Makita GA042G Instruction Manual page 66

Hide thumbs Also See for GA042G:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
3.
Apabila roda tersangkut atau apabila
gangguan pemotongan berlaku atas apa
jua sebab, matikan alat kuasa dan pegang
alat kuasa tanpa bergerak sehingga roda
berhenti sepenuhnya. Jangan sekali-kali cuba
menanggalkan roda pemotongan daripada
potongan ketika roda sedang bergerak, jika
tidak tolak keluar mungkin berlaku. Siasat dan
ambil tindakan pembetulan untuk menyingkirkan
sebab roda tersangkut.
4.
Jangan mulakan semula operasi pemotongan
dalam bahan kerja. Biarkan roda mencapai
kelajuan penuh dan masukkan semula roda
ke dalam potongan dengan berhati-hati. Roda
boleh mengikat, berjalan atau tolak keluar jika alat
kuasa dimulakan semula di dalam bahan kerja.
Menyokong panel atau sebarang bahan kerja
5.
yang terlalu besar untuk meminumkan risiko
roda tersepit dan tolak keluar. Bahan kerja yang
besar mudah melendut di bawah berat bahan
kerja itu sendiri. Penyokong mesti diletakkan di
bawah bahan kerja berhampiran garisan potongan
dan berhampiran pinggir bahan kerja pada kedua-
dua belah roda.
6.
Menggunakan langkah yang lebih berhati-hati
apabila membuat "potongan poket" ke dalam
dinding sedia ada atau kawasan terlindung
yang lain. Roda yang menonjol mungkin
memotong paip gas atau air, pendawaian elektrik
atau objek yang boleh menyebabkan tolak keluar.
7.
Jangan cuba melakukan pemotongan
melengkung. Mengenakan tekanan yang
berlebihan kepada roda akan meningkatkan
beban dan kecenderungan untuk berputar
atau tersangkut roda dalam potongan dan
kemungkinan tolak keluar atau roda rosak yang
boleh mengakibatkan kecederaan serius.
Sebelum menggunakan roda intan bersegmen,
8.
pastikan roda intan mempunyai celah pinggir
antara segmen 10 mm atau kurang, hanya
dengan sudut cakar negatif.
Amaran keselamatan khusus untuk operasi
pemasiran:
1.
Gunakan kertas cakera pemasiran dengan
saiz yang bersesuaian. Ikut pengesyoran
pengilang, apabila memilih kertas pemasiran.
Kertas pemasiran lebih besar yang terkeluar
terlalu jauh daripada pad pemasiran akan
mewujudkan bahaya melecet dan mungkin
menyebabkan tersangkut dan mengoyakkan
cakera atau tolak keluar.
Amaran keselamatan khusus untuk operasi
pemberusan wayar:
1.
Sila ambil perhatian bahawa bulu wayar
dibuang keluar oleh berus walaupun ketika
operasi biasa. Jangan beri tekanan berlebihan
kepada wayar dengan mengenakan beban
berlebihan kepada berus. Bulu wayar mudah
menembusi pakaian yang nipis dan/atau kulit.
2.
Jika penggunaan pengadang dikhususkan
untuk pemberusan wayar, jangan biarkan
sebarang gangguan bagi roda atau berus
wayar dengan pengadang. Diameter roda atau
berus wayar mungkin bertambah disebabkan
beban kerja dan daya emparan.
Amaran Keselamatan Tambahan:
1.
Apabila menggunakan roda pengisaran tengah
lekuk, pastikan untuk menggunakan hanya
roda yang diperkukuh gentian kaca.
JANGAN SEKALI-KALI MENGGUNAKAN
2.
roda jenis Cawan Batu dengan pengisar ini.
Pengisar tidak direka untuk jenis roda ini dan
penggunaan produk yang sedemikian boleh
mengakibatkan kecederaan diri yang serius.
3.
Berhati-hati supaya tidak merosakkan
pemegang X-LOCK. Kerosakan kepada
bahagian ini boleh mengakibatkan roda pecah.
4.
Pastikan roda tidak menyentuh bahan kerja
sebelum suis dihidupkan.
5.
Sebelum menggunakan alat pada bahan
kerja sebenar, biarkan ia beroperasi seketika.
Perhatikan getaran atau gangguan yang boleh
menunjukkan pemasangan yang lemah atau
roda yang sangat tidak seimbang.
6.
Gunakan permukaan roda tertentu untuk
melakukan pengisaran.
7.
Jangan tinggalkan alat yang sedang berjalan.
Kendalikan alat hanya apabila dipegang.
Jangan sentuh bahan kerja dengan serta-
8.
merta selepas operasi; ia mungkin sangat
panas dan boleh melecurkan kulit anda.
Jangan sentuh aksesori dengan serta-merta
9.
selepas operasi; ia mungkin sangat panas dan
boleh melecurkan kulit anda.
10. Patuhi arahan pengilang untuk pelekapan dan
penggunaan roda yang betul. Kendalikan dan
simpan roda dengan cermat.
Jangan gunakan sesendal atau penyesuai
11.
pengurang yang berasingan untuk
menyesuaikan roda lelas lubang besar.
12. Pastikan bahawa bahan kerja disokong
dengan betul.
13. Ambil perhatian bahawa roda akan terus
berputar selepas alat dimatikan.
14. Jika tempat kerja sangat panas dan lembap
atau sangat tercemar oleh habuk berkonduksi,
gunakan pemutus litar pintas (30 mA) untuk
memastikan keselamatan pengendali.
15. Jangan gunakan alat pada mana-mana bahan
yang mengandungi asbestos.
16. Apabila menggunakan roda pemotongan,
sentiasa bekerja dengan pengadang roda
kumpul habuk jika diperlukan oleh peraturan
domestik.
17. Cakera pemotong tidak boleh dikenakan
sebarang tekanan sisi.
18. Jangan guna sarung tangan kerja jenis kain
semasa operasi. Fiber daripada sarung tangan
jenis kain mungkin termasuk ke dalam alat, yang
menyebabkan alat pecah.
19. Sebelum beroperasi, pastikan tiada objek
tersembunyi seperti paip elektrik, paip air atau
paip gas di dalam bahan kerja. Jika tidak, ia
boleh menyebabkan kejutan elektrik, kebocoran
elektrik atau kebocoran gas.
SIMPAN ARAHAN INI.
66 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Ga043gGa044gGa045gGa046gGa047g

Table of Contents