangkas
Memangkas, potongan berlekuk dalam venir untuk
perabot dan yang serupa boleh dilakukan dengan
mudah dengan panduan pemangkas. Penggelek
panduan bergerak pada lekuk dan memastikan
potongan yang halus.
Panduan pemangkas (Jenis A)
Aksesori pilihan
Pasangkan panduan pemangkas pada pemegang
panduan dengan skru ibu jari (B). Masukkan pemegang
panduan ke dalam lubang tapak alat dan ketatkan
skru ibu jari (A). Untuk melaraskan jarak antara bit
penghala dan panduan pemangkas, longgarkan
skru ibu jari (B) dan putarkan skru penyesuai halus.
Semasa melaraskan penggelek panduan atas dan
bawah, longgarkan skru ibu jari (C). Selepas pelarasan,
ketatkan ke semua skru ibu jari dengan kukuh.
► Rajah16: 1. Pemegang panduan 2. Skru
penyesuai halus 3. Panduan pemangkas
4. Penggelek panduan
Panduan pemangkas (Jenis B)
Aksesori pilihan
Pasang panduan pemangkas pada panduan lurus
menggunakan skru ibu jari (B). Masukkan panduan
lurus ke dalam lubang tapak alat dan ketatkan skru ibu
jari (A). Untuk melaraskan jarak antara bit penghala
dan panduan pemangkas, longgarkan skru ibu jari (B).
Semasa melaraskan penggelek panduan atas dan
bawah, longgarkan skru ibu jari (C). Selepas pelarasan,
ketatkan ke semua skru ibu jari dengan kukuh.
► Rajah17: 1. Penggelek panduan 2. Panduan
pemangkas
Apabila memotong, gerakkan alat dengan penggelek
panduan di atas bahagian tepi bahan kerja.
► Rajah18: 1. Bit penghala 2. Penggelek panduan
3. Bahan kerja
Pelindung habuk (Untuk alat dengan
tombol)
Aksesori pilihan
Pelindung habuk mengelakkan habuk gergaji daripada
ditarik masuk ke dalam alat pada kedudukan terbalik.
Pasang pelindung habuk seperti yang digambarkan
apabila menggunakan alat dengan kaki penghala yang
terdapat di pasaran.
Alihkannya apabila menggunakan alat pada kedudukan
normal.
► Rajah19: 1. Skru 2. Pelindung habuk
39 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents