Makita PV001G Instruction Manual page 40

Hide thumbs Also See for PV001G:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Amaran keselamatan penggilap
tanpa kord
Amaran Keselamatan untuk Operasi Penggilapan:
Alat kuasa ini bertujuan untuk berfungsi
1.
sebagai penggilap. Baca semua amaran
keselamatan, arahan, ilustrasi dan spesifikasi
yang disediakan dengan alat kuasa ini.
Kegagalan mengikuti semua arahan yang
disenaraikan di bawah boleh menyebabkan
kejutan elektrik, kebakaran dan/atau kecederaan
serius.
Operasi seperti pengisaran, pemasiran,
2.
pemberusan wayar, pemotongan lubang atau
pemotongan tidak disyorkan untuk dilakukan
dengan alat kuasa ini. Operasi yang tidak direka
bentuk untuk alat kuasa ini boleh menyebabkan
bahaya dan kecederaan diri.
Jangan tukarkan alat kuasa ini untuk
3.
mengendalikan dengan cara yang tidak direka
bentuk dan ditentukan secara khusus oleh
pengilang alat. Penukaran sedemikian mungkin
mengakibatkan hilang kawalan dan menyebabkan
kecederaan diri yang serius.
Jangan gunakan aksesori yang tidak direka
4.
bentuk dan ditentukan secara khusus oleh
pengilang alat. Hanya kerana aksesori boleh
dipasang pada alat kuasa anda, itu tidak
menjamin operasi yang selamat.
Kelajuan kadaran aksesori mesti sekurang-
5.
kurangnya sama seperti kelajuan maksimum
yang ditandakan pada alat kuasa. Aksesori
yang beroperasi lebih laju daripada kelajuan
kadarannya boleh pecah dan berkecai.
Diameter luar dan ketebalan aksesori anda
6.
mesti dalam perkadaran kapasiti alat kuasa
anda. Aksesori dengan saiz yang tidak betul tidak
boleh dijaga atau dikawal dengan secukupnya.
Dimensi lekapan aksesori mestilah sesuai
7.
dengan dimensi perkakasan lekapan alat
kuasa. Aksesori yang tidak sepadan dengan
perkakasan lekapan alat kuasa akan tidak
seimbang, bergetar secara berlebihan dan boleh
menyebabkan hilang kawalan.
Jangan gunakan aksesori yang rosak.
8.
Sebelum setiap penggunaan, periksa aksesori
seperti roda lelas untuk mengesan serpihan
dan retakan, pad penyokong untuk mengesan
retakan, haus dan lusuh berlebihan, berus
wayar untuk mengesan wayar yang longgar
atau pecah. Jika alat kuasa atau aksesori
terjatuh, periksa untuk mengesan kerosakan
atau pasang aksesori yang tidak rosak.
Selepas pemeriksaan dan pemasangan
aksesori, jauhkan diri anda dan orang ramai
daripada satah aksesori yang berputar dan
jalankan alat kuasa pada kelajuan tanpa beban
maksimum selama seminit. Aksesori yang rosak
biasanya akan pecah berderai sepanjang tempoh
ujian ini.
Pakai peralatan pelindung diri. Bergantung
9.
kepada penggunaan, guna pelindung
muka, gogal keselamatan atau cermin mata
keselamatan. Sebagaimana yang sesuai,
pakai topeng habuk, pelindung pendengaran,
sarung tangan dan apron bengkel yang
mampu menghalang serpihan pelelas atau
bahan kerja yang kecil. Pelindung mata mesti
mampu menghalang serpihan yang terbang yang
dihasilkan oleh pelbagai aplikasi. Topeng habuk
atau alat pernafasan mesti mampu menapis zarah
yang dihasilkan oleh aplikasi khusus. Pendedahan
yang berlanjutan kepada hingar dengan
keamatan yang tinggi boleh menyebabkan hilang
pendengaran.
10. Pastikan orang ramai berada pada jarak yang
selamat dari kawasan kerja. Sesiapa sahaja
yang memasuki kawasan kerja mesti memakai
peralatan pelindung diri. Serpihan bahan kerja
atau aksesori yang pecah mungkin berterbangan
dan menyebabkan kecederaan di luar kawasan
operasi terdekat.
Jangan sekali-kali meletakkan alat kuasa
11.
ke bawah sehingga aksesori telah berhenti
sepenuhnya. Aksesori yang berputar boleh
menyambar permukaan dan menarik alat kuasa
daripada kawalan anda.
12. Jangan jalankan alat kuasa ketika
membawanya di sisi anda. Sentuhan secara
tidak sengaja dengan aksesori yang berputar
boleh menyebabkan pakaian anda tersangkut dan
menarik aksesori ke badan anda.
13. Bersihkan dengan kerap bolong udara alat
kuasa. Kipas motor akan mengeluarkan habuk di
dalam perumah dan pengumpulan logam serbuk
yang berlebihan boleh menyebabkan bahaya
elektrik.
14. Jangan kendalikan alat kuasa berhampiran
bahan mudah terbakar. Percikan boleh
menyalakan bahan ini.
15. Jangan gunakan aksesori yang memerlukan
bahan pendingin cecair. Penggunaan air
atau bahan pendingin cecair yang lain boleh
menyebabkan renjatan elektrik.
16. Jangan benarkan sebarang bahagian longgar
bonet penggilap atau pemasangan talinya
berpusing dengan bebas. Sorok atau pangkas
sebarang tali pemasangan yang longgar. Tali
pemasangan yang longgar dan berpusing boleh
membelit jari anda atau tersangkut pada bahan
kerja.
40 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents